Khamis, 31 Mei 2012

Sunyi Sepi Ofis

wahhhh...sunyi sepi ofis hari ni.  Semua dah bertolak ke Kelantan. Ada buat sukan kat sana..aku idok pergi.  Nak balik kampung amik anak2.  Cuti dah lulus 3 hari...tq boss...hahaha...Kebetulan ada kenduri lagi kat kampung.  Makan kenduri jerlah jawabnya kat kampung.  Best...best...dah lama tak merewang kat kampung...Esok dah Jumaat..mesti kengkawan ada plan nak pergi memana kan...maklum ler...

Selasa, 29 Mei 2012

Rindu dan Sunyi

Malam tadi rumah sunyi sesangat...Ada Along tapi Along bukannya nak bercakap..tanya sepatah..jawab sepatah..tu pun mujur jawab..kadang2 tanya tapi haram berjawab...Tetiba tengah berbuka puasa...adik call dari kampung, bagitau anak dara aku nak cakap...baru sehari tinggal...dia dah mula menangis malam2..teringat kat aku.  Kesian...biasalah...waktu siang sibuk bermain langsung tak ingat, bila dah malam...dia dah rasa lain...huhuhu..tunggu ye anak2 ibu..hari Sabtu tak lama dah...

Alhamdulillah...Dah Ada

Alhamdulillah..air paip dah ada. Walau pun sebelum ni keluarnya halus sesangat..tapi start malam tadi dah besar dah.  Ada notis tampal kat bawah bagitau ada pam rosak...jadinya kena ganti.  Nak duit lah tur..pandai betul..masa mesyuarat hari tu memang majoriti yang tak setuju maintenance dinaikkan..tetiba pam lak rosak..macam ada tak kena jer.  Biasalah dah beli rumah apartment ni kenalah amik risiko ngan maintenance...tur jer yang mampu buat masa ni.  Dan juga semalam gak ada SURPRISE untuk aku ...hahaha..sampai sekarang masih lagi terasa terawang2...tapi Alhamdulillah...rezeki...Nak tau ke mender apa...SURPRISEEEEEEE.......




Isnin, 28 Mei 2012

Dia Buat Lagi

Blog aku tak boleh nak view balik..naper erk....gerammmmmmmmm.....

Cari Air Kat Kampung

Dalam n3 aku yang lepas aku ada bagitau rumah aku tak ada air paip...rasanya hari Jumaat...balik dari ofis petang tur..termenung jap kat rumah..nak buat macamana ni..air kat umah tak ada..air simpan pun tak ada..last2 lepas Maghrib... Incik Aidil ajak balik kampung...nak dok kat rumah pun tak ada maknanya.  Ngan anak2 lagi...kemas baju sikit2 jer..terus balik.  Lagipun kebetulan lak kat kampung ada kenduri kahwin.  Bawalah diri sekeluarga ke kampung mencari air..hahaha...Bertolak dalam pukul 9 lebih..sampai kampung pukul 11 lebih...kesian Incik Aidil ngantuk2 bawak keter...Kat kampung pun sama gak...air paip tak ada pukul 11 pagi...sampailah pukul 2-3 petang.  Tapi oklah..daripada tak ada...kalau terdesak sangat boleh mandi sungai...Sebelum tur dah cakap ngan ayah nak tinggal 2 orang anak aku kat kampung..Angah ngan Ikah...seminggu jer..sebab lepas tur aku balik kampung lagi..dah apply 3 hari cuti...So...sekarang ni ada kat umah cuma Aku, Incik Aidil ngan Along...



Jumaat, 25 Mei 2012

Berbuka Puasa Pizza Hut

Malam tadi berbuka puasa ngan Pizza Hut kat Ampang Point.  Kebetulan lak 2 orang mak saudara Incik Aidil datang rumah...pelawa sekali.  Memang langkah kanan diaorang...Teringin lak nak makan pizza malam tur.  Okay..layan jerlah gambar kat bawah ni...nak taip panjang2 nanti boring lak...










Air Paip Tak Ada

Pepagi lagi dalam pukul 6 lebih...Incik Aidil jerit dalam bilik air ... "Ayang, air paip tak ada"..Alamak camner ni..Air simpan tak ada...Takkan tak ada air..air tangki aku dengar melimpah ruah..ni mesti ada yang tak kena ni.  Hari tur masa mesyuarat dengan maintenance dia dah bagitau ada mender alah..aku pun tak ingat apa bender..yang kalau rosak mender tur..dia tak boleh nak pam air untuk ke rumah...ni mesti mender tur yang rosak.  Ke ada yang sabotaj...alasan nak naikkan bayaran maintenance..sebab hari tur ramai yang tak setuju maintenance nak dinaikkan bayarannya...Gerak anak2 semua bagitau tak boleh buang air besar..sebab Angah biasa buat pagi2... yang boleh cuma basuh muka dan gosok gigi..mandi tak yah..bukan kotor pun badan..setakat tidur jer...Semuanya ikut arahan...Siap suruh anak2 semua sembur minyak wangi banyak2..hahaha..harap2 balik karang ada air.

Khamis, 24 Mei 2012

Sambutan Hari Guru

Pukul 12 tadi keluar pergi dewan sekolah ada sambutan hari guru.  Sambutnya kat Dewan Dato' Ahmad Razali. Angah tak nak bawak hadiah .. ntah naper.  Kalau tak tahun lepas bukan main lagi mintaknya..tahun ni dia tak nak bawak lak.  Ikah bawak 2 hadiah..Along 1 hadiah.  Biasalah barang2 kraf..dah maknya kerja kat kraf kenalah bagi barang kraf..yer dok..hahaha.  Tur pun main amik jer..padahalnya sayang mender tur.  Tapi tak apalah..dah rezeki cikgu2...Masa masuk dewan memang tak jumpa langsung anak dara aku sorang tur....Dah kurang orang barulah nampak batang hidungnya.  Dah jumpa siap tur kena tegur ngan guru kelas dia lagi "oooo..inilah ibu budak bertuah ni"... sambil geleng2 kepala guru kelas dia.  Aku dah dapat agak dah.  Mesti anak dara aku tur ada buat hal kat sekolah.  Ntah lah dia sorang tur memang lain sikit perangainya..tak taulah kenapa...Harap2 masuk Tahun 2 nanti berubah perangainya..Aminnnn....



Alhamdulillah..Blog Dah OK

Alhamdulillah..blog dah boleh view..kalau tak ntah apa2 keluar.

Blog Tak Boleh View...http://hijrah.mfrapps.com

Naper blog aku ni...nak view blog jer keluar terus laman web ntah apa2 ni.. http://hijrah.mfrapps.com ...korang ada kena tak macam aku kena ni.  Mungkin tak ramai yang nak bukak blog aku tapi aku nak tau jugak kenapa jadi cam tur..ada ke nak tolong aku ni...

Rabu, 23 Mei 2012

Sakit Perut

Dah 3 kali masuk tandas...sakit perut.  Tak tau salah makan apa...Start malam tadi dah sakitnya.  Nak pulak puasa lagi hari ni, alamatnya kosong ler perut.  Asyik membuang jer...tapi masih larat lagi berpuasa.  Tak sampai memudaratkan diri lagi...Alhamdulillah.  Harap2 aku ada kekuatan untuk berpuasa penuh hari ni..Aminnnn...Tapinya nak turun beli lauk kat cafe tak larat...



Selasa, 22 Mei 2012

Destinasi Seterusnya

Apa destinasi seterusnya untuk bawak anak berjalan2..macam nak pergi Genting Highlands masa on the way nak balik kampung..atapun Cameron Highlands masa dah ada kat kampung...Naper pilih negeri Pahang gak..sambil menyelam minum air.  Dah menuju ke sana..cari port sana jerlah...nantilah nak pikir2 dulu..biasanya plan jer lebih..lepas tur haram perginya...Sebab tur kalau nak pergi mana2 tak boleh bagitau anak2 awal2..takut nanti diaorang menuntut...

Ada deal murah kat groupon..




Genting View Resort

1 Rejab...Kelebihan Berpuasa

Hari ni 1 Rejab...Dah tak lama nak ke bulan Sya'ban..dan juga Ramadhan.  Hari ni dah 19 hari aku berpuasa...mungkin ada sebab aku berpuasa.  Hanya DIA dan aku sahaja yang tahu ... Dah makin seronok aku berpuasa..Kalau Mr. P tak kacau..aku akan terus berpuasa...Insya Allah... 

Copy n paste...

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrahDibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.
Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka. Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti.
Kelebihan lain bulan Rejab :.
  1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.
  2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.
  3. Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W. 
  4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai. 
  5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh. 
  6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan. 
  7. Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak. 
  8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Isnin, 21 Mei 2012

Melaka Wonderland

Habis bab keter kena block...bertolak pukul 10 lebih..memang sampai kat Melaka kul 12 tengahari.  Mujur ler perjalanan dipermudahkan walau salah keluar tol..adik ingat nak pergi A Famosa Waterworld..patah balik masuk Ayer Keroh.  Mujur lah tak jauh dah.  Sampai2 tak ramai orang..okaylah.  Tak macam kat Gambang hari tur..berlaga2 ngan orang.  Tempatnya pun okay walaupun panas terik.  Tapi bila dah masuk dalam air..tak rasa panasnya....habislah kulit anak dara aku...Lepas bermandi-manda pergi Taman Buaya lak..Sebelah jer...Tak jauh pun...Oklah nak citer tanpa gambar tak best kan...