Khamis, 29 Disember 2011

Dah Boleh Tengok Ombak Rindu

Hari ni dah boleh download Ombak Rindu..boleh tengok berjuta2 kali.  Baru tonton separuh masa lunch hour tadi.  Tinggal separuh lagi..tonton kat umah jerlah.  Ntah naper excited sangat nak tengok..lagipun aku tak pernah baca novel ni pun.  Dengar orang citer jer..best sangatttt...so nak gak merasa kebessstttnya macamana walaupun Maya Karin tak hilang pelatnya...Kat you tube pun dah boleh tengok...Jom kita tengok sama2...



Yesss...Cuti Lulus

Last kejer hari ni..tahun depan baru masu kejer.  Cuti dah lulus.  Start cuti hari esok...3hb. masuk kejer..pastu cuti 3 hari lagi.  Gara2 nak tunggu anak kat sekolah masuk tahun 1.  Mujur tak ada masuk tv sekolah tur..kalau tak harus muka aku pun ada dok menunggu anak kat sekolah.  

Picture Without Story

Bila anak dara suruh amik gambar.  Macam2 pose..


 








Nak Rambut Macam Amy Search...

Adalah satu hari tur..My Incik Aidil beria2 tunjuk gambar Amy ngan rambut barunya.  Katanya nak potong rambut cam Amy...Biar betul..boleh ker tukang gunting tur tiru sebijik cam rambut Amy Search.  Try survey saloon rambut kat Galaxy Ampang yang memang banyak giler kat bawah tur.  Macam2 saloon ada.  Memang harga murah giler.  Tak pernah lagi gunting rambut kat situ..kalau nak gunting sahaja RM5.00...gunting campur cuci RM15 gitu.  Memang murah..cuma nak cari yang betul2 ok jer susah sikit.  Sebab tak pernah try...last2 cuba lah satu saloon tur.  Melayu...Bila My Incik Aidil tunjuk gambar Amy yang ada kat dalam handphone dia tur..terus orang tur kata boleh jer....siap cuci lagi tur.  Nak tau camner rambut dia dah kena potong..dah tak ada serupa cam Amy Search pun...sian dia..memang hampeh betul saloon tur..katalah tak tau potong style ... memang potong rambut boleh..tapi nak tiru style tur yang tak boleh...

cam ni ler rambut idaman...

Tengah cuci rambut..confident jer nak rambut cam Amy
Sebelum potong

\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\
\

Selepas potong..Ada gaya ker..sian dia..nanti kita cari saloon lain erk...

psstttt...aku pun gunting rambut gak..lagi gaya hampeh...tak pandai langsung..habis rambut aku...huwaaaa....

Percubaan Uniform Sekolah

Malam tadi buat sesi percubaan untuk anak dara aku pakai baju sekolah.  Suruh dia pakai baju sekolah, kasut, tudung sendiri.  Pergi sekolah agama boleh lagi aku siapkan..pegi sekolah kebangsaan petang..kena siapkan diri sendiri.  Memang tinggal kat nursery ada orang tengokkan..tapi taknya sempat nak tengok..ramai bebudak.  Tak 100% lulus pemakaiannya..kain digulungnya pinggang sampai senget2, tudung senget2 kat leher..kesiannya anak ibu.  Macamanalah ibu nak bagi senang pakainya..tak bagi pakai tudung karang...My Incik Aidil yang suruh pakai...katanya kena ajar tutup aurat dari sekarang.  Ikut jerlah...tanggungjawab dia.  Huhuhu...Gabra juga aku anak dara nak masuk tahun 1 ni.  Memikirkan macamanalah dia masa pergi sekolah n balik sekolah agama nanti.  Harapkan Angah jaga adiknya...tapi hari tur bila bagitau Angah suruh makan dengan adiknya..siap dia bagitau..Angah nak makan dengan kawan Angah..Ikah makanlah sendiri...hahahaha...haru dibuatnya.  Angah....Angah..


  


  



Rabu, 28 Disember 2011

Semua Dah Settle

Preparation barang2 sekolah anak dah settle..alhamdulillah..walaupun jenuh gak melayan karenah anak2 dah besar panjang ni.  Semuanya nak ikut selera masing2.  Dulu tak..ikut jer apa yang ibu n abah belikan.  Sekarang ni..kasut pun nak tapak warna merah..nak berbunyi lah...nak bergetah melekat lah...kalau tak beli karang muka macam burung hantu dah..masing2 merajuk.  Ikut jerlah...Along lak ingat kasut tahun lepas boleh pakai lagi..sebab masih elok..tup2 bila pakai dah ketat..kaki dah panjang..dah nak sama dengan abahnya..terpaksalah beli baru semuanya..ada hitam ada putih..Angah pun sama..tahun depan jadi pengawas sekolah agama..kasut hitam..kasut putih sekolah kebangsaan.  Beli kasut untuk 3 orang anak pun dah ratus2..belum lagi barang2 lain..baju lagi, seluar lagi, beg lagi, alat tulis lagi, yuran sekolah lagi...macamanalah kalau ada anak ramai...tapi rezeki anak ada jer..alhamdulillah..

Halwa Telinga Update HRMIS

Sambil update blog sambil dengar lagu mendayu2 member sebelah pasang lagu 60an..amik ko..belum lagi umur 60 tahun pencen dah dengar lagu 60an.  Kalau dah umur 60 tahun kerja lagi..camner lak dengar lagunya erk...macam nak tidur rasanya mata ni oiiii...Asal bahagia dah ler..teruskan mendengar.  2 hari boss cuti..ofis senyap sunyi.  Masing2 sibuk update prestasi dalam HRMIS..yang kakitangan awam tau lah apa tur HRMIS...mak aiii lembabnya mengalahkan kura2 lagi.  Boleh tidur kalau menunggu nak loading 1 page.  Bila dah laju lain lak citernya...tak boleh nak update apa2 kat aku punya prestasi.  Kena wat kat pc orang lain.  Haru dibuatnya.  Bila buat tak leh nak simpan...naperlah tak guna borang cam dulu2.  Lagi senang..nak guna HRMIS ni susah.  Buatnya internet slow..bila nak sudahnya.  Takkan nak stay back hari cuti or waktu malam nak update.  Tak kuasa aku.  Member2 seangkatan dah update ke prestasi dalam HRMIS..nanti tak naik gaji kita..huhuhu...

Selasa, 27 Disember 2011

60, 58, 56

60, 58 atau 56???Tau ker nombor apa tur? Nak pilih mana tur...hahahaha...itulah pilihan nak pencen sekarang ni.  Sistem lak sistem baru SBPA..larat ke lagi nak kejer umur 60 yerk.  Tapi kalau tengok orang lain ... masih larat lagi kejernya.  Sihat jer..tapi AKU..ntah ler.  Sekarang ni pun badan dah sakit2...belum lagi 60 tahun.  Tapi kalau pilih 60 tahun pun..kalau nak bersara awal pun boleh.  Pencen tetap dibayar umur yang kita bersara tur.  Dulu masa SSM aku pilih umur 56 baru pencen...sekarang ni...rasa cam nak maintain jer..tapi rasa gak cam nak bersara umur 60 sebab memikirkan banyak lagi tanggungjawab yang belum dilaksanakan.  Itupun kalau umur panjang...Aminnn...My Incik Aidil nak bersara umur baper ni?  

Citer Balik Kampung

Tuan punya blog baru2 ni balik kampung.  Amik hero2 yang dah sebulan tinggal kat kampung.  Bukan main happy lagi anak dara aku jumpa abang2 dia. Bertolak balik hari Jumaat malam, sampai pun dekat pukul 12 tgh malam.  Kat kampung cam biasa lah...asyik hujan jer.  Dari pagi sampai lah ke petang...berenti pun sekejap jer.  Sekarang kat kampung musim buah..tapi pokok2 ayah aku semuanya tak menjadi.  Tahun lepas dah menimbun2 tak termakan..tahun ni senyap jerlah.  Ada sikit2 jer pokok rambutan berbuah kat tepi rumah.  Jadi ler dari tak ada..huhuhu.  Balik kampung teringin nak makan kuih kacang aka kuih kasturi handmade mak.  Memang tersangatlah lamanya tak makan.  Mujur ler mak rajin nak buatkan..sebab buat kuih ni remeh sikit..kena rebus kacang hijau dulu.  Terima kasih mak buat kan kuih ... sedap sangat2...siap tapau lagi bawak balik KL..esoknya boleh makan lagi...rasanya masih sama cam dulu2.  Nak pulak makan time hujan..fuhhhhh...

Macam biasa...request bila balik kampung...ayah korbankan 2 ekor untuk buat kari.  Memang tak cukup...mujurlah adik beradik tak balik semua..yang balik cuma keluarga aku n keluarga kakak aku.  Kalau semua balik...ayah kena korbankan 4-5 ekor lagi...hahaha...

Jumaat, 23 Disember 2011

Naper Katak Penyek...

Petang2 gajah ni terima berita dari Katak Penyek kata nak berenti hari ni.  Huwaaaa...naper cam tur Katak Penyek.  Kata hujung bulan ni last.  Naper hari ni hantar surat berenti.  Tak apalah..moga2 ada sinar di jalan nak dituju..Jangan lupa Kak As erk...rajin2 update blog erk.  Makan nasi minyak jemput Kak As n The Gang...

Katak Penyek...aka Farrah

Angin Aku 1 Badan

Memang aku angin 1 badan ni...cakap ler bebetul..jangan main corner2...duit dah dapat..macam tur ker buat kejer.  Citernya macam ni...dalam seminggu dua ni memang aku call lawyer.  Tanyakan pasal status terkini rumah aku samada bank dah keluarkan cek ke belum.  Lawyer kata dia dah advise bank untuk keluarkan cek. Aku pun tunggu ler lagi..dah seminggu tunggu call bank lak.  Bank kata nak tarikh bila hantar.  Mak aiii..kena tanya lawyer lagi.  Call lawyer balik...lawyer kata nanti dia pegi jumpa orang bank tur.  Bermulalah hari ni..aku call lawyer lagi..nak tanya samada dah jumpa lom orang bank tur.  Tup..tup..lawyer tur cuti lak.  Tapi ofismate dia tengokkan fail aku .. bagitau baru semalam 22hb. Disember 2011...baru keluarkan surat kat bank advise paymet....mati2 kena tipu sebelum ni.  Kata dah keluarkan awal bulan hari tur..tetiba hari ni dengar citer cam ni lak.  Angin nya aku...

Khamis, 22 Disember 2011

PM Tangguh SBPA

Keputusan Cuepacs jumpa PM hari ni dah ada keputusan.  PM tangguhkan SBPA.  Jadinya tak payah ler sign erk.  Katanya akan ditangguh untuk dibuat rundingan semula dengan penjawat awam. Nak lebih detail baca kat bawah ni erk.  

Perdana Menteri setuju tangguh SBPA - Omar Osman

22/12/2011 12:53pm

PUTRAJAYA 22 Dis. - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu pelaksanaan skim sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) ditangguhkan untuk dirunding semula dengan penjawat awam, kata Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman.
Beliau berkata demikian kepada sekumpulan ahli kongres itu di perkarangan bangunan Perdana Putra selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di sini hari.
Omar dijadualkan mengadakan satu sidang akhbar di Universiti Putra Malaysia tengah hari ini berhubung isu itu. - UTUSAN


Selasa, 20 Disember 2011

Benjolan Kat Tangan..Ganglion

Dah petang baru boleh jengok blog ni.  Nak kata sibuk tur..idok ler..tapi ada ler kejer sikit.  Sampai naik lenguh tangan kiri aku mengepaste mender alah ni.  Huhuhu..Tangan sebelah kiri ni memang dah second hand..ada ketumbuhan kecil..bila buat kejer guna tangan sebelah kiri ni..memang haru ler..sengal-sengal jadinya.  Bila search internet apa nama benjolan ni jumpa ler.  Namanya Ganglion..atau dalam bahasa melayunya Risa..Hari tu dah jumpa doktor dah..doktor suruh buat scan dulu.  Tapi tak buat2 lagi.  Rasanya dari kecil dah besar sikit dah.  Bila luluskan tapak tangan tak nampak..bila bengkok ada benjolan kat pergelangan tangan.  Tak tau ler lagi nak buat operation bila. Minor operation jer..tapi takut gak..Mak kat kampung lagi besar kat situ.  Puncanya tak tau.  Takkan keturunan lak.  Kalau yang nak tau bentuk rupa benjolan tur macam gambar kat bawah ni ler..tur bukan tangan aku erk..tangan google punya .. hahahaha..

Lebih kurang cam ni ler..mak punya benjolan besar ni..lagi besar dari aku punya..


menyeramkan bila tengok gambar ni..agaknya macam tur ler bila operate erk..kalau aku operate tak leh menaip laju lepas ni...

Isnin, 19 Disember 2011

Cakcibor

Malam tadi sibuk My Incik Aidil suruh cari gambar cakcibor.  Search google dapat ler sekor dua. Huhuhu..ntah nak buat apa ntah.  Bila tanya nak masuk dalam muka buku dia ler.  Lunch tadi timbul lak rasa rajin nak guna photoshop...edit cakcibor dia.  Taraaaa....kalau letak kat t-shirt ok gak.



Suami-Suami..Bukan Suami Isteri

Sekarang ni tengah kecoh pasal SBPA..tapi kecoh lagi pasal kawin sejenis.  Uweekkkk...tengok gambar pun dah rasa meluat.  Betul ker?  Hilang 3 tahun, muncul2 dah kahwin...kalau kahwin ngan orang pompuan tak perlah jugak..tapi kahwin ngan sama jenis.  Haru dibuatnya.  Siap pakai baju melayu dan bertanjak lagi.  Naperlah jadi cam ni erk.  Mak bapak dah bagi didikan yang cukup...guru2 dah bagi pelajaran yang cukup hingga ke luar negara...ada tajaan..tapi camtu lak jadinya.  Nauzubillah...minta2 dijauhkan dari keluarga ku..Amin...


Rindu Semakin Kuat

Rindu kat anak2 yang dah sebulan kat kampung.  Anak dara aku pun asyik sebut Angah jer.  Bila keluar mana2..mesti ada ayat...Angah tak dapat ikut kan ibu..Angah tak dapat makan durian kan ibu..Angah tak dapat itu..Angah tak dapat ini...semuanya Angah..Along ada gak.  Tapi kebanyakannya Angah.  Ada satu hari tur...bangun pagi2 dah tanya Angah.  Angah dah balik ke ibu?  Ikah nampak cam kaki Angah jer kat atas katil tur...huhuhu..siannya...rindu sangat kot kat Angah.  Tak perlah..hari Jumaat ni dah nak balik kampung, amik Along n Angah.  Semalam Sabtu n Ahad..sibuk beli keperluan barang2 sekolah anak2.  Hari Sabtu beli buku2 dan alat tulis...hari Ahad beli beg sekolah.  Kasut sekolah belum beli lagi.  Semua sekali dah RM700 lebih.  Belum yuran sekolah lagi.  Tahun lepas 2 orang, tahun ni 3 orang.  Kenalah berkongsi mana yang patut erk...

pssttt...aku shopping kat Mydin jer..Macam2 ada..nak senang parking Mydin Sinar Kota..tak penat nak jalan.  Kawasan pun luas.

Jumaat, 16 Disember 2011

Cuepacs Tak Bagi Sign SBPA???

Tak habis lagi citer pasal SBPA.  Hari ni dengar berita Cuepacs tak bagi sign lagi SBPA sehinggalah dia pergi jumpa PM pada 19hb. ni.  Alasannya sebab tiada keadilan untuk kenaikan gaji, exit policy dan pasal prestasi 70% ke bawah akan dibersarakan tu.  Nak tau lanjut bacalah blog cuepacs.

Aku copy yang ni.

KUALA LUMPUR, 15 Dis – Cuepacs hari ini mengambil pendirian membantah pelaksanaan opsyen sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan menggesa kakitangan awam jangan menandatangani borang penerimaan skim gaji baru itu sehingga pihaknya mengadakan pertemuan dengan perdana menteri minggu depan.

Timbalan Presiden Cuepacs Azih Muda berkata pihaknya bukan menolak SBPA tetapi membantah pelaksanan opsyen kerana tidak cukup maklumat dan kurang penjelasan khususnya perubahan gaji.

“Kami memutuskan untuk membantah pelaksanaan opsyen SBPA, kita mahu jumpa perdana menteri pada 19 Disember ini,” kata beliau ketika dihubungi The Malaysian Insider di Perlis.

Seramai 1.4 juta kakitangan awam diberi masa dua minggu mulai esok untuk menerima opsyen sistem SBPA.
Azih berkata pihaknya akan menjelaskan kepada perdana menteri alasan-alasan pihaknya membantah pelaksanaan opsyen dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adakan program jelajah, tetapi tidak memberikan penerangan dan penjelasan terperinci mengenai pelaksanaan SBPA, carta perubahan gaji tidak diberikan, tiada maklumat mengenai dasar pemisah atau exit policy.

“Kakitangan awam yang menghadiri taklimat diberi borang opsyen dan diminta tandatangan terus, walaupun tidak faham dan kurang maklumat,” kata beliau.

Cuepacs mengadakan mesyuarat kongres di Kuala Perlis hari ini bagi membincangkan pelaksanaan SBPA, yang akan dikuatkuasakan mulai 1 Januari ini bagi menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM).
Opsyen menerima SBPA akan dibuka mulai esok. Ia telah menimbulkan rasa tidak puas hati antara lain berkaitan peratusan kenaikan gaji dan dasar pemisah atau ‘exit policy’.

Pekeliling SBPA dikeluarkan 7 Disember lalu.

Semalam, Presiden Cuepacs Datuk Omar Osman berkata, “(mesyuarat) kongres (di Kuala Perlis) khusus membincangkan SBPA kerana taklimat JPA kepada kami hanya menyentuh perkara dasar.”

“Kami juga tiada maklumat tambahan selain pekeliling yang diedarkan,” katanya.

Katanya, tempoh dari 16 hingga 30 Disember ini yang diberi JPA kepada penjawat awam untuk menandatangani surat tawaran SBPA juga terlalu singkat.

“Pada pengetahuan kami tawaran JPA melalui SBPA seolah-olah penjawat awam tiada pilihan. Macam mana kita hendak setuju terima jika kandungan penuh tawaran tersebut tidak jelas,” kata Omar.

Tambah beliau, hasil taklimat Cuepacs dalam jelajahnya ke sembilan buah negeri sehingga hari ini ramai anggota-anggotanya menyatakan mereka tidak memahami dengan jelas SBPA.

Antara perkara utama dibangkitkan mereka ialah prestasi bagi yang mendapat markah tinggi adakah benar akan mendapat apa yang dijanjikan dan kesannya kepada yang mendapat markah kurang dari 70, tambah beliau.

JOM...Buat Kerja Sambil Mengaji

Hari ni hari Jumaat..esok n lusa cuti..tapi cuti tak bergaji.  Kenalah guna mana yang ada...waaaaaa...Ofis sunyi sepi..ada function kat Johor..ramai yang pergi.  Jap tadi ada terbukak laman web satu ni.  Memang tertarik sangat-sangat.  Sapa2 yang nak kekurangan masa atau memang tak ada masa untuk membaca al-quran tau mendengar al-quran leh ler dengar kat laman web ni.  Memang bacaannya senang diikuti..Ok..Bacalah walau sepotong ayat..Insyaallah...Sambil wat kejer atau melayari internet tur, boleh ler mendengarkan telinga kita dengan bacaan al-quran.  Laman web tur klik sini.

Khamis, 15 Disember 2011

Janin 15 Minggu Hidup Di Dunia

Besarnya kekuasaan Allah SWT.  Baru jap tadi BW kat blog mamaloveu-basma.blogspot.com.  Bila membaca artikel kat bawah ni memang kekuasaan Allah tiada yang dapat menandingi.  Renung2kanlah yerk..


Hanover, jerman – Gambar yang anda lihat diatas ini adalah gambar janin yang dilahirkan ketika umurnya baru sahaja 15 minggu. Hanya dengan sekecil dan semerah itu, dan mempunyai berat 10.5 ounce, janin yang diberi nama Kimberly Mueller. Apakah harapan ayah dan ibunya ketika itu?

Janin ini dibenarkan bersama ayah ibunya seketika selama beberapa saat sahaja sebelum dibawa pergi oleh pakar penyelamat yang bertungkus-lumus menyelamatkannya. Apa yang boleh dibisikkan oleh ayahnya hanyalah ‘Kimberly, you can do it baby”….

Harapan cuma 1:1000. Doktor pakar jantung yang merawatnya berkata, peluang untuk hidupnya sangat tipis. Namun begitu, bayi ini terus meredah liku-liku hidupnya dengan penuh tabah.







Selepas 6bulan dipantau rapi, janin ini sudah boleh dipanggil bayi. Bayi ini dibenarkan pulang ke rumahnya. Begitulah kekuasaan Allah bukan?

Perihal Rumah Lagi

Perihal rumah yang aku beli dah sampai stage penamat dah.  2-3 hari lepas ada call lawyer bank.  Lawyer ni pun satu, kalau tak call tak tau lah camner agaknya..berjalan ke tak kerjanya.  Memang aku buat muka tak malu jer call tanya pasal status rumah aku tur.  Mungkin lawyer tur dah naik fed up ngan aku asyik call jer.  Yer lah kita dah bayar kenalah tau status terkini.  Sekarang ni tunggu bank keluarkan balance duit untuk penjual rumah tur.  Lepas tur settle sumer.  Malas nak fikir2 dah lepas ni.  Cuma fikirkan cara nak tambah pendapatan jer untuk cover balik yang kena bayar rumah tur. Hahahaha...Moga2 ada rezeki anak2 yer My Incik Aidil...Insyaallah...Aminnnn....

Rabu, 14 Disember 2011

Termakan Keladi Gatal



Hari ni perut lapar sesangat.  Sebab dah 2 kali keluar bilik termenung..sakit perut.  Semua dah dikeluarkan.  Berkobar2 nak makan ikan keli bakar hari ni.  Sampai cafe, ikan keli masih atas dapur lagi.  Kena tunggu dalam 10 minit.  Tunggu pun tunggulah..amik le hati ayam n gulai keladi sikit untuk alas perut.  Memula makan keladi tur aku rasa cam lain jer...pas tur dah rasa gatal kat dalam mulut.  Keladi apa ni?  Tak pernah makan gatal..agaknya orang tur salah cuci dan amik keladi gatal kot. Terus tak jadi makan keladi tur n tunggu jerlah ikan keli tur masak.  Bila time bayar..bagitau orang kedai tur keladi tur gatal..terus dia amik gulai keladi tur bawak ke dapur dan tak jual..pas tur potong 50 sen dari harga yang aku bayar.  Sampai sekarang aku masih lagi rasa gatal dan tak sedap tekak aku ni...korang pernah makan keladi sampai gatal...

Kiraan Gaji SBPA N17


k1.
Korang semua dah check kenaikan gaji korang untuk tahun depan? Banyak ke sikit erk...sapa yang untung..sapa yang tak untung..hahaha...sapa nak jawab tur.  Apa2 pun rezeki masing2...ada yang lebih..ada yang kurang lebih..ada yang terlebih2.  Gred N17 yang aku tau dan dah semua orang tahu...kenaikan tahunan RM95 hinggit jer.  Tur pun bergantung pada prestasi korang....kalau sampai aras yang dah ditetapkan..naik ler..kalau tak duduk jerlah takuk tur...Sebelum tur...bila dah sign SBPA tur..ada kenaikan 1 tangga ke bawah..skim gaji SBPA...Kumpulan Sokongan tak ada dah..jadi Kumpulan Pelaksana..semua kena laksana.huhuhu..amik ko...Nak tengok sifir kiraan gaji N17...aku copy dari beritasemasa.com...sapa2 yang rasa bukan gred 17 tur tak yah ler tengok..ni untuk gred 17 jer...


Ada gak dengar ura2 lepas ni ada rombak pasal elaun..nak mansuh elaun..naya ler nak mansuh elaun..harap2 khabar angin.  
s

Selasa, 13 Disember 2011

Chef Riz Dah Kahwin

Juri Masterchef...Chef Riz dah pun kahwin 11.12.11 hari tur.  Agak2nya untung tak Dahlia dapat suami Riz coz rajin memasak..yer ker chef ni rajin masak.  Apa2 pun Selamat Pengantin Baru Chef Riz...best tengok Chef Riz masak dalam Masterchef...
Photobucket

Photobucket

Isnin, 12 Disember 2011

Karaoke Jamban

Uols pernah tak pernah karaoke jamban???Hari Sabtu malam..lepas makan2 durian, My Incik Aidil ajak pergi karaoke jamban.  First time pergi tur.  Selalunya My Incik Aidil yang pergi ngan member2 dia berkaraoke jamban kat Bandar Baru Ampang.  Huhuhu..agaknya kali ni My Incik Aidil nak suruh aku tau camner agaknya berkaraoke jamban tur.  Memula sampai...mak aiii...bisingnya ...macam ni rupanya..jakun sekejap.  Misi mencari bilik lak..bila dah dapat bilik...My Incik Aidil tanya nak baper lagu...macam ler aku ni pernah berkaraoke.  Ikut ler..nak banyak mana.  At last..My Incik Aidil amik 10 lagu..percuma 1 lagu.  1 lagu RM1.50.  Wahhhh...My Incik Aidil yang lebih berkaraoke...kalau tak tak habis 10 lagu tur.  Aku pun test gak suara..sapa yang dengar..anak dara aku n hubby jer..hahaha...lepaskan tension ngan berkaraoke...