Isnin, 30 Jun 2014

30 Hari Nak Memikir

30 hari tur nak memikirkan menu apa nak berbuka...nak pulak mengikut selera anak2...
Semalam dah masak ayam percik, serawa durian, kuih buah melaka.  Tur pun sebab cuti boleh masa macam tur..start masak pukul 3. Siap semua jam 4 lebih...okaylah tur ... boleh relax2 tunggu berbuka.  Dah kerja sekarang ni, tak taulah sempat tak masak.  Sempat tur sempat, tapi menu ringkas jerlah.  Takutlah anak2 tak berselera nak makan .... kena cari pasar juadah ler gamaknya .. dan sediakanlah duitnya ... Dengar kata pasar juadah pun naik reger weh ....

Hari pertama berpuasa ... Angah dah demam ... asyik tidur jer ... tapi gagahkan diri juga untuk berpuasa ... harap2 semua anak2 ibu berpuasa yer ... 



Pssstttt....Soalan anak dara aku masa hari pertama semalam berpuasa .... 
Ibu, kentut boleh ibu?  Tak batal puasakan?...huhuhu....

SELAMAT BERPUASA

Rata2 kat blog sumer citer pasal Ramadhan ... aku pun nak jugaklah ... nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua semua kengkawan, muslimin muslimat, saudara mara ... 

Jika semua harta adalah racun maka zakatlah penawarnya
Jika seluruh umur adalah dosa 
Maka taubatlah ubatnya
Jika seluruh hari adalah nista
Maka Jumaatlah pensuciannya
Jika seluruh bulan adalah noda
Maka Ramadhanlah pemutihnya

Khamis, 26 Jun 2014

Gangguan Bekalan Air Tak Berjadual

Tengok maklumat terkini kat laman web SYABAS memang merisaukan ... yerlah dah dekat nak puasa ni ... kalau tak ada air memang menduga keimanan...nak masak lagi .. kalau tak masak ... camner nak beli kat pasar juadah sebab orang yang menjual tur pun sama tak ada air .. macamana kebersihan masakan mereka .... nak pulak el nino sekarang ni, panasnya lain macam.  Nak mandi lagi .... nak simpan air karang, bukan ada tempat nak letak .... huhuhu ... memang dugaan sungguh ... hari tur dah kena dari bulan Februari sampai April kalau tak silap ... masalah air gak ... memang teruk ... sampai mandi kat ofis pun ada ... nursery anak pun kena bekal air ... 

Dulu berjadual ... sekarang tak berjadual dah ... balik kerja semalam ... pengasuh Syahir dah bagitau air kat rumah dia dah slow sangat ... segala periuk belanga dah bawak turun ... kesian tengok ... Ada gak periuk belanga ... aku apa ada .. harapkan baldi jerlah ... itu pun tak cukup nak menampung.  Kayalah kedai2 yang jual tempat simpan air yerk...mendadak naik harga tong2...


PENGUMUMAN SYABAS ...

Bekalan Air Terawat Yang Diterima Oleh Syabas Tidak Boleh Menampung Permintaan Menyebabkan Gangguan Bekalan Air Dan Tekanan Rendah Tidak Berjadual Di Lima Wilayah di Selangor Dan Kuala Lumpur bekalan Air Terawat yang Diterima Oleh Syabas Tidak Boleh Menampung Permintaan Menyebabkan Gangguan Bekalan Air dan Tekanan Rendah Tidak Berjadual di Lima Wilayah di Selangor dan Kuala Lumpur


SIARAN SEGERA                                                                           
25 JUN 2014

Kuala Lumpur – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ingin memaklumkan bahawa beberapa kawasan di lima wilayah iaitu Wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah berikutan pengeluaran air terawat dari loji-loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan.

Beberapa kawasan di sekitar Wilayah Hulu Langat dan sebahagian Kuala Lumpur telah mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak 17 Jun 2014 lalu disebabkan pengeluaran air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih dan LRA Sg Langat tidak dapat menampung permintaan air yang tinggi di kawasan tersebut.

Dalam pada itu, beberapa kawasan di sekitar Wilayah Klang/Shah Alam juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah tidak berjadual pada 24 Jun lalu disebabkan penutupan sementara LRA Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) yang diurus oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH). Ini berikutan gangguan bekalan elektrik dari jam 4 pagi hingga 6 pagi hari yang sama di loji rawatan air tersebut. Ia sekali gus menyebabkan pengurangan pengeluaran air terawat daripada loji rawatan itu. Walaupun LRA SSP1 telah beroperasi semula, bekalan air ke kawasan yang terlibat masih belum pulih sepenuhnya.

Sementara itu, beberapa kawasan di Wilayah Gombak, Kuala Lumpur dan Petaling pula mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah mulai 25 Jun 2014,  disebabkan pengeluaran air terawat dari LRA Sungai Selangor Fasa 3 (SSP 3) telah dikurangkan oleh SPLASH, berikutan berlakunya penurunan paras aliran air mentah Sungai Selangor.

Pengurangan pengeluaran air terawat dari LRA SSP1 dan LRA SSP3 mengakibatkan penurunan paras kolam-kolam utama yang menerima bekalan air dari kedua-dua loji rawatan air tersebut dan mengakibatkan gangguan bekalan air serta tekanan rendah.

Berikutan bekalan air terawat yang diterima oleh SYABAS tidak dapat menampung permintaan, sebahagian daripada kira-kira 758,976 pintu rumah di lima wilayah  mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah, terutama mereka yang berada di kawasan tinggi dan di penghujung sistem agihan. Antara kawasan yang telibat adalah seperti berikut:-

WILAYAH GOMBAK
  • Air panas
  • Aman Siara
  • Ampang Jaya
  • Ampang Water Front
  • Andaman Ukay
  • Astana Gemilang
  • AU1 – AU5
  • Balai Polis Gombak
  • Bandar Baru Ampang
  • Bandar Baru Selayang
  • Bandar Baru Wangsa Maju
  • Beverly Height
  • Bukit Antarabangsa
  • Bukit Idaman/Idaman Hills
  • Bukit Indah
  • Bukit Lela
  • Bukit Setiawangsa
  • Bukit Wangsa Mas
  • Dagang Jaya/ Halaman Indah
  • Dataran Ukay
  • Desa bakti
  • Desa Hussein Onn
  • Desa Lembah Pantai
  • Desa Melawati
  • Desa Minang
  • Gombak Setia
  • Harmonis
  • Industri Bolton
  • Intan Baiduri
  • Jalan Ampang
  • Jalan Chung Hwa Gombak
  • Jalan Genting Kelang
  • Jalan Hulu Kelang
  • Jalan Kepong
  • Jinjang Baru
  • Jinjang Selatan
  • Kampung Ampang Campuran
  • Kampung Ampang Indah
  • Kampung Baru Ampang
  • Kampung Cangkat
  • Kampung Dato Mufti
  • Kampung Datuk Keramat
  • Kampung Kemensah
  • Kampung Kerdas
  • Kampung Klang Gates
  • Kampung Kok Doh
  • Kampung Lee Kong Chian
  • Kampung Melayu Ampang
  • Kampung Melayu FRIM
  • Kampung Padang Balang
  • Kampung Pasir Hulu Kelang
  • Kampung Puah
  • Kampung Setia Jaya
  • Kampung SPG 3 Gombak
  • Kampung Sri Gombak Indah
  • Kampung Sungai Mulia
  • Kampung Sungai Sering
  • Kampung Tasek Permai
  • Kawasan Perindustrian Bebas Hulu Kelang
  • Kemensah Heights
  • Kepong Baru
  • Kepong Interprenuer
  • Keramat Hujung
  • Kuala Ampang
  • Magna Villa
  • Megan Setapak
  • Metro Prima
  • One Selayang
  • Pesona Villa
  • Pinggiran Batu Caves
  • Platinum Victory
  • Prima Melawati
  • Prima Selayang
  • Puncak Setiawangsa
  • Pusat Kepong
  • Rampai Niaga Business Park
  • Residen Sri Utara
  • Rimbunan Melati
  • Selayang Baru
  • Selayang Height
  • Selayang Jaya
  • Selayang Pandang
  • Selayang Permai
  • Selayang Segar
  • Selayang Sejati
    • Selayang Utama
    • Sering Ukay
    • Setapak Jaya
    • Sri Edaran Kepong
    • Sri Gombak
    • Sri Melati
    • Sri Murni
    • Taman Ampang Indah
    • Taman Ampang Mewah
    • Taman Ampang Prima
    • Taman Ampang Utama
    • Taman Andaman Wangsa Maju
    • Taman Beringin Jinjang
    • Taman Bidara
    • Taman Bukit Ampang
    • Taman Bukit Ampang Permai
    • Taman Bukit Jaya
    • Taman Bukit Jubina
    • Taman Bukit Kemensah
    • Taman Bukit Mas Melawati
    • Taman Bukit Mewah
    • Taman Bukit Mulia
    • Taman Bukit Utama
    • Taman Bunga raya
    • Taman Cahaya Indah
    • Taman Cemerlang
    • Taman Danau kota
    • Taman DAR
    • Taman Desa Setapak
    • Taman Fadason
    • Taman Faizura Ampang
    • Taman Gombak Jaya
    • Taman Grandview Ampang Jaya
    • Taman Halaman/ KESUMA
    • Taman Harmonis
    • Taman Hijau
    • Taman Hillview
    • Taman Ibukota
    • Taman Kamariah
    • Taman Kelab Ukay
    • Taman Kemensah Indah
    • Taman Kepong
    • Taman KOSAS
    • Taman Melati
    • Taman P.Ramlee
    • Taman Pandan Ria Ampang
    • Taman Permai Jaya Ampang
    • Taman Permai Jaya Ampang
    • Taman Permata
    • Taman Perwira 2 Ampang Jaya
    • Taman Perwira Gombak
    • Taman Pinggiran Ukay
    • Taman Puncak Utama
    • Taman Raintree
    • Taman Rasmi Jaya
    • Taman Selayang Baru
    • Taman Setapak Indah
    • Taman Setapak Permai
    • Taman Setia Gombak
    • Taman Setiawangsa
    • Taman Sri Ampang
    • Taman Sri Bayu
    • Taman Sri Jaya Ampang
    • Taman Sri Keramat
    • Taman Sri Rampai
    • Taman Sri Segambut
    • Taman Sri Ukay
    • Taman Sri Watan
    • Taman Suria Setapak
    • Taman TAR
    • Taman Uda Jaya
    • Taman Usahawan
    • Taman Wahyu
    • Taman Wangsa Jaya
    • Taman Wilayah
    • Taman Zooview
    • Taman/ Kampung Tasek Tambahan
    • Ukay Bistari
    • Ukay Height
    • Ukay Perdana
    • Villa Sri Ukay
    • Villa Wangsa Mas
    • Wangsa Maju
    • Wangsa Melawati
    • Wangsa Ukay
    Jumlah Pintu Rumah: 218,940 



















































    WILAYAH KLANG/SHAH ALAM
    • Bandar Putera
    • Batu 3 Shah Alam
    • Batu 8 Bukit Kemuning
    • Bukit 5 Jalan Bukit Kemuning
    • Bukit Naga
    • Bukit Jelutong
    • Jalan Harum Estate
    • Jalan Hulubalang
    • Jalan Kebun
    • Jalan Kebun Nenas
    • Jalan Sellathevan
    • Kampung Baru HICOM
    • Kampung Bukit Lanchong
    • Kampung Kebun Bunga
    • Kampung Lombong
    • Kota Kemuning
    • Lorong Seri Gambut
    • Puncak Perdana
    • Putra Height
    • Seksyen 1, Shah Alam
    • Seksyen 2, Shah Alam
    • Seksyen 3, Shah Alam
    • Seksyen 7, Shah Alam
    • Seksyen 8, Shah Alam
    • Seksyen 9, Shah Alam
    • Seksyen 11 – 13, Shah Alam
    • Seksyen 16, Shah Alam
    • Bukit Rimau
    • Jalan Kebun
    • Kampung Lombong
    • Berjaya Park
    • Johan Setia
    • Seksyen 22, Shah Alam
    • Seksyen 25 (Axis), Shah Alam
    • Seksyen 26, Shah Alam
    • Seksyen 27, Shah Alam
    • Seksyen 28, Shah Alam
    • Seksyen 32, Shah Alam
    • Seksyen 33, Shah Alam
    • Seri Lembayung
    • Subang Mas
    • Taman Alam Nyata
    • Taman Alam Impian, Seksyen 35, Shah Alam
    • Taman AMJ
    • Taman Cahaya SPK
    • Taman D’Kayangan
    • Taman Desa Kemuning
    • Taman Desa Latania
    • Taman Kandis Permai
    • Taman Samarinda
    • Taman Sentosa
    • Taman Sunway Suria
    • Taman Subang Impian

    Jumlah Pintu Rumah: 390,861



















    WILAYAH PETALING
    • Seluruh USJ Subang
    Jumlah Pintu Rumah: 2,300




    WILAYAH KUALA LUMPUR
    • Flat DBKL Dato Keramat
    • Jalan Padang Tembak
    • Jalan Semarak
    • Jalan Gurney
    • Kementah
    • Pulapol
    • Wisma tanah
    • JUPEM
    • Universiti Teknologi Malaysia(UTM)
    • FELDA
    • Pusat Latihan Telekom
    • Jalan U-Thant
    • Jalan Ampang Hilir
    • Taman Pandan Jaya
    • Taman Cempaka
    • Taman Bakti
    • Taman Nirwana
    • Kampung Pandan Dalam
    • Taman Cahaya
    • Pandan Cahaya
    • Taman Dagang
    • Taman Shamelin Perkasa
    • MINDEF
    • Taman Tenaga
    • Taman Miharja
    • Taman Kobena
    • Desa Pandan
    • Flat Sri Melaka
    • Jalan Kent 1 hingga 7
    • Taman Putra Sulaiman
    • Taman Pandan Utama
    • Bandar Sri Permaisuri
    Jumlah Pintu Rumah: 146,875













    Gangguan bekalan air ini tidak dapat dielakkan disebabkan ketiadaan sumber bekalan air alternatif disalurkan ke kawasan yang terjejas. Ini kerana secara keseluruhan kapasiti bekalan air terawat sedia ada di Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mencukupi dengan paras rezab bekalan air berada di sekitar kurang dari 1% atau negatif apabila berlaku permintaan puncak.

    Pihak SYABAS menjangkakan pemulihan bekalan air mengambil masa yang agak lama dan tidak dapat ditentukan kerana ia bergantung kepada bilakah loji-loji rawatan air yang terlibat dapat mencapai pengeluaran maksimum dan juga jika terdapat sumber air terawat tambahan disediakan.

    Bagi membantu mengurangkan kesulitan yang dihadapi pengguna di kawasan yang masih terjejas, pihak SYABAS terus menggerakkan lori-lori tangki air dan tangki statik untuk pengagihan bekalan air kecemasan. Walau bagaimanapun, keupayaan bantuan bekalan air kecemasan ini amat terhad dan tidak mampu untuk menampung sepenuhnya permintaan pengguna di kawasan yang terlibat. Keutamaan bantuan bekalan air kecemasan ini diberikan kepada pengguna-pengguna kritikal seperti hospital kerajaan/swasta, pusat dailisis dan rumah kebajikan serta situasi yang amat memerlukan seperti upacara kematian atau kenduri.

    Pihak SYABAS akan melakukan pemantauan secara berterusan dan akan memaklumkan perkembangan terkini dari masa ke semasa melalui media massa.

    Pada masa sama, pihak SYABAS menjangkakan para pengguna juga mungkin menghadapi  kesukaran untuk menghubungi Pusat Panggilan SYABAS (PUSPEL) kerana kesesakan talian telefon PUSPEL dan mereka diminta bersabar jika terpaksa  menunggu lebih lama sedikit sebelum panggilan dijawab.

    Para pengguna di kawasan yang terjejas atau tidak dengan gangguan bekalan air  diminta agar sentiasa menggunakan air secara berhemah serta mengurangkan penggunaan air secara keseluruhan. Sebarang penjimatan ini boleh membantu mempercepatkan pemulihan bekalan air di kawasan yang terjejas dengan gangguan berkenaan.

    -tamat-

    PRISCILLA ALFRED
    Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat & Hal Ehwal Awam

    ** Sementara itu, pihak SYABAS ingin menyarankan orang ramai yang yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian paip pecah atau bocor agar terus menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS, iaitu PUSPEL di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS, dengan menaip PUSPEL <jarak><aduan atau pertanyaan> dan hantar ke 39222 supaya tindakan segera diambil oleh SYABAS. Para pengguna juga boleh membuat laporan kepada SYABAS menerusi laman web twitter dan facebook dengan mendaftar di laman web berkenaan.

    Dah Tak Lama Ramadhan

    Salam semua..lama tak bern3...sibuk bebenor erk...ker sajer2 buat sibuk....uwekkk....

    Pejam celik, pejam celik, dah nak bulan poser yerk...lagi 2 hari lagi ... Hari Ahad dah poser ... kalau ikut kalendar lah ... tapinya memang macam turlah ... tiap2 tahun ikut kalendar ... Anak dara aku siap bagitau, hari Sabtu kena makan puas2...huhuhu..kalau bab makan memang tur jerlah dia ingat.  Bila soal kenapa kena makan puas2...dia kata sebab hari Ahad tak boleh makan, puasa ... agaknya dia ingat tak boleh makan sehari suntuk agaknya ... harap2 tahun ni boleh ler dia puasa.  Sebab tahun lepas, dia puasa..tapi puasa yang yok ... bila time berbuka dialah yang paling banyak makan...sebabnya, sekarang ni semua baju n seluar dia dah ketat, kadang2 tur yang baru beli pun dah sangkut...nak kempiskan perut pun tak boleh.  Nak cari saiz pun kena cari saiz besar .... berat pun dah nak sama ngan Incik Aidil ...hihihi....

    Gambar tahun lepas

    Gambar terbaru ... ngan Mak Teh Syikin...huhuhu....


    Rabu, 18 Jun 2014

    Buah Kuinin

    Hari ni badan rasa cam melayang2 badan ke udara...ringan ke aku??? Hahahaha..maunya ringan.  Asyik makan jer.  Mana nak ringan...Bila ntah nak ringannya.  Okaylah..nak story mory pasal citer yang rasa dah basi dah.  Tapi cerita gak ler ... Hari tu adik balik kampung, kata kat umah ada musim buah.  Buah durian, buah kundang, buah kuinin .... hari2 asyik update kat wasap makan tidur makan buah.  Huhuhu ... memang favourite aku tur ... nak pulak dengar buah kuinin lagi ler terliur.  Citer pasal buah kuinin ni...kat kampung tinggal 1 pokok jer lagi belum ditebang.  Yang lain semua dah tak ada.  Mak kata masa kecik2 dulu aku ada tanam satu pokok...memang berbuah lebat sebelum ni.  Pastu nak buat kenduri ke apa ker ntah ... aku pun tak ingat ... pokok tur ditebang ... sekarang ni tinggal pokok yang akak aku tanam jer.  Pokok yang abang aku tanam pun kena tebang gak.  Harap2 pokok ni tak ditebang yer ayah...huhuhu....Nak dipendekkan cerita, mak kirim ler sekotak buah kuinin tur kat adik aku ... berkobar2 aku menerimanya ... kena agihkan kepada adik beradik lain.  Memang makan sepuas2 hati ler ... tur pun ada lagi sikit kat umah.  Incik Aidil ngan anak2 lak kalau tak dikopek buah tur, tak adalah nak makan ... Jadinya bila aku kopek, berebut2 ler ngadapnya .... termasuklah Intan Payung Syahir ... 

    Ni ler rupa buah kuinin ... gambar Pakcik Google jer ...

    Buah yang dah dikopek ... Pakcik Google gak....

    Selasa, 10 Jun 2014

    Part 2 : Cuti Bukit Bendera

    Hari tu punya citer ... Balik kampung MIL.  Bawak anak2 pergi jalan2 ke Bukit Bendera yang memang tak pernah aku jejak kaki pun .. hahahaha ... layan gambar jerlah yer ....


    Ngan anak2..uikkk Along dah tinggi dari ibu ... 

    My Family

    Sama tinggi jer

    Hogoh Tok Gajah Hogoh

    Ngan SIL n MIL


    Kak Lang ngan Mak Teh Syikin

    /Ngan My Hero










    Rabu, 4 Jun 2014

    Majlis Perpisahan Ofismate

    Lupa nak citer pasal majlis perpisahan ofismate ... ada buat makan2 sikit ... layan gambar yer ...

    Buat deco2 ...

    Cantik tak?  Wat sendiri bunga ...

    Boss beri ucapan dan kata2 nasihat

    tur ler budak nak pindah tur ... pindah sebelah jer ... Cik Nani 

    Sesi peluk memeluk ...

    Part 1 : Cuti2 Ke Pulau Pinang

    Teringin nak update blog hari ni...baru masuk kerja hari ni ... cuti 3 hari plus Sabtu Ahad ... dapatlah 5 hari.  Bercuti ke mana tur???? Hahaha...balik kampung ler ... Kampung mana ... Perak? Kedah? Pahang? .... Waaahhhh banyaknya kampung ... Keputusannya balik Perak ngan Kedah ler ... Hari Jumaat pagi bertolak balik ke Perak ... pastur ke Kedah hari Ahad .... Berjalan sakan Intan Payung Syahir ngan kakak n abang2nya....Mujur tak meragam.  Layan gambar jerlah yer ... 

    Ngan sil kat feri menuju ke Pulau Pinang

    First time naik feri ...huhuhu


    Abg Long ngan Syahir

    Aku ngan anak2