Khamis, 29 Disember 2011

Percubaan Uniform Sekolah

Malam tadi buat sesi percubaan untuk anak dara aku pakai baju sekolah.  Suruh dia pakai baju sekolah, kasut, tudung sendiri.  Pergi sekolah agama boleh lagi aku siapkan..pegi sekolah kebangsaan petang..kena siapkan diri sendiri.  Memang tinggal kat nursery ada orang tengokkan..tapi taknya sempat nak tengok..ramai bebudak.  Tak 100% lulus pemakaiannya..kain digulungnya pinggang sampai senget2, tudung senget2 kat leher..kesiannya anak ibu.  Macamanalah ibu nak bagi senang pakainya..tak bagi pakai tudung karang...My Incik Aidil yang suruh pakai...katanya kena ajar tutup aurat dari sekarang.  Ikut jerlah...tanggungjawab dia.  Huhuhu...Gabra juga aku anak dara nak masuk tahun 1 ni.  Memikirkan macamanalah dia masa pergi sekolah n balik sekolah agama nanti.  Harapkan Angah jaga adiknya...tapi hari tur bila bagitau Angah suruh makan dengan adiknya..siap dia bagitau..Angah nak makan dengan kawan Angah..Ikah makanlah sendiri...hahahaha...haru dibuatnya.  Angah....Angah..


  


  



Tiada ulasan:

Catat Ulasan