Jumaat, 28 Januari 2011

Ending ... Lagenda Budak Setan

Minggu depan episod akhir Lagenda Budak Setan.  Tak sabar nak tengok endingnya camner.  Walaupun ada member yang dah tengok wayang bagitau ending citer tur Ayu mati masa bersalin ... tapi aku nak tengok gak.  Lagipun citer tur tak memboringkan ... walaupun lembab ckit dan cintan sangat...tapi ntah naper aku suka tengok.  Hubby aku pun sama ... Bukan tur saja ... anak2 aku pun sama.  Siap leh nyanyi lagi lagu tema drama tur.  So tunggu jerlah endingnya...

Cuti Raya Cina

Minggu depan orang dah ramai amik cuti sebab Raya Cina jatuh hari Khamis ngan Jumaat.  Selasa cuti Hari Wilayah .... bagi orang kejer kat Wilayah lah ... so ramai gak yang cuti Isnin ngan Rabu.  1 minggu tur...macam cuti Raya Puasa lak.  Aku tak amik cuti pun.  Ingat nak amik gak, tapi hubby kata dia tak cuti.  Jadi aku tak nak bazirkan cuti pada awal tahun ni.  Sebab tahun lepas cuti aku tinggal sehari jer.  Tak pernah2 macam tu.  Nak bawak GCR pun tak lepas huhuhu.  Lagipun anak2 aku sekolah Isnin ngan Selasa tur.  Aku balik kampung Perak pun hari Khamis.  Harap2 jalan tak meriah ... tak larat nak dok dalam keter 4 - 5 jam...mabuk...bukan mabuk pregnant tau ... mabuk kenderaan.   

I'm Back

Kembali bertemu walaupun jarang2 kebelakangan ini. Walaupun hati dan jari memang teringin ingin menitipkan walaupun sebaris ayat untuk berkongsi cerita.  Keadaan tidak mengizinkan.  Sibuk di ofis, sibuk di rumah.  Di ofis sibuk dengan mesyuarat.  Di rumah sibuk dengan anak-anak.  Lebih2 lagi Along amik tuisyen kat sekolah.  Sekolah agama tuisyen sampai 6.30 petang.  Sekolah Kebangsaan, tuisyen malam 8.00 hingga 10.00 malam.  Masa Along di rumah sekejap jer.  Jadi aku kena siapkan makan malam sebelum pukul 7.30 malam.  Nasib baik bukan tiap2 hari...Isnin hingga Rabu jer...kalau tiap2 hari masak aku.  Kadang2 kesian jugak aku tengokkan Along berkejar2 nak siapkan kerja sekolah yang kena hantar esoknya...tak sempat buat sebelum tuisyen sambung semula selepas balik tuisyen....aku lah yang jadi cikgu di rumah lak..ada masanya aku yang buatkan kerja sekolah Along.  Tak apalah .... 2 tahun jer ... tahun depan Along UPSR.  Lagipun Along lemah dalam subjek teras...Ada tuisyen ni, aku rasa ok gak...nak amik tuisyen luar mahal.  

Rabu, 19 Januari 2011

Lagenda Budak Setan


Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu
Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana
Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

Hari Selasa memang aku tunggu citer ni di Astro Prima.  Hubby aku pun sama.  Selalunya hubby aku bab citer feeling2 ni tak pernah tengok, ntah camner tetiba citer ni dia nak tengok lak.  Dari episod pertama dia tengok...feeling habis bila tengok dia..hahaha..mat rock feeling..ingat citer lama kot...Tapi memang betul, citer ni best sangat2...sedih..walaupun pelakon yang bawa watak Ayu tur tak glamour mana, tapi jalan citer dia best.  Jue Aziz aku tak minat, tapi ok lah dia berlakon.  Farid Kamil memang pandai bawak watak....Tak sabar nak tunggu episod akhir.  Filem memang aku tak tengok, jadi tak tau citernya camner.  Tapi dengarnya ending dia sedih..tur yang tak suka tur.  

Mengumpat

Emel aku hari ni..Untuk renungan bersama..

SALAH satu sikap buruk yang ada pada manusia adalah mengumpat atau mengatakan perihal seseorang. Ada antara kita terutamanya golongan wanita cukup suka mengumpat.  Setiap hari ada sahaja perkara yang mahu diumpatkan dan paling mereka suka apabila ia berkaitan dengan rumahtangga atau hal peribadi seseorang. 

Kalau yang diumpatkan itu musuh mereka maka semakin bersemangatlah mereka mengumpat sehingga akhirnya tanpa mereka menyedari mereka tergolong dalam golongan yang melakukan fitnah.

Rasulullah SAW menjelaskan mengenai mengumpat seperti mana sabda baginda yang bermaksud:

Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya. (riwayat Muslim) 

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri. 

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. 

Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya di akhirat. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat. 
(riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibban) 

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua. 

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 

"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri. (riwayat Abu Daud) 

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala. 

Rasulullah SAW juga pernah bersabda yang bermaksud: 

"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering". 

Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi. 

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. 

Maka, dia berkata kepada Allah:

"Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya". Maka Allah menjawab: "Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui". 

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberi kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis di akhirat kelak.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkanlah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.

Justeru tinggalkan amalan buruk berkenaan. Janganlah kita melampaui batas apabila kita tidak menyukai seseorang sehingga kita sanggup memburuk-burukkkannya di belakang.
Ingatlah setiap apa yang kita lakukan pasti ada pembalasan sama ada ia perbuatan baik atau sebaliknya.


Isnin, 17 Januari 2011

Sentiasa Berdua

Sentiasa berdua..Angah ngan adiknya...tak pernah berenggang.  Kadang2 bergaduh, tapi memang dia orang berdua rapat.  Kalau bergambar pun mesti Angah nak menyelit sama...tengok gambar akhir sekali tu, adik dia tak sedar bila ada Angah kat belakang..kalau tau mesti merajuk punya anak dara aku tu.  

Sentiasa Menjadi Model Aku




Walaupun kamera aku tak secanggih kameran DSLR orang lain, tapi model aku yang setia ni tetap bergaya bila aku suruh berposing.  Pantang aku pegang kamera.  Mesti nak suruh amik gambar dia.  Harap2 besar nanti tak jadi model dah lah...Sekarang ni anak dara aku dah sekolah Pra kat sekolah Along dan Angah.  Hari2 kena pujuk bangun awal pagi.  Kadang2 mood baik, kadang2 mood tak ok kenalah hati2 sikit bila kejut tu.  Kalau dia dah start menangis, alamatnya lambatlah aku pergi ofis.  Semenjak masuk sekolah ni, dah tak minum Ribena dalam botol.  Hari pertama masuk sekolah, hubby aku dah kutip sumer botol buang dalam tong sampah.  Sebab dia dah janji, bila dah sekolah besar tak nak minum dalam botol nak minum dalam cawan.  Lagipun, dah besar...Masa mula2 tengok hubby buang botol dia, bercucuran air mata..sedih.  Kesian gak tengok dia, tapi kena berhenti minum dalam botol..kalau diikutkan memang dia nak minum dalam botol.  Tak boleh berenggang langsung..tak kira ada air atau tak ada.  Janji boleh hisap botol...kadang2 aku tak perasan bila nak keluar berjalan, tetiba jer ada botol kat mulut dia.  Sekarang ni, dia dah boleh terima botol susu dah tak ada.  Minum dalam cawan sekarang..mula2 dulu tak biasa.  Balik dari nursery cari botol...kesiannnyyyaaaa....Tapi alhamdulillah...sekarang dah ok.

Tanpa Kata2


Hari pertama semasa PRA sekolah.  Sekolah belum ada kerusi meja.  
Serba kekurangan sebab baru tahun ni bukak Pra Sekolah.  
Tunggu jerlah...kesian duduk atas tikar jer..murid2 ramai..
tikar sejemput jer...

Muka asyik pandang aku jer, takut hilang...
tapi alhamdulillah..tak menangis pun...

Rindunyaaaaaaaaaaa........

Rindunya aku kat blog ni...dah lama tak update.  Bukan tak ada citer nak dikongsi, tapi sibuk memanjang.  Tak sempat nak update.  Hari ni baru ada masa sikit...curi2 jenguk.  Lagipun kepala tengah bengang ngan tuan rumah yang nak aku beli tu.  Banyak betul karenahnya...hinggakan aku tak ada masa nak jenguk blog ni.  Susah betul nak sain S&P.  Orang lain beli senang jer, bila tang aku susah kemain.  Beli lak ngan Ca Ya Nun Alif lagi ler susahnya.  Banyak songeh..ntah apa2 yang dia nak.  Lebih pandai dari lawyer lagi.