Selasa, 20 September 2011

Bini-Bini Aku Gangster

Masa tengok filem Hantu Bonceng hari tur...sebelum filem start biasalah ada promote filem2 baru yang akan datang...salah satunya Bini-Biniku Gangster..mak aiiii...tajuk tak ingat.  Naper bukan Isteri-Isteriku Gangster..lembut sikitkan...ataupun Orang Umah Aku Gangster...aku memang tak suka kalau orang lelaki yang berkahwin...panggil orang umah dia..BINI..cam kasar jer.  Mujurlah hubby aku kalau bercerita ngan kawan2 dia..dia bahasakan aku Orang Umah..huhuhu...Filem ni akan ditayangkan pada 22 September 2011. 

Sinopsis:

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Di pejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh di sudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna di rumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.  

Nak tau kisah selanjutnya kenalah tonton kat pawagam erk...Nak ajak hubby tengok filem ni lah..tapi harus ker bawak anak2 pergi sekali..cam tak sesuai jer...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan