Jumaat, 27 April 2012

Cuti Hari Pekerja

Hari ni dah Jumaat..esok cuti..hari Isnin pun aku apply cuti.  Hari tur ada check up kat HUKM.  Ofis suruh pergi..dengar citer..member yang pernah pergi check up amik masa lama...kena isi buku bagai...My Incik Aidil pun aku suruh check gak.  Ntah baper jam amik masa nanti.  Hari Selasa cuti untuk Hari Pekerja..tak ada plan mana2.  Tak tau lak nanti last minute ada plan lain..tak gitu My Incik Aidil...

Polis Tembak Penjenayah Di Taman Dato' Ahmad Razali

Rupa2nya jalan jem yang malam tadi tur...kemungkinan besar ada kaitan ngan berita pagi ni yang bagitau ada polis tembak penjenayah kat Taman Dato' Ahmad Razali.  Mujur tak ikut jalan tur...kalau tak tau ler nampak apa.  Mungkin masa tur..polis dah tembak.  Sebab tak ada lak dengar bunyi tembakan.  Nak citer lanjut aku copy kat Kosmo.  Yang aku heran sampai sekarang lak..pagi tadi dalam kul 1 lebih kot...tengah2 aku syok nak tidur, aku dengar bunyi macam tembakan jugak kat area umah aku tur..gerak hubby..masa tur hubby kata dia dengar gak.  Dia bangun telek kat tingkap..tak nampak apa2 pun...bunyi apa erk...search internet tak jumpa lak apa2 berita...nantilah balik ofis karang siasat...hahaha


Polis tembak mati 2 penjenayah di Ampang

27/04/2012 3:46am

KUALA LUMPUR— Dua lelaki mati ditembak setelah berbalas tembakan dengan polis di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dekat sini malam tadi.
Menurut sumber, dua suspek warga tempatan itu, yang berumur dalam lingkungan 20-an, dikehendaki polis kerana pelbagai kesalahan jenayah.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, suspek yang memandu kereta Honda Civic putih dikatakan bertembung dengan polis lalu melepaskan tembakan ke arah polis sebelum polis bertindak balas.
Polis masih sedang menyiasat identiti kedua-dua suspek itu, katanya.
— BERNAMA

Makan FREE Pizza Hut

Malam tadi dinner kat Pizza Hut Ampang Point...My Incik Aidil belanja..tq erk...buat order macam biasa.  Tunggu punya tunggu..pizza tak sampai lagi..yang sampai memula sup ngan roti...semua dah licin.  Memang perut lapar...orang memang tak ramai tapi pizza tak sampai2 lagi.  Tak tau naper..anak2 dah bising..cakap lambat sangat.  Datang ler supervisor kot kat pizza tur..yang pakai baju biru kat meja kita orang...bagitau ada masalah kat dapur.  Jadi kena tunggu dalam 5 - 10 minit baru pizza siap.  Sebelum tur dah macam 30 minit tunggu..kena tambah lagi ler masa menunggu.  Nak wat camner..nak tak nak..angguk jerlah.  Dia siap offer tambah roti lagi ngan ais krim...FREE jer tur..tak masuk bill.  Ok lah tur.  Agaknya kalau lama lagi tunggu..ntah apa yang dapat.  Sebelum tur order pizza set Meal 3..ada promosi bila makan pizza lebih dari RM20..dapat set pizza percuma ngan air soya untuk kanak2 umur 8 tahun ke bawah.  Jadinya dapat 2 set pizza percuma untuk Angah ngan Ikah...konon2nya..Angah 8 tahun lagi.  Siap kenyit2 mata ngan Angah bagitau umur Angah 8 tahun.  Takut lak nanti tercakap sekolah Tahun 3..tapi diaorang tak tanya pun.  Memang Angah tak cukup lagi 9 tahun..bulan 10 ni baru 9 tahun.  Yang set Meal 3 tur dah 2 pizza..tambah ngan 2 pizza free..pastur tukar yang hot tiket maxis tur..jadinya sumer sekali ada 5 pizza..amik ko..makan sampai kenyang...Tur lah dia..nak jadi citer dapat pizza pun lambat..tak habis pun kesemua pizza tur..sebab sebelum tur dah makan roti FREE yang banyak tur.  Biasa dapat 4 keping roti jer..yang FREE tur diaorang bagi 8 keping...Mata pun dah mengantuk...Time nak balik kononnya My Incik Aidil nak ikut Jalan Ampang yang dekat Flat Ahmad Razali tur..tapinya mak aiii...jemnya..nasib baik lepas lagi dari Sports Planet Ampang tur..boleh ler u turn kat situ.  Heran gak naper jem sangat malam tur..padahal dah pukul 10 lebih rasanya.  Ada polis agaknya..maklum ler BERSIH dah nak dekat ni.  Sampai rumah dah nak dekat kul 11...anak2 semua dah nak tidur.  Aku ngan My Incik Aidil sambung layan movie The Viral Factor..memang best movie tur..diaorang berlakon 90% kat Malaysia.  Sepanjang citer..action jer. Mungkin ni lah citer yang diaorang buat yang membuatkan jalan jem teruk hari tur.  Ada member ofis kata ada orang berlakon filem time pagi2 buta..jalan tutup untuk diorang berlakon.  Nak story pun malas ler..download jerlah movie tur.  Banyak kat web...hahahaha. 

The Viral Factor

Naper anak ibu tur...

Love U..


Love U too..Along..dah besar dah budak seringgit semut ni...

1..2...3...Action...

Nilah yang free tur...

Angah yang susah nak senyum ... akhirnya .... SMILE...
 
Debab ibu...bila nak panjang rambut ni...
 
Ibunya nak juga bergambar..hahaha...


2 pizza percuma..1 pizza hot tiket...
 
Wahhhh...laparnya...
Dua2 anak ibu tengah kusyuk ... 
     


    
Tengok kereta pasang lampu macam2 kat Ampang Point

Nak ker pasang kereta macam tur..TAK NAKKKK...


Angah...sempat lagi nak bergambar...sebab dia kata "Ibu, Angah nak tukar gambar Angah kat facebook Angah..." Aku tanya "Sekarang kat FB Angah gambar apa?".."Gambah Angah ngan ibu"...huhuhu...


Rabu, 25 April 2012

Berbuka Dengan CKT???

Nak berbuka puasa hari ni nak makan apa erk?  Semalam dah beli nasi lemak ayam.  Hari ni dah janji ngan Angah nak makan Char Kuew Tiau (CKT)..suka sangat Angah ngan Char Kuew Tiau..mendernya simple jer nak buat..tengah tunggu kicap CKT dari member ofis...dah order..nanti hari2 boleh masak untuk anak2 ibu.  Ibunya lak yang tak suka sangat ngan CKT...masa panas2 boleh lah makan..bila dah sejuk dan kembang ngan kuahnya..terus tak selera nak makan...

Buat Kek Batik Lagi

Mula dah mata aku ni mengantuk..belum pukul 10 lagi.  Kalau tak ada boss haruslah aku ke stor memejam mata seminit dua..yer ker..  Cara nak hilangkan mengantuk exercise jari jemari aku ni..update blog jap...Hahaha...Semalam balik dari ofis..kena hujan..masa keluar dari ofis, hujan dah sidang...  tak lebat.  Masa sampai nak ambil beg anak2 dekat nursery..tetiba lebat..sampailah kat rumah.  Habis basah kuyup.  Mujur pakai baju hujan..separuh jerlah basah.  Makin lama makin lebat...nampaknya kena amik anak2 dengan keretalah.  Kena keluar awal..kalau tak jem nanti.  Memang malam tadi tak masak, beli nasi lemak untuk berbuka puasa.  Bukak puasa pun lambat, sebab sampai rumah lepas Maghrib...Malam tur merajinkan diri buat kek batik.  Beli biskut marie ngan susu kat 7E .. mujur dekat ngan rumah.  Sambil2 beli nasi lemak ngan cosway..leh ler pergi 7E.  Terajinkan diri untuk buat kek batik malam tur...Rajinlah sangat...Lagipun cam dah niat lama nak bagi ana alaini rasa yang aku buat.  Hari tur buat, tak sempat nak bawak ofis..anak2 dah makan dulu pepagi buta.  Dah tinggal sikit jer...Hari ni ada rezeki ana alaini...boleh ler merasa yang Kak As buat erk...Mujur ler kek ni jer yang aku tau buat...ada sekali tur try amik reseki nak buat kek bodo2..kek marble...ikut step by step..tapi haram jadi..memang tangan ni tak tau nak buat kuih kot...tak pernah menjadi pun.  Tengok dalam oven bukan main lawanya naik..gebu jer..tetapi bila dah keluarkan dari oven..nak potong jer..kat dalam lembik..agaknya tak masak lagi kot..tapi bawah ngan atas dan macam nak hangus....tapinya...tak jadi pun..habis gak..licin lagi..rupa tak ada, rasa ada...tq anak2 ibu..sentiasa puji SEDAP ibu masak..nanti ibu masak mender lain lak.  Kalau ada sesapa yang boleh ajarkan buat kek pisang ana alaini yang pandai buat kek pisang, kek lain2 yang senang..leh ler ajar erk..Kek batik tur tak yah ajar pun semua orang tau buat...Stail aku simple jer...

Resepi Kek Batik

1 paket biskut marie

1 tin susu

milo


butter


Caranya:

Cairkan butter (aku guna separuh jer) kat atas api yang slow motion, pas tur masukkan susu..agak2 ler susu bagi manis..sebab milo dah manis..pas tur bila dah sebati semua tur..masukkan milo..api still slow lagi..takut lak bila api besar..hangus milo...kacau sampai milo dah cair ngan bahan2 yang memula tadi.  Pecah2kan biskut dalam bahan yang dah cair tadi..jangan terlalu banyak sangat.  Yang selebih tu susun dalam bekas...buat selapis, amik bahan yang dah dimasak tadi letak atas biskut yang dah susun tur...ratakan..bila dah rata..susun biskut lagi...(ulang step banyak kali).  Bila dah habis step tur..boleh ler tekan2 bagi mampat...dan last sekali masuk dalam peti ais.  Esoknya boleh ler makan...tak pun kalau dah keras..boleh balun jer...makan masa sejuk best giler..


Selasa, 24 April 2012

Jenis2 Boss....


Hari ni dalam emel aku ada mender ni..cubalah cari boss korang jenis yang macamana...

Hidup bekerja makan gaji memang tak dapat lari dengan perangai boss. Selagi kita bekerja dengan orang lain selagi tu la kita ada boss. Kalau jadi CEO pun ada boss jugak, pemegang saham la bossnya.
Lain la kalau kita ada bisnes sendiri, kitalah yang jadi bossnya. Macam-macam jenis boss ada. Ada yang ok tak kurang jugak yang tak ok. Selalunya yang tak ok tu jer yang kita nampak. Yang ok tu kita buat-buat tak nampak. Biasalah manusia.
Boss jenis "yes boss"
Boss jenis macam ni letih kita dibuatnya. Mana taknya, apa yang boss dia suruh, apa yang boss besar kata, CONFIRM dia akan kata "yes boss" walaupun benda tu tak betul. Yang buat kerjanya kita. DIa senang la, cakap "yes boss' lepas tu yang kena pulun buat kerja kitalah. Yang buat lagi boring, arahan yang dia "yes boss" kan tu semuanya merapu, mengarut, membazir dan takde makna.
Boss jenis tak percaya anak buah
Confirm letih. Mana taknya gila tak percaya tahap gaban punya. Benda-benda kecik pun nak disemaknya satu-satu. Kadang-kadang tu ada yang jenis duduk sebelah kita tengok kita buat kerja macam mana. Perghh stress....
Boss jenis manjang nak cepat 
Memanglah kerja tu kadang-kadang nak cepat siap. Tapi lemas kalau kerja dengan boss jenis ni. Baru je bagi kerja, tak sampai 2 minit tanya kita dah siap belum? Lepas tu dia dok tanya-tanya sampai la kita siap kerja tu. Kot ya pun bagi la masa sikit. Kalau kerja yang perlu analysis etc. tak akan la seminit dua dah siap. 
Boss yang kita tak faham apa yang dia nak
Haaa... bos yang jenis ni memang banyak. Bila time bagi kerja kat kita seolah-olah dia bagi freedom la kononnya You buatlah macamana you rasa elok. Waa macam ok jer bunyinya. Tapi bila kita tunjuk output kat dia, haa macam-macam la katanya. Bukan macam ni yang I nak. Ah sudah! cakap je la awal-awal yang macamana yang dia nak.
Boss jenis tak konsisten
Boss jenis ni memang letih kita. Memang tahan sabar je la. Suruh buat macam ni, jumpa dia sekali dia ubah lak tang lain. Jumpa dia lepas tu lain pulak yang disuruhnya. Aaaa kacau Boss macam ni elok dikurangkan aje berjumpa dengan dia. Baru aman hidup kita. Setiap kali jumpa, setiap kali dia ubah arahan dia.
Boss jenis yang elok dia dapat nama, yang tak elok?
Boss jenis ni pun ramai. Jenis nak selamatkan diri dia jer. Bila ada salah, kena tegur dengan orang atas, dia channel kat kita. Haa tu la you patutnya buat macam ni, bukan macam tu. Padahal semua yang kita buat semua dia dah approve. Ini jenis bos yang nak lari daripada tanggungjawab. Mati hidup balik dia tak kan pikul tanggungjawab dia. Yang elok atau dapat pujian memang dia yang kaut semua. Bab-bab negatif ni semua dia tala kat kita. Silap-silap depan boss besar dia tala kita. Bestt kan ....
Boss yang kerja tak buat tapi mengampu kuat
Boss yang macam ni kalau ikut kata dia, kerja biar strategik. Strategik tengkorak dia... Kalau dah kita jer yang asyik pulun. Dia lepas tangan terus, sibuk duk pulun kayu golf dengan orang2 besar. Orang macam ni memang cepat naik pangkat sebab dia pandai ampu boss besar. Yang dok pulun kerja tak mengampu hmmm.... duduk la kerusi yang sama sampai ke tua.
Boss yang tak nak dengar pendapat orang lain.
Mentang-mentanglah dia boss. Bila dalam meeting tu serupa takde meeting la. Orang start bagi pendapat, dia cantas. Penghabisnya meeting tu semua pendapat dia la yang betul. Orang lain ni pakat cukup syarat jer datang meeting. Dia nak suruh orang dengar dia bercakap, tu jer matlamat dia. 
Jadi boss korang jenis yang macamana.

KUBUR HARAM


KUBUR HARAM

Baca artikel di bawah.:

Larangan dari Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wasallam:
Dari Jabir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

“Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam telah melarang kuburan dikapur (di simen), dijadikan tempat duduk, dan juga didirikan bangunan di atasnya.”

(Hadith Riwayat Imam Muslim)

Dan membawa bunga-bungaan / jambak-jambak bunga dan seumpamanya bersama jenazah adalah diharamkan yang telah menular dikalangan orang-orang Islam kerana mengikuti adat-adat orang kafir dan Melayu kuno dalam upacara-upacara jenazah mereka. Juga kerana perbuatan tersebut boleh mensia-siakan harta tanpa faedah dan memberi makna bermegah-megah dan berbangga. Manakala hukumnya adalah haram jika kubur dibina menggunakan marmar (marble) dan seumpamanya, kerana amat berlawanan dengan ajaran Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam, juga kerana terdapat pembaziran harta yang ditegah syarak serta terdapat sifat bermegah dan menunjuk yang amat dimurkai Allah subhanahuwata’ala.

Ali bin Abi Talib radhiyallahu ‘anhu berkata kepada Abi Hayyaj Al-Asadi.

Apabila Bersin..Untuk Dikongsi

"Apabila kita bersin, umpamanya kita mati satu saat.  Bila kita bersin, semua sudah berhenti.  Jantung dan nyawa semua sudah berhenti.  Jadi, bila semua sudah berhentu dan hidup semula, kita patut bersyukur dan mengucapkan "Alhamdulillah".  Sebab itu bila bersin, ucapkanlah "Alhamdulillah" kerana Allah masih meminjamkan nyawa kepada kita". - Dr. Fatma El-Zahra - 



Isnin, 23 April 2012

Pasal LIPAS Lagi

Malam tadi..tengah2 nak feeling mimpi2 yang indah..terkejut ngan jeritan anak dara aku yang berlari masuk dalam bilik aku.  Terperanjat terus aku.  Terus tanya naper...dengan tercungap2 dia bagitau ada 2 ekor lipas kat bilik dia.  Aku pun terus bangun check bilik dia..betul ker ada lipas.  Masa tur pukul 2 pagi...tak jumpa lipas tur pun..ntah betul ntah tak..kot2 mimpi lipas...dia memang dah fobia ngan lipas disebabkan kes dia terkurung dalam bilik air sebab ada lipas kat pintu bilik air.  Sampai sekarang dia tak nak masuk bilik air tur.  Dah habis check aku bagitau mana ada lipas dalam bilik dia. Dia tak percaya kata ada gak..dia nampak ada 2 ekor.  Aku pun suruh tidur kat bilik aku jer.  Bila bangun pagi tadi..tanya dia lipas ada kat mana.  Katanya kat bawah kerusi kat ruang tamu.  Apa benda dia buat situ malam2 buta..tanya lagi...buat apa kat luar..dia kata dia bangun ternampak kat luar tur 2 ekor lipas..masa tur dia nak masuk bilik aku sebab panas.  Last sekali dia citer...dia nampak 3 ekor lipas nak masuk bilik aku, bilik dia, bilik Along ngan Angah..hahahaha..macam2 citer...tapi yang pastinya dia dah takut nak masuk bilik dia dah..bila aku kata lipas tur mana ada gigi..dia kata cikgu dia kata ada gigi..nanti kena gigit sakit...Ikah..Ikah..anak ibu yang banyak ragam. 

Rasa Nak Pitam

Start semalam masa bangun tidur..aku rasa macam melayang2..nak tumbang..bila baring pun..nak bangun jer mesti cam rasa nak pitam..naper erk...kena check darah ler ni.  Takut gak darah tinggi or kolesterol...maklum ler umur dah bertambah2 ni.  Sekarang ni pun badan masih melayang2..pejam jer mata cam berpusing2.  Takut gak aku...badan pun cam penat jer.  Takkan sebab puasa..minggu lepas pun aku puasa..tapi tak ada lak macam ni.  Balik ofis nanti nak pergi klinik..check tekanan darah.  

Kereta Terbakar

Semalam..Sabtu..anak2 sekolah.  Lepas hantar anak2 sekolah..pergi JJ AEON...kononnya nak cari barang sikit.  Tapi sekejap jer..tak ada sale pun..pas tur ajak hubby pergi carefour Wangsa Maju.  Sebab pergi K4, ada mender nak cari..masa on the way ke Carefour...kat jalan Ulu Kelang..ada kereta terbakar..memang jem masa tur.  Memula ingat kereta terlalu banyak .. dari jauh dah nampak asap hitam.  Memang sah ada kereta terbakar..baru jer lagi.  Sebab bomba pun tak ada lagi..hubby lalu gak kat sebelah kereta terbakar tur.  Tak taulah ada orang ke tak dalam kereta tur...time kitaorang lalu tur..tetiba kereta tur meletup ... memang takut giler aku..hubby wat dono jer... siap suruh rakam n amik gambar lagi...







Jumaat, 20 April 2012

Citer Hari Ni

Ahhhhh...nguap jap...tak poser hari ni.  Memula cam nak puasa..tapi pepagi rasa cam lapar jer...minggu depan sambung lak...rehat tadi keluar ikut member pegi Tesco Ampang...tak cari apa pun...sesajer jer jalan2..tipulah kata tak beli apa2 pun..nama pun pergi Tesco..hahaha...Sebelum tur ana ada ajak pergi Masjid India..tapi pitih tak dok ler ana oiiii..minggu depan ler kita pergi erk.  Sebab kalau pergi Masjid India tur kena bawak duit seguni..huhuhu...Kalau pergi Masjid India semesti tak sah kalau tak singgah Mydin n Muaz...tempat jual tudung yang memang tersangat murah..tapi kena pandai pilih ler..kalau salah pilih terbeli tudung cam indon lak..huhuhu...

Anak Kevin Rudd Kahwini Gadis Melayu Di Gereja?

Aku pun tak tau siapa Kevin Rudd tur..dan siapa Zara tur...terbaca dalam internet tadi..yer ker?  Dahsyat sekarang ni erk..boleh kahwin kat gereja.  Tak tau lah samada betul tak citer ni..nauzubillah...

Copy paste dari mynewshub.my....

Sekarang ini dalam internet ‘kecoh’ apabila seorang gadis Melayu dari Pulau Pinang dikatakan berkahwin dengan anak VVIP dari Australia di sebuah gereja.
Melalui laporan akhbar, Nicholis Rudd, 26, anak kepada Kevin Rudd bekas Perdana Menteri Australia telah berkahwin di Gereja Anglikan St James ‘di King St, Sydney, bersama pasangannya Zara Shafruddin, 27.
Perkahwinan itu dirahsiakan sehinggalah bekas Perdana Menteri itu mengumumkan di Twitternya.
Perkahwinan itu telah dihadiri oleh kawan rapat dan keluarga pasangan itu.
Selepas majlis, pasangan itu telah menaiki limosin ke Catalina di Rose Bay untuk majlis Resepsi.
Pasangan itu bertemu pada majlis perkahwinan Jessica, anak sulung Rudd dan Rein isterinya di Brisbane Therese Mei 2007.
Nicholas Rudd melamar Zara semasa percutian Easter di Republik Czech pada bulan April 2010.
Zara berkata dia terkejut apabila Nick melutut dihadapannya.
“Saya tidak menjangkakan, tetapi saya tahu akan menjadi lebih bahagia. Bukan sahaja dia sangat bijak, pemurah tetapi juga baik hati, ,” kata Zara Shafruddin.
Pasangan pengantin, kedua-dua peguam, bekerja di firma undang-undang antarabangsa Clayton Utz di Sydney.
692327-nicholas-rudd

Khamis, 19 April 2012

Hujan..Oh..Hujan

Hari ni kelambatan ke ofis..hujan kul 7.30 pagi tadi.  Time tur dah nak keluar rumah.  Tengok atas..langit dah gelap..terpaksa hantar beg sekolah ngan baju anak2 naik kereta.  Sebelum tur, nasib baik hubby dah hantar dulu anak2 pergi sekolah.  Faham2 jerlah kalau hujan dan naik kereta..jalan slow.  Dah hantar semua kena patah balik rumah sebab nak naik motor pergi ofis..pakai baju hujan...redah jugak hujan yang sederhana lebat. Nak wat camner..kalau naik keter karang .. lagi teruk.  Sampai ofis kul 8.30..kena lagi mintak sain boss..sorry boss..lambat hari ni..tak sengaja...Hujan rahmat di pagi hari..mungkin turut bersedih di atas kehilangan isteri seorang office mate aku semalam..memang tragis kemalangan tur..isteri meninggal di depan mata kerana digilis lori..

Untuk baca berita ni..boleh klik 

Rabu, 18 April 2012

Al-Fatihah...Isteri Office Mate Meninggal

Hari ni masih lagi berpuasa...rasa macam best jer puasa ni.  Lagipun memang dah biasa tak makan tengahari.  Kadang2 jer makan..sebab tur rasa cam biasa jer.  Lagipun..bila tak puasa tur..bila turun cafe memang mender sama jer ada.  Tak ada menu lain..rasa cam jemu jer.  Kadang2 paksa jer diri tur makan...yer ker boleh percaya.  Tengahari tadi penat sikit coz pergi HUKM melawat office mate accident ngan isteri dia.  Isteri dia meninggal di tempat kejadian...memang sedih.  Jodoh tak panjang..4 tahun jer bersama.  Anak ada 2 orang.  Yang bongsu masih menyusu badan katanya.  Masa tur jenazah isteri dia ada di HKL untuk post mortem..dia tak dapat nak tengok..sayu hati bila dengar.  Anak2 yang tak tau apa2 pun belum tahu yang ibu diaorang dah tak ada.  Alfatihah untuk isteri dia...Moga2 aku dan suami dijauhkan dari segala yang tidak diingini..Amin...Aku ngan hubby pun berulang alik naik motor dari rumah ke ofis...jadi fobia bila dengar kejadian ni.  

 

JANGAN...Dari Ustaz Don


Dapat ni dari facebook member..copy paste untuk renungan bersama.


JANGAN dalam Islam dari Ustaz Don.

  • JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki Mahal kerana berpagi-pagi itu membuka pintu Berkat.
  • JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
  • JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
  • JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
  • JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  • JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  • JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.
  • JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
  • JANGAN tambah perhiasan di badan kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna
  • JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
  • JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.Makruh dan mewarisi kepapaan.
  • JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
  • JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
  • JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang Kita bersalah.
  • JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.
  • JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.
  • JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.
  • JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
  • JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.
  • JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.
  • JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.
  • JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

Jadual Puasa Ramadhan 1999 - 2020


TAHUN HIJRAH
AWAL RAMADAN
HARI RAYA AIDIL FITRI
BILANGAN HARI PUASA
HARI RAYA AIDIL ADHA
1420
9 DIS 1999
8 JAN 2000
30
16 MAC 2000
1421
27 NOV 2000
27 DIS 2000
30
6 MAC 2001
1422
17 NOV 2001
16 DIS2001
29
23 FEB 2002
1423
6 NOV 2002
6 DIS 2002
30
12 FEB 2003
1424
27 OKT 2003
25 NOV 2003
29
1 FEB 2004
1425
15 OKT 2004
14 NOV 2004
30
21 JAN 2005
1426
5 OKT 2005
3 NOV 2005
29
10 JAN 2006
1427
24 SEP 2006
24 OKT 2006
30
31 DIS 2006
1428
13 SEP 2007
13 OKT 2007
30
 20 DIS 2007
1429
1 SEP2008
1 OKT 2008
30
8 DIS 2008
1430
22 OGS 2009
20 SEP 2009
29
 27 NOV 2009
1431
11 OGS 2010
10 SEP 2010
29
17 NOV 2010
1432
1 OGS 2011
30 OGS 2011
29
7 NOV 2011
1433
21 JUL 2012
19 OGS 2012
29
26 OKT 2012
1434
10 JUL 2013
8 OGS 2013
29
15 OKT 2013
1435
29 JUN 2014
28 JUL 2014
29
5 OKT 2014
1436
18 JUN 2015
17 JUL 2015
29
24 SEP 2015
1437
6 JUN 2016
6 JUL 2016
30
12 SEP 2016
1438
27 MEI 2017
25 JUN 2017
29
1 SEP 2017
1439
17 MEI 2018
15 JUN 2018
29
22 OGS 2018
1440
6 MEI 2019
5 JUN 2019
30
11 OGS 2019
1441
24 APR 2020
24 MEI 2020