Selasa, 6 Disember 2011

Sejuknya...

Pepagi masuk ofis..mak aiii..sejuknya..biasanya bila masuk ofis perkara pertama aku buat on dulu kipas sebab macam tak bernafas...lagipun aircond on tepat pukul 8 pagi.  Sebelum pukul 8 jangan haraplah nak on aircond. Mujur ler ada kipas.  Leh ler menyejukkan badan.  Tapi hari ni lain lak...sejuk sebelum pukul 8 lagi. Agaknya terlupa tutup air cond kot semalam.  Bertambah kesejukan aku sebab aku poser hari ni.  Tenaga pun tak ada untuk memanaskan badan.  Kena pakai baju 1 lapis lagi.  Masa amik wuduk pun terketar2...agaknya macam manalah keadaan kat tempat member ana kat bawah tur.  Hari2 sejuk..macam peti ais.  Tak payah nak pergi kutub mana2..kat situ pun jadi.  Maunya sakit tulang. Hari ni aku puasa sunat Muharam.  My Incik Aidil ajak puasa sekali.  I follow...amik keberkatan bulan Muharam.  Puasa ganti belum buat lagi.  Ingat nak buat lepas ni.  Insyaallah...Baru jap tadi dapat mesej dari My Incik Aidil..ajak berbuka kat luar..yeehaaa...tak payah masak malam ni.  Kat mana agaknya nak berbuka erk..tungguuuuu....

1 ulasan: