Jumaat, 25 Mac 2011

ADA AKU KESAH....Jangan Jadi Macam Ni

Emel yang aku terima pagi tadi....

Ada aku kesah jika laki aku tak makan
Ada aku kesah jika laki aku tak minum
Ada aku kesah jika laki aku tak ada tempat nak tidor
Ada aku kesah jika laki aku entah kemana peralatan mandi mandanya
Ada aku kesah jika laki aku entah kemana kain bajunya
Ada aku kesah jika laki aku tak dapat layanan aku
Ada aku kesah jika laki aku menjengah pulang
Ada aku kesah jika laki aku hendak kepergian
Ada aku kesah jika laki aku nak kemana
Ada aku kesah jika bibirku pudar ketika berdepan dengan laki aku
Ada aku kesah jika tiada wangian ditubuhku ketika suami aku dekat pada ku
Ada aku kesah jika pakaian ku lusuh ketika dipeluk suami ku
Ada aku kesah jika suami ku telah terlelap tanpa aku disisi
Ada aku kesah jika suami ku tidur dibontoti aku
..... Tiba-tiba aku menjadi resah dan ambil kesah .....
Ketika telefon laki aku berdering di dinihari
Ketika laki aku berbalas SMS entah dengan siapa
Ketika tubuh laki aku wangi tapi bukan dari perfume miliknya
Ketika laki ku pulang kerumah dengan perut yang kenyang
Ketika solat jemaahnya tidak lagi bersama aku
Ketika tidurnya membelakangi aku
Ketika hendak pergi dia selalu tergesa-gesa


Ahad, 20 Mac 2011

Pindah Rumah....Penat....

Hari Sabtu...pindah rumah.  Bukan aku yang pindah.  Mak saudara hubby aku pindah rumah dari Rawang ke Selayang.  Aku ngan anak2 ikut sekali tolong pindah barang.  Penat gak turun naik tangga angkut barang.  Mujur    tingkat 1 jer.  Lift ada, tapi jauh nak jalan kat lift..alang2 naik tangga jer lah...Dari pagi sampai kul 9.00 baru sampai rumah...penatnya...
sempat posing...tunggu lori sampai...

cakkkkkk............

tuan umah...along...


angah...



Pengubat Hati....Luv U All











Jumaat, 18 Mac 2011

Bila Ikah Menulis

Muka tension kena menulis....

Penat jari menulis...sian anak ibu...

Manalah tak penat...tekan sekuat hati pensil...



Kusyuknya anak ibu menulis...

sempat posing

Sejenak...

Bisikanku Pada MU

TUHAN
Dalam letih aku merintih
Kelemahan dan kelalaianku
Alpa dosa-dosaku
Aku lemah tak berdaya

TUHAN
Dalam suka dan duka
Tangis dan tawa
Melimpahi rahmat dan nikmat-MU
Lupa sibuk dunia yang gawat
KAU lupa kuingat

TUHAN
Ampunilah hatiku yang pilu
Tak endah bila menadah
Akan kebesaran-MU
Ingatkan daku
Agar mengingat-MU

TUHAN
Bicara-MU tanpa suara
Belaian-MU hanya rasa
KAU terlalu dekat
Tanpa suara
Namun cinta-MU ketara jua

dipetik dari Majalah NUR  (Pahrol Mohd. Juoi)



Khamis, 17 Mac 2011

Sesajer....Luahan

Aku tak pernah dengki pada orang...kenapa orang dengki dengan aku.  Aku tak kaya, tak berpangkat, tak berharta...bagi aku harta aku cuma seluruh keluarga aku.  Keluarga aku tak ternilai harganya.  Aku tak kisah orang nak cakap pada aku, aku boleh tolong orang bila aku senang...aku tak nak lupa diri.  Itu pesan ayah ngan mak aku bila duduk kat rantau orang.  Bila dah ke langit, jangan lupa rumput di bumi...sampai sekarang aku ingat.  Aku tak dilahirkan dalam keluarga yang senang dan tidak berpelajaran tinggi.  Tapi aku bersyukur dengan semua yang aku ada.  Kalau nak ikut rentak orang, tak terikut...terimalah seadanya...yang penting aku tak lupa ngan mak ngan ayah...untuk adik2 aku...walau apa kita lakukan di muka bumi ini...jangan lupa pada mak ngan ayah.  Apa2 yang kita buat, perlu restu dari mak ngan ayah....

Shhhhhhshhhhhhh

Aku berdiam tak semestinya aku sakit.  Aku berdiam tak semestinya aku ada masalah.  Aku berdiam tak semestinya aku sakit hati.  Aku berdiam untuk memberi ruang kepada orang lain untuk bersuara.  Walaupun pada hakikatnya, aku ni bila berdiam sememangnya sakit dan ada masalah.  Semua orang ada masalah.  Selagi hidup di muka bumi, masalah tak pernah hilang.  Kalau nak diikutkan masalah aku, tak tertanggung....macam2 nak kena fikir, kadang2 lupa dengan diri sendiri.  Aku biarkan masalah tur pergi seperti angin lalu jer, bagi aku kalau nak difikirkan tak habis masalah aku.  Apa yang orang nak kata tentang aku, aku terima dengan seadanya...bagi aku, aku tak pernah membenci orang...bila aku sayang pada seseorang, aku akan sayang pada dia sampai bila-bila...bila aku ada membuat salah, aku cepat2 minta maaf...kerana aku tahu bila2 sahaja Allah nak amik aku...bila orang ada buat salah dengan aku, aku maafkan dirinya.  Aku tak nak simpan sumer tur dalam kepala aku....aku harap satu hari nanti..semua ini akan berakhir...Amin...

Selasa, 15 Mac 2011

Anak2 Ngan Facebook


Hari ni nak citer pasal Facebook.  Sekarang tak macam kita dulu2, komputer pun tak secanggih sekarang.  Budak2 sekarang dah pandai on off komputer.  Kita dulu mana tau mender2 tu semua.  Nak pegang pun tak merasa.  Anak2 aku pun sama cam anak2 orang lain.  Asyik tanya bila nak buat facebook untuk dia.  Nak pulak Angah yang banyak mulut...tapi hakikatnya bila di sekolah pendiam.  Bila aku on facebook aku, mesti Angah tanya dah ke belum buat facebook untuk dia.  Angah kata kawan2 dia ada facebook, sebab tu dia nak facebook.  Along lak tak ada minta suruh buat facebook.  Anak dara aku, pandai sebut jer...sebab dia paling anti aku bukak laptop n facebook...kecuali aku bukak facebook yang ada game, gambar2 n video...sukalah dia.  Sampai sekarang, Angah masih tanya tentang Facebook dia...