Hampir lupa aku nak masukkan n3 aku pasal aku n hubby pergi sekolah anak aku malam tadi kerana ada majlis Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 5. Perjumpaan murid2 yang akan amik UPSR tahun hadapan. Berkobar2 aku n hubby pergi. Angah n Ikah ikut sekali. Maklum lah Along nak amik UPSR tahun hadapan, kenalah pergi dengar apa yang guru nak sampaikan. Nak menitis air mata bila ustaz yang bagi ceramah tur, berzikir dan berdoa semasa di akhir majlis. Panjang doanya..doa untuk ibu bapa yang masih ada dan sudah tiada, doa untuk sekalian umat di muka bumi ini...sayu hati aku. Ustaz yang berdoa tur pun menitiskan air mata. Guru2 yang mendengar pun menitiskan air mata...masa aku dah mula nak menitiskan air mata...anak dara aku dengan selambanya datang mintak nasi lemak...terus tak jadi nak nangis..huhuhu...Balik umah kul 11 lebih...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan