Isnin, 19 September 2011

Sekejap Jer Cuti

Aku rasakan cuti 3 hari sekejap jer.  Cam malas jer nak pergi kejer.  Padahal cuti 3 hari tu lama gak bagi orang2 yang bekerja.  Mungkin sebab hari mendung..lagipun 2-3 hari ni hujan jer.  Syok jer tido...Hari ni aku baru start poser ganti...hubby pun poser gak.  Baru 3 hari hubby poser enam.  Pagi tadi..anak dara aku merengek nak makan nasi lemak.  Aku kata tunggu berbuka puasa karang...ibu buatkan...mujurlah keadaan boleh dikawal.  Kalau tak jenuh nak memujuknya.  Bukannya aku tak mau beli..kat sekolah dia nanti ada makan.  Dia lak kata bukan nak makan kat sekolah, nak makan kat nursery masa balik dari sekolah.  Mau basi nasi lemak tur...Nampak gayanya berbuka puasa karang, nasi lemak jerlah.  Dah janji nak buat.  
Pic google...nasi lemak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan