Sabtu, 25 Disember 2010

Amik Along N Angah...

Hari ni aku amik Along N Angah kat kampung.  Dah lama dah anak dara aku tak ada kawan kat umah.  Asyik main sorang2 jer.  Kadang2 bangun pagi2 tanya nak amik Along kat kampung ker ibu?  Sian aku dengar.  

Khamis, 23 Disember 2010

Aku Adalah Aku

Aku Adalah Aku...macam tajuk lagu lak..tak tau lagu sapa.  Tapi itu memang prinsip aku. Aku tak nak hipokrit jadi orang lain.  Biarlah orang nak kata apa kat aku, yang penting aku tak berubah menjadi orang lain bila di depan orang.  Tak nak bermuka2.  Jadi talam 2 muka ... sebab tur, boss aku kata, bila dia tengok muka aku, dia kata aku ada masalah ... padahalnya aku tak ada masalah apa2 pun.  Memang realitinya aku cam tur.  Ada masalah ker, tak ada masalah ker, tetap cam tur.  Air muka aku cepat berubah...kadang2 happy, kadang2 sedih, kadang2 masam.  Manusia, memang tak pernah lari sumer tur. 

PS2

Hari Sabtu ni aku balik kampung lagi .... amik Along ngan Angah.  Dah 2 minggu dok kat kampung.  Asyik main dengan PS2 jer.  Tak pegi mana2.  Naik pening Aki ngan Wan dia...itulah bebudak zaman sekarang.  Kecik2 asyik ngan PS2.  Bukan aku yang beli mender alah tur, adik aku tinggalkan kat kampung.  Mujur kat kampung, kalau kat umah aku tak boleh nak cakap apa.  Harus aku buang jer kat tong sampah...huhuhu.  Sekarang ni bila aku tepon kat kampung, sure anak2 aku tak nak cakap sebab takut kena marah ngan aku dan suruh tutup game.  Bila aku tepon mesti tak ada mender lain, tengah main game...tengah main game. 
gambar pinjam google

Kepala Pusing

Kepala pusing bukan sebab apa...anak dara aku malam tadi tetiba nangis kata telinga sakit.  Aku tengok tak ada apa2 pun.  Memula tak kejut hubby yang tengah tido...sebab ingat boleh handle sendiri.  Bila aku tanya anak dara aku ada mender merayap tak dalam telinga?  Dia kata tak ada.  Aku sapu ubat gamat kat luar telinga.  Suruh anak dara aku tido.  Air mata meleleh tak leh tido...hubby aku sedar.  Tanya kenapa...aku kata telinga sakit.  Hubby ajak pergi klinik.  Tengok jam 12.30 tgh malam.  Nak tak nak pegi gak..Sampai klinik ada gak orang.  Aku ingat aku jer...sampai turn aku jumpa doktor..doktor suluh dalam telinga kata telinga ada kena blok ngan tahi telinga.  Nak kata aku tak korek telinga anak dara aku, mustahil lah..baru lagi check.  Mungkin yang kat dalam yang tak boleh dikeluarkan...doktor bagi ubat titis dan ubat tahan sakit.  Bangun pagi ni, aku tanya anak dara aku sakit lagi tak...katanya sakit lagi. 

Isnin, 20 Disember 2010

Sabar Jer Lah

Hari ni dapat jenguk jap blog aku..hari2 lain tur tak berkesempatan.  Cbuk ngan mesyuarat macam2.  23hb ni ada lagi mesyuarat.  Hari ni lak kena panggil ngan boss suruh stay back nak siapkan dokumen mesyuarat.  Hari ni lak aku puasa.  Sabar je lah.  Member sebelah cuti lak.  Masa boss panggil tadi, cam dah dapat agak dah.  Muka cam biasa ler automatik berubah, dah boss kata aku ada masalah.  Tak ada masalah apa2 pun, cuma sayu hati jer.  Mender tak ada tapi kena stay back.  Tur yang tengah berfikir2 mender nak buat. 

Rabu, 15 Disember 2010

Tengok Bola Kat Umah..

Tengok bola kat umah ngan anak dara aku...bersorak sorang2.  
Hubby pegi stadium ngan kawan dia.  
Siap bawak bendera Malaysia lagi..semangat bola...

Jom Tengok Bola - Malaysia VS Vietnam

Ko orang nampak tak gambar kat atas tur...Malaysia vs Vietnam malam ni..sumer pakat pakai biru ler erk..hubby aku jenuh cari member nak tengok bola, last2 katanya malam ni dia nak tengok kat stadium.  Huhuhu tinggal ler aku 2 beranak..2 hero ada kat kampung.  Kalau tak...ada gak geng tengok kat umah.  Tengok ngan anak dara aku jerlah...itu pun kalau aku bukak chanel tur..tukang sorak tak ada kat umah tak best..biasanya kalau Along ngan Angah ada, riuh gak umah bila dioarang tengok bola..lebih2 lagi hubby aku..rasa nak pecah gegendang telinga..

Selasa, 14 Disember 2010

Sunyi Sepi Kat Umah

Bila balik umah dari ofis, rasa sunyi gak..2 hero aku tak ada..kalau tak Angah ngan adik dia bergomol sajer..sekarang adik dia dok sorang2..tak ada orang nak main ngan dia.  Semalam, balik dari nursery dia terus tanya "Along mana ibu?"  Aku jawab "Ikah lupa ker, Along kan bersunat..."  Ngan snyum2 sumbing dianya..dia jawab "ok aloh, lupo lah pulok..."  (longat Kelantan)...Sehari dua ni balik dari kampung cakap Kelantan, tak larat nak jawab dah..habis sumer ayat di Kelantankan...kelakar pun ada.  Terjadinya cerita cakap Kelantan sebab masa kat kampung anak jiran sebelah tur orang Kelantan..bila tanya cakap Kelantan..pekat lak tur...anak aku lak asyik main ngan anak jiran tur..tur yang jadi cam tur ...

Ahad, 12 Disember 2010

Esok Masuk Kejer...Malasssssnnnyyyaaaa......

Baca tajuk dah taukan..memang malas nak kejer esok..dah cuti seminggu ni. Tak taulah, banyak kejer ke tak..tapi nak wat camner, tak kejer karang..dah memang itu amanah kita..hidup mesti diteruskan..ahahaha..

Dah Habis Cuti Seminggu ... Along Berkhatan

Dah lama aku tak jenguk blog aku..cbuk macam2 kejer.  Baru blik dari kg..seminggu cuti.  Along berkhatan..bawak balik kg hari Isnin lepas..berkhatan hari Sabtu..along ngan angah tinggal kat kampung..hujung bulan ni baru amik diaorang..anak dara aku tak tinggal, ikut balik KL.  Bukannya tak nak tinggal, tapi lain ckit anak dara aku ni..suka jalan rumah orang.  Kadang2 tetiba jer tak ada kat umah...sedar2 ada kat umah sebelah... Wan ngan aki dia pun tak larat nak tengok2kan..takut lak aku nak tinggalkan anak dara aku..dah tak ada abang dia kat KL, kenalah aku layan karenah dia..tak ada kawan nak main, nak cakap, nak makan... sumer aku kena layan...
Hari pertama berkhatan

Khamis, 25 November 2010

Jenguk-Jenguk...Jap...

Dah lama tak jenguk blog aku ni..mujur ler tak lekat sawang lagi...minggu ni minggu bz.  Kejap mesyuarat tur kejap mesyuarat ni..tur yang tak dapat nak bukak blog aku ni.  Hari cam biasa..tak ada beza dengan hari2 yang lepas.  Anak2 tak sekolah cuma Angah ngan Ikah kena dok gak nursery.  Along tinggal kat rumah..Along dah besar dah pandai urus diri..Angah nak gak tinggal kat umah, tapi aku tak percaya.  Kalau dah duduk berdua macam2 boleh jadi.  Pagi2 aku tinggal note suruh Along tolong jemur kain, angkat kain, basuh pinggan dan ulangkaji.  Kalau tak tinggal main cakap mulut jer, haram dibuatnya.  Daripada dia tengok tv dan main game baik buat kerja sikit.  Bukan banyak pun..Biasanya kalau aku balik memang dia dah buat.  Lagi satu, note tur lak kena tampal kat skrin tv kalau tak dia lupa.  Sebab bangun jer tidur, lepas solat Subuh tidur lagi.  Aku malas nak kejutkan nak bagitau, sebab kalau cakap mulut tentu dia lupa.  Along dah boleh buat sumer kerja tur, antara rajin ngan malas jer.  Bukan nak mendera tapi nak ajar hidup berdikari.  Aku ngan adik beradik cam tur ler mak ajar.  Kecik2 dah turun ke dapur.  Basuh kain sendiri.  Basuh pinggan sendiri.  Sapu sampah.  Sumer tur untuk mengajar kita supaya bila besar nanti kita tak terkial2 nak buat.  Oklah ...tur jer untuk hari ni..nak sambung wat kejer..kejer..kejer..kejer...

Ahad, 21 November 2010

Citer Hari Ahad

Hari ni kena pegi ofis sebab boss call ada kerja perlu dilunaskan.  Ntah camner aku terlupa..tapi tak apalah..tak lama pun.  Lagipun rumah tak ada air..sumer mandi kat ofis..huhuhu..ssshhhh..rahsia...
Boss tak datang..aku ngan anak2 jer..biasalah pilot kena datang gak..kalau dak saper nak bawak...dalam tengahari kerja aku selesai..siap2 emel kat boss..aku balik sebab ada appointment ngan agen rumah lak..nak tengok rumah...

Jumaat, 19 November 2010

Tak Sempat

Hari ni bizi ckit jer..nak siapkan powerpoint untuk mesyuarat Isnin ni.  Memang sekarang mesyuarat tiap-tiap bulan...mood nak kejer pun hilang kalau cam tur...Selagi pemegang tahta tak turun, camni ler gayanya.  Kadang2 nak kawal gak emosi diri supaya tidak terlalu melampaui batas2 tapi...aku tak boleh...sebab apa yang berlaku memang camni...kalau nak mesyuarat mesti ada jer yang tak betul...Boss suruh datang hari Ahad kejer...Aku tak leh datang, ada program lain.  Last2 amik keputusan wat kejer dari rumah jerlah..nak wat camner..saya yang menurut perintah! 

Khamis, 18 November 2010

Teknik Mengetahui Kek Mengandungi Arak

Hari ni aku dapat emel nie..sekadar ingin menyampaikan apa yang difikirkan perlu dikongsi bersama...Wallahualam...Renung2kanlah...

Kandungan email yang aku dapat.

Pengalaman bekerja di Hotel telah memberi pengalaman yang ingin saya kongsikan bersama pembaca semua.  Saya pernah di lemparkan dengan kek yang saya buat kerana tidak mencampurkan wain atau rum.  Rasa bersalah sentiasa menghantui kerana bersubahat untuk menghidangkan makanan yang tidak halal kepada orang Islam yang lain.  Dengan itu saya berhenti kerja, coz saya rasa ada tempat lain lagi, yang boleh saya dapat rezeki yang halal.  Disini saya perturunkan, bagaimana ingin mengetahui kek yang kita makan mengandungi bahan tersebut.


Apabila kek yang ada wain, rasanya seakan-akan masam sedikit.  Puas saya fikirkan macaman nak memperjelaskan lagi rasanya.  ok la, pernah tak buat Sponge Cake (Sponge Cake Mix 100 gram, Air 100ml, Telur 100 ml dan Minyak 100 ml), kalau pernah cuba gantikan air dalam resepi, dengan air Pepsi atau Coke.  Hasilnya kek kita akan terasa masam-masam sedikit seperti kek yang ada wain.  Cubala buat, dan simpan "rasa" itu supaya kita akan lebih berhati-hati lagi dimasa akan datang, dan beritahu rakan2 atau saudara mara.


Untuk pengetahuan, adunan kek biasanya digaul dengan tangan. Oleh itu, berhati-hatilah membeli kek. 

Sekian


Chef Farid

Kembali Bertemu Di AidilAdha

Sehari sebelum Hari Raya AidilAdha aku cuti sebab ada majlis penyampaian hadiah.  Prepare untuk sambut Raya AidilAdha...tiada2 apa2 yang istimewa...bila tanya hubby nak masak apa?  Tiada jawapan..last2 aku wat bihun sup jer untuk keluarga...maklum lah Hari Raya AidilAdha tak semeriah Aidilfitri..cukuplah alar kadarnya sahaja...Hari ni masuk ofis cam biasa..mood cam kurang ckit..ntah naper..agaknya rasa nak cuti lagi kot..huhuhu...

Isnin, 15 November 2010

Tahniah Along...

Esok hari penyampaian hadiah kat sekolah Along.  Aku kena cuti ... Hari tur Angah dapat hadiah...hubby amik cuti.  Sekurang2nya dengan kehadiran ibu n abah, anak2 ibu bersemangat .  ekolah bagi penghargaan kepada murid2 yang menunjukkan prestasi cemerlang masa periksa akhir tahun.  Prestasi Alonog meningkat berbanding ngan periksa pertengahan.  Jadilah Along..sekurang2nya Along dah tunjukkan Along boleh buat..cuma kena usaha sedikit lagi untuk capai yang tertinggi...Insyaallah..Jika Along berusaha tak mustahil Along boleh dapat..USAHA ITU TANGGA KEJAYAAN..Good Luck Along..Ibu Sayang Along...Moga2 besar nanti jadi anak yang mendengar kata2 ibu n abah, hormat orang tua dan jadi anak yang soleh. Amin...

Gotong Royong SRA Kampung Melayu Ampang

13/11/2010 hari tur aku ngan hubby ikut serta dalam gotong royong di SRA Kampung Melayu Ampang.  Angah ngan Ikah pergi sekali.  Along tak nak pergi...Gotong royong bersih kawasan sekolah ngan tanam pokok2 bunga n buah2an.  Sampai melecet jari hubby aku dek kerana jarang pegang cangkul...baru turlah menyangkul nak tanam pokok..aku lak letak pokok bunga dalam lubang yang dah digali...sebab tur tak ada gambar masa tanam2 pokok..sebab jurugambarnya ... aku ler... wat kejer sekali...hahahaha..

Jumaat, 12 November 2010

GiveAway Domain From MelRomeo.Com

GIVE AWAY Domain Daripada MELROMEO.COM
Tag 5 Orang Kawan BLOGGERS

1.  liza
2. echa

MENANG 1 DOMAIN .COM / NET / ORG
GIVEAWAY DARI MELROMEO.COM

Harap2 aku dapat ler domain sendiri..

Rabu, 10 November 2010

Daftar Ikah Masuk Pra

Hari ni hubby aku hantar borang Ikah masuk pra tahun depan.  Tak tau lagi dapat ke tak..sebab ada jawatankuasa pemilihan lak nanti.  Katanya nak kan gaji ibu bapa RM2,500 sebulan ke bawah... Dapat ke tak dapat tak apalah..cuba jer..kalau dapat terpaksa memikirkan cara bagaimana Ikah nak balik.  Memang nursery dia dekat jer, tapi aku cam tak yakin nak harapkan Angah dia tengokkan adik dia tur.  Dari segi badan, besar lagi badan Ikah.  Kematangan...dua2 tak matang lagi. Angah kuat main2.  Tapi aku kena yakin..harap2 Angah dapat jaga adik dia.  Tahun depan Angah dah darjah 2. 

Angah Dapat Present...

Hari ni aku masuk lewat ofis sebab ada majlis penyampai hadiah kat sekolah agama Angah.  Angah tak dapat no. pun, cuma ada hadiah untuk kedatangan terbaik.  Along tak dapat...konfius gak aku...Angah ada gak datang sekolah...mungkin cikgu2 kira peratus kedatangan kot..Dapat ler hadiah tuala...tak apalah..sekurang2nya satu semangat untuk dia ke sekolah dan melihat kawan2 dia dapat hadiah yang lain, moga2 dia akan berada di dalam no. tur..insyaallah...

Selasa, 9 November 2010

Manyampahnya....

Hari ni kena stayback lak.  Nak wat dokumen mesyuarat.  Cam biasa ler...kena tunggu paper dari bahagian lain baru leh binding dokumen.  Nak tunggu tur lak cam tunggu buah tak gugur.  Tungguuuuuuuuuuuuuu ....... Tensionnya aku....Hubby datang makan tengahari kat ofis aku so kirim lauk jer untuk anak2 makan kat umah...kesian lak..semalam dah makan kat luar..takkan hari2 nak makan kat luar..parak ler....

Tapiiiiii..........ada berita baik lak...Tepat pukul 4.45 boss kata  tak jadi stayback.  Sebab mesyuarat tunda..horayyyy...balik cam biasal lah...

Ahad, 7 November 2010

Sok Dah Kejer..Arrgghhhh...Malasnya

Argghhhh...sok dah kejer...sekejap jer cuti rasanya..walaupun dah 3 hari cuti..huhuhu...

Mandi-Manda Sungai Congkak

Hari ni ntah macamana hubby aku ada mood lak ajak pegi Sungai Congkak.  Dah lama tak pegi sana.  Aku apa lagi cepat-cepat masak...hubby beli ikan keli suruh masak lemak cili api bubuh daun kesum.  Resepi tur aku dapat dari akak kat cafe ofis aku.  Anak2 aku lak suka...lepas Zohor baru bertolak..ramai gak orang kat Sungai Congkak.  Mujur dapat tempat..Gambar lom dpat masukkan lagi..maklumlah nak kena kecikkan dulu baru leh masuk..kalau tak kena tendang ... rupa2nya limit untuk blog ni 1gb jer..nak lebih biasalah .. kenalah bayar...mana ada dalam dunia ni free...

Sabtu, 6 November 2010

Hari Sukaneka Tadika

Hari Jumaat baru2 ni tadika anak dara aku buat majlis sukaneka dan akhir tahun.  Buat BBQ kambing lagi...aritu lak sama ngan tarikh hari lahir hubby aku...so majlis hari lahir tak ada ler erk...tumpang majlis anak aku jerlah..guru2 kat tadika pun wat ucapan untuk hubby aku..anak dara aku masuk acara tiup belon tapi setengah jalan jer..jatuh lak masa lari..sepoi terus mood..hero aku 2 lak, masuk musical chair.  Along failed..Angah dapat no. 3...tahniah...acara ibu bapa ada gak..acara ibu memancing..aku dapat no. 1, hubby pun sama masuk acara tur gak..tapi hampehhhh...tak ada nombor dapat..tangan viberate...Acara berpasangan aku n hubby try gak..acara Semakin Jauh Semakin Sayang...rule dia kena baling belon yang berisi air sejauh mana boleh..tak leh pecah..aku dapat no. 2...hureiiii....banyak gak hadiah dapat..

Khamis, 4 November 2010

Yeaaa....Esok Cuti...

Yeaaaa....esok cuti sempena Deepavali..apa projek???Ermmm...aku kena  bangun awal gak sebab sekolah anak dara aku wat Majlis Akhir Tahun...7.30 pagi dah mula dah programnya..anak dara aku biasalah masuk menari bollywood....maklum ler...kat sekolah cikgu2 panggil Kajol...

Rabu, 3 November 2010

Tadika Or Pra?

Dalam kepala aku ni tengah pikir samada nak masukkan anak dara aku kat Tadika yang sediada atau masukkan ke Pra Sekolah yang baru nak bukak tahun depan kat sekolah Along n Angah.  Niat memang nak antar Pra tapi tak tau sapa nak amik lak bila balik nanti.  Argghhhh....

Dah Depan Mata .... Tapi ....

Mende dah depan mata, tapi aku malas gak nak update blog aku ni.  Walaupun banyak mender nak citer...mustahil dalam sehari tiada cerita...Laptop + broadband = malas, tur lah penyakit aku.  Hari tu bila tak ada, nak sangat, bila dah ada cam ni ler...biasalah manusia...hahahaha...anyway...tq my hubby coz tunaikan impian ayang...walaupun dapat mender alah ni lepas anniversary plus birthday..blog ni tak diupdate sebab aku tengah update blogs aku yang satu lagi.  Tak launch lagi...tungguuuuu.............

Selasa, 2 November 2010

Minggu Kemalasan

Minggu ni aku rasa minggu yang paling malas untuk aku bekerja...ntah naper..Cepat ler Jumaat...tak sabar nak cuti.  Member sebelah pun sama kot..tengok muka leh tau...Kerja bertali arus..sian nengoknya...
Nanti ler cari ilmu halimunan tak bagi nampak...
 ^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
Birthday hubby aku Jumaat ni jatuh lak sama ngan Deepavali..ada lak wat Majlis Akhir Tahun kat Tadika anak dara aku...banyak program minggu ni.  Along n Angah lak dah start cuti esok...sempena Deepavali...

Khamis, 28 Oktober 2010

Petua Mencuci Hati

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah
Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.
 
Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati.
Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah.
 
[Yok hadiahkan al-fatihah buat guru kita Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah, moga sihat dalam redho Allah utk terus membimbing kita semua dan mendapat ganjaran kebaikan, kejayaan dan kebahagiaan dunia akhirat pun buat kita semua amiin ya Allah ya Karim.]

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan.
    Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur –
    Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah.
    Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan
    mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat Taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi.  
    Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf  perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-
    rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata,
    katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria,
    bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat
    dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang
    akan mati bila- bila masa).

10. Kekalkan Wuduk.

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat.

14. Berkawan dengan Ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.

"Yok! Sama2 masuk Syurga bermula dengan berpesan2 utk kebaikan dan mengamalkannya pd diri saya sendiri dan pd saudara2 ku yg baik yg soleh yg dikasihi dan dirahmati Allah…kerna Islam mengajarkan untuk berpesan2 tentang perkara2 yg Maaruf"

Cuti Tinggal 6 Hari Lagi

Bila tengok rekod cuti aku ... tinggal 6 hari lagi ... cam tak logik jer ...rasa aku tak banyak amik cuti ... rupa2nya tinggal 6 hari jer lagi.  Kena simpa cuti nak cuti masa cuti sekolah nanti.  Lagipun Along nak berkhatan dah.  Bising mulut dia bila nak berkhatankan Along..Angah pun sama..asyik tanya jer..tapi Along jer berkhatan dulu...Angah tunggu besar ckit...yang kelakarnya...anak aku yang pompuan tur pun ikut sama tanya bila nak khatan kan dia...cam tur ler, kalau ada abang jer...mengikut apa yang budak laki2 wat..

Pendaftaran Pemilih

Baru semalam aku pergi mendaftar sebagai seorang pemilih.  Umur dah 33 tahun.  Kalau bukan sebab nama aku naik sebagai seorang yang masih tidak mendaftar sebagai seorang pemilih...belum tentu lagi aku mendaftar.  Bukan apa...cam tak berminat.  Sebelum tur, aku dah nak mendafar...tapi wakil pendaftar tur bagitau aku suruh tukar alamat kat IC dulu kalau nak mengundi kat KL.  Aku tak nak lah..sebab aku tak ada alamat tetap..So terhenti kat situ...Aku daftar kat Pejabat Pos, Jalan Pudu...tengah2 mendaftar..ada lak Cina pompuan tak betul berdiri sebelah ngan aku...pot pet pot pet mulutnya..mujur tak kacau aku tengah mendaftar tur..aku fobia ckit ngan orang tak betul ni...Nak tak nak aku guna gak alamat kat IC aku ... alamat kampung aku ...so bila time mengundi nanti aku kena balik kampung ler .... 


Ahad, 24 Oktober 2010

Hari Karnival Sekolah Along & Angah

23hb, hari Sabtu ada karnival di sekolah along n angah. Macam2 jualan ada. Biasalah kalau n3 aku ni mesti ada citer pasal anak aku kan.  Kalau nak beli atau main kena pakai kupon.  1 kupon 5 ringgit.  Pagi2 daftar masuk untuk anak dara aku masuk pertandingan mewarna kanak2 umur 5 tahun.  Mula2 semangat mewarna...past tur terus kata penat...separuh jalan ke mewarna..walaupun tak siap mewarna tapi ada hadiah gak..saguhati.....Past tur.. anak dara aku beria2 nak masuk rumah antu.  Ajak naik kuda tak nak.  last2 angah n along jer naik kuda.  Beratur punyalah panjang nak masuk rumah antu last2 jejak jer kaki dalam bilik tur dia melalak.  tak jadi masuk.  rugi camtur jer kupon...angah n along gak untung dapat masuk umah antu 2 kali...
Masa ni dah separuh siap...

Bersemangat .....

Dah hilang mood...

Hubby melayan anak dara aku...

Mana tak penat, sekuat hati guna jari..

Dapat hadiah saguhati

Berbaris nak naik kuda...

along...

Angah muka merajuk sebab adik tak nak naik...

Along control...

Along posing...

Selasa, 19 Oktober 2010

Hepi Besday Angah ... 17.10.2010

17.10.10 besday Angah.  Pagi2 Angah tak cakap apa...sebab sebelum tur aku dah bagitau besday dia bulan 12...so dia ingat lambat lagi.  Aku plan ngan hubby nak beli kek petang..tak wat party pun..just beli kek jer..Bila anak dara aku tengok aku dah siap2 pakai baju nak pegi jalan, anak dara aku tanya nak pegi mana ibu..aku kata nak pegi beli kek untuk Angah..dia terus nyanyi hepi besday kat Angah dia..Angah dah tau dah kami nak beli kek untuk dia..Sambut besday Angah kat Tasik Ampang Hilir jer..apa2 pun..Hepi Besday Angah..

Hepi Besday Angah..Hepi Besday Angah...

Along n Ikah..tak sabar nak amik buah kat atas kek

Matahari dah nak terbenam..

cam biasalah..hubby aku...

Aku pun nak gak...

Hubby n anak2..

Khamis, 14 Oktober 2010

Lambatnya Masa Berlalu

Arghhhh...arini lambat betul masa berlalu.  Sekarang baru kul 4.49..tinggal 11 minit lagi waktu balik.  Bukan leh balik pun, tunggu hubby pick up ler...kul 5.30 baru leh balik...Sebab rasa lambat tur bukannya apa, arini tak ada kerja wat kat ofis.  Orang ramai pegi N9 ada function kat sana.  Ofis pun sunyi jer....

Angah Kena Tipu

Dah masuk tengah bulan 10 ni, Angah tanya lagi pasal birthday dia.  Dari awal tahun hingga ker bulan ini, dia masih tanyakan ayat yang sama.  Lebih kurang cam ni ler dialognya:

Angah : Ibu, birthday Angah 17 haribulan 10 kan?
Aku : Tak lah, ibu lupa...birthday Angah bulan 12, baru ibu ingat.
Angah : Alaaa, ibu kata hari tur bulan 10, ibu tipu.
Aku : Betul, ibu lupa..birthday angah bulan 12...kan abang kan (hubby aku)...
Hubby : Aaahh...bulan 12.
Angah : Cuba ibu tengok surat belanak Angah, bulan 10 ke 12.
Aku : Surat belanak Angah hilanglah sayang...terbakar hari tur. (dalam hati jahat sungguh aku ni)
Hubby : Aaahhh...terbakar..kena report polis ni..
Angah :  Diam seribu bahasa..
Aku & Hubby : Senyum2 kambing..hahahaha

Sampai sekarang Angah tak tanya lagi birthday dia..sian Angah..ibu tak lupa lah birthday Angah...kalau Along ngan adik ada kek, Angah pun ada...

Rabu, 13 Oktober 2010

Member Baik Aku

Dah lama aku tak update blog aku.  Arini aku rajin-rajinkan jari jemari aku untuk mengupdate blog aku. Bukan tak ada citer nak citer, tapi tak berkesempatan nak update..bila buka blog jer..ada jer kejer lain nak wat..maklum ler bukan hak milik kekal..hahaha...Hari minggu lepas housemate lama aku masa bujang ajak aku pegi umah dia kat Sungai Besi.  Memula memang tak nak pegi sebab esoknya kejer. Penat lak nanti.  Member aku lak dah masak laksa ngan nasi impit.  Terpaksa ler aku pegi.  Lagipun dah lama tak jumpa dia.  Banyak mender nak citer...member aku ni kalau diikutkan pangkat kakak ngan aku coz dia lebih tua dari aku.  Kadang2 aku panggil akak kadang2 aku terlupa lak nak panggil akak.  Gemboi jer...hahaha.  Dalam ramai2 member, member aku yang sorang ni paling aku percaya dan paling baik ngan aku..Sebab masa bujang kami berdua sama2 susah, sama2 senang.  Tak kedekut, tak mengungkit...faham ngan aku.  Nak kata tak pernah bergaduh, pernah gak..tapi biasalah...kami berdua dah macam adik beradik...Duit dia duit aku, baju dia baju aku..pendek kata sumer keperluan kami share...Pernah kejer satu ofis...Dia kawin pun aku jadi pengapitnya...Banyak kenangan manis dan pahit aku ngan dia...Walaupun dia nampak brutal tapi realitinya hati dia terlalu baik...Aku harap dia dapat menempuh hari2 mendatang dengan tabah dan kuatkan semangat..kadang2 kita tak tau, dugaan yang datang terlalu berat untuk kita hadapi..baik buruk sumernya dah ditentukan oleh Allah...








Jumaat, 8 Oktober 2010

Pertama Kali Masuk Top 10 - Contest Memek Muka Si Manja

TOP 10 Finalist Heroin Contest Memek Muka Si Manja

Yeahhhh...anak aku sorang ni masuk dalam senarai top 10 Contest Memek Muka Si Manja yang pernah aku sertai dalam blogs klik sini

Harap2 ada tersenarai dalam top 5 lak..hahahaha...

  

Khamis, 7 Oktober 2010

Karnival Kokurikulum NGAN Majlis Raya Ofis

2 Oktober hari tur, sekolah anak aku wat Karnival Kokurikulum.  Hari tu lak ada Majlis Hari Raya kat ofis aku.  Terpaksalah aku tak join karnival tur.  Aku jenguk jap jer anak2 aku kat sekolah, pastur pegi ofis lak.  Bawak anak dara aku sorang jer.  Kesian anak2 ibu tak ada ibu kat sekolah...
Ikah di sebalik ....

Angah bersungguh-sungguh..tapi tak main pun..


Gelagat Angah...
Angah ngan kawan2nya..susah nak senyum..tapi bila senyum...kelakar


Ngan anak member...Qistina..



Gerai Bahagian ... Mee Hang Li Po



Berbaris nak amik duit raya...

Sruppp...sedapnya hirup..






Jumaat, 1 Oktober 2010

Gambar Tak Ada Cerita

Gambar aku n family pegi kenduri kahwin member ofismate hubby aku...