SAHABAT

Sahabat...susah aku nak ungkapkan dengan kata-kata.  Kadang-kadang hati aku rasa rindu dengan sahabat-sahabat masa sekolah rendah, menengah, housemate aku dan yang paling aku rindu Kak Idah...poyosss...Aku kenal Kak Idah masa aku mula-mula datang Kuala Lumpur.  Masa tu aku tengah tunggu result SPM.  Sama-sama bekerja di sebuah Tadika Islam kepunyaan ABIM di Cheras Perdana.  Pada mulanya memang aku tak nak pergi KL...sayang hendak tinggalkan kampung.  Lagipun tidak pernah berjauhan dengan keluarga dan keluar dari kampung.  Paling jauh pun aku duduk asrama di Sekolah Vokasional Temerloh.  Tur pun kena paksa duduk asrama sebab nak amik SPM.  Mak paksa suruh pergi KL, sementara menunggu result SPM.  Mak suruh aku aku ikut jiran sekampung yang dah lama bekerja dengan ABIM.  Di Tadika Islam...dah nama pun Tadika Islam, kami semua diwajibkan bertudung labuh...melepasi bawah dada.  Diasuh dengan tatasusila yang penuh dengan Pendidikan Islam.  Menjaga kanak-kanak yang masih baru mengenali Islam.  Mengajar mengaji dan solat.  Rasa kerdil sangat aku, sambil menimba ilmu...aku mencurahkan ilmu yang diperoleh.  Bersyukur sangat aku...aku dapat mempelajari perkara-perkara yang berguna untuk aku bekalkan kepada anak-anak aku.  Oppsss...lupa lak nak bercerita pasal Kak Idah.  Kak Idah seorang yang sempoi.  Happy Go Lucky...dan jugak brutal.  Berkawan dengan dia sentiasa enjoy...penuh dengan gelak ketawa.  Sama-sama susah...sama-sama senang.  Kalau keluar hujung minggu ke KL, dari Cheras Perdana....memang jauh.  Naik Bas Sri Jaya...yang dah macam nak roboh tu..hahaha...Jodoh aku dengan ABIM tak lama.  Selepas result SPM aku keluar, aku apply kerja lain.  Kak Idah pun sama-sama berhenti...sama-sama membawa diri ke Ampang.  Sewa bilik di Flat Ahmad Razali.  Berakhir kisah kami berdua di ABIM dan bermulalah kehidupan kami berdua di Ampang.  Aku dan Kak Idah mencari kerja di Bandar Baru Ampang.  Aku dapat kerja di pejabat lawyer sebagai Jurutaip/Kerani...Kak Idah lak sebagai kerani di sebuah syarikat construction.  Majikan aku Melayu, majikan Kak Idah Cina.  Waktu rehat sama...kadang2 kalau tak duit nak makan, aku pergi lepak kat ofis Kak Idah.  Pernah sekali tur...kami berdua dah kehabisan duit langsung, nak tambang bas untuk ke tempat kerja pun tak ada.  Gaji dalam 2, 3 hari lagi....terpaksalah kami berdua jalan kaki dari rumah ke tempat kerja.  Mujurlah tak jauh sangat....tapi berpeluh lah gak...kesusahan kami hanya kami sahaja yang tahu.  Bila dapat gaji, sama-sama berkongsi apa yang patut.  Kak Idah tak kedekut.  Tak pernah mengungkit...tapi jangan cari pasal jer ngan dia...huhuhu..kalau dia marah semua orang takut.  Pernah masa naik bas mini berasak-asak dengan mamat indon, bangla...dia sound mamat2 tur semua sebab amik kesempatan.  Tak lama lepas tur, kami pindah dari menyewa bilik...menyewa rumah di Kampung Melayu Ampang...seingat aku tahun 1994...tinggal serumah 4 orang...mula-mula iklan hanya nak seorang sahaja...tapi kami kata berdua...tak boleh berpisah..kalau seorang tak dapat, dua-dua tak dapat...tapi alhamdulillah dapat tinggal berdua.  Kerja aku asyik bertukar ganti...kak Idah stay kat tempat lama...cuma aku bertukar2 kerja...pernah aku diberhentikan kerja kerana tidak mengikut arahan majikan.  Bukan aku tak nak ikut, tapi majikan aku tu gatal tangan...aku tak suka...dah lah tua..tapi gatal dia semacam jer...takut aku.  Aku menganggur sekejap.  Dulu pernah kami berdua jalan kaki bila tak ada duit.  Sekali lagi masalah tur kami berdua hadapi.  Kami berdua berjalan kaki dari Hotel Concord ke Sungai Wang...hanya semata-mata nak amik duit kat kawan...kelakar giler masa tur...tapi kami berdua tetap coolll...macam tak ada masalah berat pun.  Biasalah nak hidup kat bandar besar cam KL ni...berapa sangat kalau gaji setakat 3-4 ratus.  Last2 aku kerja sekejap di kedai makan kawan aku di Sungai Wang.  Aku tak bagitau mak lagi, aku kena berhenti kerja.  Kalau mak aku tahu, mesti mak suruh aku balik kampung.  Gaji tak besar mana kerja kat kedai makan.  Tapi macam2 perangai orang aku jumpa.  Kedai makan tur kepunyaan Ahmad Yatim..pelakon tur.  Diusahakan oleh anak saudara dia...Pergi pagi, balik malam.  Maunya tak takut.  Berenti kerja kat kedai makan tu, aku kerja pulak kat syarikat construction di Ampang Point...kerja sama dengan Kak Idah.  Kak Idah berenti kerja kat tempat lama, sebab gaji kecik...syarikat yang kami kerja ni majikan dia Cina...kedekut gak.  Apa2pun, lama gak kami bekerja.  Ntah camner, aku tahan bekerja kat situ.  Aku apply kerja lain, kerja dengan syarikat surat khabar politik...ERA BARU kepunyaan Idris Tulis...Tempat kerja aku ngan Kak Idah masih dekat lagi...boleh makan bersama, balik bersama.  Akhir episod Kak Idah ngan aku...masa Kak Idah kahwin.  Kak Idah dah tak tinggal kat Ampang lagi.  Tinggal di kuarters tentera di Subang sebab suami dia kerja dengan TUDM.  Tinggallah aku tanpa Kak Idah di Ampang.  Teman serumah semua dah kahwin...aku yang masih bujang tinggal seorang...takut tur, memang takut...tapi untuk iklankan cari orang menyewa...mungkin tidak.  Walaupun Kak Idah tinggal di Subang, dia masih lagi bekerja di Ampang Point.  Aku masih lagi dapat berjumpa dengan Kak Idah.  Last2 Kak Idah tak larat nak berulang dari Subang ke Ampang Point...dia berenti kerja dan bekerja di Subang.  Isk..isk..isk...sedih gak tak ada kawan.  Untuk ganti tempat dia, aku offer seorang ofismate aku tinggal ngan aku...nama dia Zalina Idris...orang Terengganu...tinggallah aku ngan Zalina atau kadang2 aku panggil Mek Na...Aku ngan Kak Idah masih berhubung...walaupun tidak berjumpa, tapi hanya telefon.  Tak berapa lama lepas tur, aku bertemu jodoh dan berkahwin....macam-macam tentangan aku terima.  Alhamdulillah sehingga ke hari ini jodoh aku berpanjangan .  Aku masih mengunjungi Kak Idah bila ada masa terluang, dan Kak Idah pun sama.  She is my Best Friend..tak ada orang yang dapat ganti tempatnya....yang memahami aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan