Isnin, 15 Ogos 2011

Mamat (Sepah) n Fida BERCINTA!!!!


Semoga kekal abadi...




Biar betul....tapi memang betul pun.  Gossip terkini...Mamat Sepah n Fida bercinta.  Mengikut citer diaorang berdua sedang mengenali hati budi masing-masing dan dah 6 bulan.   Fida dan Mamat mengakui mereka kini sedang menjalinkan hubungan yang serius.
Fida mengaku mula terpikat dengan Mamat setelah melihat sikap lelaki tersebut yang cukup menghormati serta bertanggungjawab terhadap orang tua dan keluarganya sendiri.
Dalam pada itu, apabila ditanya adakah Fida punca hubungannya dengan NurSyuhada atau lebih dikenali dengan Ada putus, Mamat Sepah dengan sekerasnya menafikannya.
"Saya tak mahu cerita lagi kisah saya dengan Ada. Cukuplah, kalau saya katakan hubungan kami sudah pun berakhir pada awal penglibatan saya dalam Maharaja Lawak lagi.
Kenangan...Nursyuhada...
"Saya tak mahu mengaibkan sesiapa dan tidak mahu mendedahkan punca hubungan kami retak. Tapi yang pasti ianya bukan berpunca daripada Fida," tegasnya yang ditemui bersama Fida dalam rakaman Melodi Raya yang diadakan di PWTC, malam semalam. - Sumber Murai.com.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan