Isnin, 1 Ogos 2011

Sabtu n Ahad

Sabtu - Plan nak beli lauk kat TESCO untuk sambut puasa hari Isnin.  Tapi tak jadi pergi.  Malam tur lepas Maghrib pergi JJ Keramat lagi.  Niat nak beli kasut untuk anak2.  Nak beli masa puasa karang semuanya penat.  Semalam lepas kerja pergi gak JJ, beli seluar untuk anak2.  Masuk kali ni, dah 3 kali pergi....huhuhu.  Nak settle semua sebelum masuk bulan puasa.  Last2 nak beli baju hubby pun tak sempat.  Memilih kasut anak2 dah berjam2.  Along n Angah jer dapat kasut...anak dara aku tak ada size dan tak ada kasut cantik2.  Masing2 muka dah macam cencorot...perut lapar...keluar rumah tadi tak makan.



Ahad - Pergi TESCO beli lauk pauk..mak aiiii...ramainya orang beli barang.  Semuanya nak sambut puasa kot.  Cina, India pun sama...masa tur lah nak beli banyak2.  Dekat 1/2 jam berbaris kat tempat ayam..kalau timbang jer cepat..ni nak potong sekali..malas nak potong kat umah.  Bajet nak masak bulan puasa ni, tak tau ler...harap2 sempat lah n tak penat sangat...hubby dapat balik pukul 5 cam time aku gak.  SELAMAT BERPUASA SEMUA....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan