Selasa, 16 Ogos 2011

15th Day Ramadhan..Nasi Lemak

Hari yang ke 15 berpuasa...apa citer erk.  Ooooo...hari ni 2 hero aku...Along n Angah periksa.  Bangun sahur pagi tur..Angah tak tidor.  Baca buku.  Along, biasalah.  Lepas sahur terus panjat katil....Angah semangat nak periksa.  Balik dari sekolah terus bagitau Angah dapat jawab semua soalan...ok lah tur.  Ada semangattttt.  Menu berbuka lak..pening kepala lagi..memikirkan lauk nak masak tak beli lagi.  Hujan lebat...macamana nak beli.  Kalau hujan berenti pun lauk apa nak beli?  Nak masak apa?  Seach kat internet, semuanya tak selera...last2 bagitau hubby buat nasi lemak jerlah.  Lagipun dah lama tak masak nasi lemak.  Nasi lemak ekspress...masuk santan kotan, masuk bawang, masuk halia...tekan periuk.  Yang lecehnya masak nasi lemak dalam periuk elektrik ni..periuk cepat naik keep warm.  Terpaksa tahan ngan kain tempat tekan.  Nasib baik jadi...goreng ayam, rebus telur. Dah siap nasi lemak aku...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan