Jumaat, 30 September 2011

Sian Ikah...DEMAM

Bangun pagi tadi..memang aku malas sangat nak pergi kejer.  Kesian dengan Ikah, demam....ntah pukul baper dia gerak aku bagitau dia demam dan tak boleh nak tidur.  Sampai pukul 6 lebih baru dia boleh tidur, itupun makan ubat demam.  Mujur ubat demam ada stok kat umah...baru amik hari tur masa dia batuk.  Bila bagi ubat..terus muntah..tak sempat nak ke bilik air..dia kata dia pening kepala.  Suruh urut...Tengok hubby tidur bukan main lagi sedapnya...tak sedar apa2...huhuhu.  Tapi aku kena pergi kejer jugak, sebab hari ni hari Jumaat.  Esok dah cuti...Aku tengok Ikah ok sikit bangun pagi tadi..walaupun kepala pening.  Lagipun dia tengah semangat sebab ada jamuan hari raya malam ni kat Nursery dia.  Walaupun dah abis bulan Syawal..tapi tak perlah.  Memang tiap2 tahun Nursery anak aku tur wat jamuan hari raya...lambat ngan cepat jer.  Mungkin tahun ni sibuk ngan budak2..lambat sikit buatnya.  Anak ibu..harap anak ibu cepat baik erk...anak ibu kuat...
Satu masa dulu...sangat kecil...

Anak Ibu..Luv U All


Tiada ulasan:

Catat Ulasan