Isnin, 30 Mei 2011

Pindah Rumah

N3 aku kali ni bukan pindah rumah baru.  Tapi pindah dari rumah sewa ke rumah sewa yang lain, coz tuan rumah nak robohkan rumah sewa aku tur.  Lama gak cari rumah sewa.  Naik tension kepala memikirkannya. Tuan rumah asyik tanya bila nak pindah...bila nak pindah...dia ingat senang nak pindah dengan anak2 aku yang sekolahnya....dengan barang2 aku lagi.  Masalah tu jugak yang menyebabkan aku dah lama tak bercerita dalam blog aku ni.  Kepala pusing.....lagi satu masalah, loan aku kena reject ngan treasury.  Ntah apa silapnya, katanya nama penjual tak ada lagi dalam geran...memang lah rumah tur milik penjual tapi atas nama pemaju lagi..sebab rumah tu taraf strata title.  Nak tukar nama makan masa/tahun ..setahu aku lah...Kena cari bank lain lak nak buat loan...tensionnya aku....ingat senang jer apply loan kerajaan, tapi haram.....rupanya susah jugak.  Aku apply ING Home Loan.  Tengok lah 2 - 3 hari resultnya...susahnya nak beli rumah second hand ni...mungkin time aku beli susah...orang lain beli ok jer...dugaannnnn....Berbalik pada cerita aku pindah rumah...hari Jumaat tur aku derma darah, balik rumah dah kena kemas rumah coz  Sabtu nak pindah.  Barang punyalah banyak...badan rasa lemah lutut sebab amik darah siangnya...orang lain ok jer..aku lak rasa lain macam.  Mungkin piyed aku tak stabil kot...Hari Sabtu tur dari pagi kemas barang...berenti time makan jer..pastu sambung balik.  Mujur ada anak2 ibu tolong angkat barang2 ringan.  Kesian hubby sampai sakit pinggang angkat barang2 berat...Tq Ipin, Ina n Sidiq tolong pindah rumah...

Jumaat, 27 Mei 2011

Derma DARAH....



Last aku blogging Jumaat lepas...maksudnya dah seminggu aku tak menitipkan sebarang cerita di dalam blog aku ni.  Bukan tiada cerita...tapi tak berkesempatan untuk bercerita...bz dengan macam2 tugas...Bila bukak jer blog, ada jer kerja menanti..nak bukak kat umah lagi lah...line lembab...kadang2 jer laju...Baru hari ni jer berkesempatan nak berblog....hari ni aku derma darah buat kali pertamanya dalam hidup aku.  Rasa cuak gak..tapi disebabkan aku rasa dah sampai masa aku membantu orang yang memerlukannya...rasa gementar tur memang ada..maklum ler nampak jarum besar nak masuk dalam urat aku...lepas tu lak...nurse tur kata urat aku kecik sebesar jarum tur...mungkin darah turun flow jer..lambat sikit...n lama lah aku dok situ.  Dan satu lagi takut bengkak...Rasa lain gak tadi...nurse tepuk2 tangan nak bagi urat aku tur kembang kot..tapi tak jugak nak kembang...try jerlah.  Alhamdulillah..ok jer..turun cam biasa jer darahnya.  1 pek gak aku derma darah.  Yeaahhhh...aku berjaya memberanikan diri menderma darah....

Jumaat, 20 Mei 2011

Ketiak Sapa Hangit....


Wah, dah lama tak jengok blog.  Bizi ngan tugas2 harian.  Hari ni dah kurang sikit bizinya..walaupun bizi gak.  Mood boring datang lagi...ajak member jalan2 Masjid India..walaupun dalam hati takut gak ngan citer2 orang simbah asid tur.  Tapi, bila ada geng...masuk ajer.  Aku, Ina n Mia...member sorang lagi tak leh nak pergi...12.15...time rehat..terus chowwww....Masa pergi, drebar teksi siap tanya...nak ikut Jalan Ampang ker..padahal dah menghala ke Jalan Ampang...apa jenis soalan tanya...Aku nak cari tudung yang pernah aku beli  kat Muaz...(sapa pernah beli kat sini dia tau ler apa itu MUAZ)...tapi dah sold out!!!!Beli jer lah apa yang patut...Nak dijadikan citer...masa balik ...aku tahan ler satu teksi ni...suka bukan main sebab tak berbaris panjang masa nak naik teksi...bukak jer pintu ...nauzubillah...wangi bebenor parfumenya..nak termuntah aku..nak tak nak naik jerlah..kalau parfume wangi tak kisah lah jugak..tapi ...hangit bebenor bau ketiaknya..tak ada diodarant ke pemandu teksi tur..tak sedar ker penumpang kat belakang ni dah nak separuh pengsan...dah lah aircond hala ke belakang...aku lak dok kat belakang dia...waaaaaa....naik juling mata..member depan hala aircond sorang2 kat dia...selamat lah jugak...member sebelah lak..wat muka dek jer..dalam hati aku...dia ni tak berbau ker...selamba jer tarik nafas...mujur ler aku beli keropok lekor...dapat gak amik bau keropok lekor tur...

Khamis, 12 Mei 2011

Dulu n Sekarang

Tiada apa yang nak diceritakan....

Nur Irdina Syafiqah .... semasa baby...so cute...

Nur Irdina Syafiqah...sekarang...sooooo cuteeeee....

Muhammad Nur Syafiq & Muhammad Nur Syahmi....hensem boy...

Along n ibu n abah n angah...

Angah .... sekarang

Along .... sekarang

Kenangan...

isk..isk..isk...kenangan tempat member...
Ngan BFF masa Mesyuarat Agong Puspanita...

Member sudah tido...boring ler tur..sori Mia..

Dah segar balik dah Mia dari tido...

Rabu, 11 Mei 2011

Day 2 - Pekse

Hari ni hari kedua amik pekse.  Hari ni pekse PKPA, Pengurusan Pejabat n Arahan Keselamatan.  Nak dijadikan cerita, punyalah semangat nak amik pekse.  Bawak buku baru beli, tak guna buku2 ofis dah.  Confirm nak luluskan...masuk dewan...aku tengok meja sebelah bertimbun buku. Meja depan pun bertimbun...aku telek2 dari jauh rupa2nya kena bawak gak buku Arahan Keselamatan n Pengurusan Pejabat.  Apa ker bengongnya aku, dah nak bawak tadi..tapi tinggal kat ofis.  Aku ingat 1 buku jer guna..PKPA..nak tak nak jawab jerlah...kena repeat balik jawabnya aku ni...huhuhu...Hari ni lak jerebu teruk sangat...mendung jer hari walaupun panas...cam biasa lah tunggu member kat tepi highway...tak ada kejer..snap2 ckit..kamera sentiasa ada dalam beg...my hobby...


Selasa, 10 Mei 2011

Soalan Matematik Anak Aku...

Baru jap tadi anak dara aku soal aku dengan soalan Math...

Ikah : 6 + 7 berapa ibu?
Aku : 13
Ikah : 8 + 9 berapa ibu?
Aku : 17
Ikah : 9 + 10 berapa ibu?

Aku diam jap..makin lama makin besar nombornya soal...

Ikah : Itu pun ibu tak tahu...11 lah
Aku : Oooo 11..sapa ajar Matematik ni...
Ikah : Adi
Aku : Siapa Adi tu...
Ikah : Kawan Ikah lah...
Aku : Pandai kawan Ikah ajar Ikah...

Giliran aku lak soal dia

Aku : 5 + 6 berapa?
Ikah : 7 lah
Aku : 1 + 2
Ikah : 3
Aku : 10 + 11
Ikah : 12

Wah, pandai betul anak dara aku sekarang...budak2...kawan dialah gurunya..walaupun kita kata salah..tetap kawan dia juga yang betul...huhuhu

Periksa Lagi...

Start hari ni hingga hari Khamis, aku periksa KPSL. Bagi penjawat awam mesti tau KPSL kan. Nak huraikan panjang berjela..masuk yang ni dah 4 kali amik.. tak pass2 lagi..tak tau ler naper..agaknya tak ikut skema jawapan yang dikehendaki.  Aku ni taulah, kalau esei mesti lemah..malas nak menulis. Lagipun dah lama tinggalkan zaman tulis menulis..coz sekarang semua taip menaip huhuhu...Kali ni aku ingat aku sama ngan member aku sorang tur..sebab tiap2  kali pekse mesti aku tumpang keter dia..kali ni lak lain tempat.  Turlah As, asyik nak numpang orang jer...kan dah susah nak pergi...hahaha...Mujur ada keter ofis bawak orang lain pegi pekse...aku numpang le sekali.  Aku pekse kat Sapura @ Mines..tempat yang tak pernah aku pergi.  First time jejak kaki..berlinang gak air mata aku sebab sorang2 kat situ kena campak..tapi demi nak amik pekse..hope tahun ni lulus..aminnn...Stail aku ni, kalau amik pekse...jam tu laju jer gerak. Lagi laju dia gerak, lagi laju aku menulis..mujur tak crame jer jari jemari aku...tulisan tak payah nak cakap lah, kalah doktor...soalan susah bebenor..tak tau ler...kul 12.15 aku dah siap.  Aku memang tak pernah lambat keluar..mesti awal.  Ntah naper...Kenalah tunggu keter ofis kat tepi highway tu...Untuk geng2 yang amik pekse harap2 uols semua lulus tahun ni...especially Madi n Ana...


Pameran Dinasour...

7 Mei 2011 - Hari ni hubby janji ngan anak2 nak pegi tengok dinasour.  Pameran tur kat Pusat Sains Negara. Rasanya ni kali ke 2 aku pegi. Masa pegi ....mula2 time bujang..bawak anak murid melawat..uishhh..lama tul tak pegi.  Nama je dok KL tapi x pegi pun.  Nasib baik hubby bawak...Anak dara aku excited betul dari rumah. Kata x takut..last2 sampai kat sana muka jadi cuak..takut..padahalnya dinasour tur bukannya hidup pun..getah jer..tapi dek sebabkan bunyi tur..dia jadi takut.. (n3 ni tergenaa..sbb tur aku besarkan tarikh tur..)
















Ahad, 8 Mei 2011

Selamat Hari Ibu



Selamat Hari Ibu, mak...hanya ucapan diberikan.  Untuk menyambutnya memang sebagai orang Islam tidak digalakkan.   Aku terjumpa artikal ni dalam blog seseorang...lupa lak blognya apa...renung2 kan lah...Tidak salah untuk mengingati ibu kita, bukan setakat menunggu sambutan Hari Ibu seluruh dunia, hari2 kita kena ingat ibu kita.  Jasa ibu tak terbalas...dibawa hingga ke akhir hayat.


Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.


Jumaat, 6 Mei 2011

Dah 2 Tahun 2 Bulan Berblogging...

Sedar tak sedar dah 2 tahun 2 bulan aku berblogging.  Blog ni wujud bulan February 2009.  Tarikh tak ingat...nanti nak tengok bila tarikhnya.  Teringin gak nak buat contest macam blogger lain..tapi tunggulah.  Tak ada kesempatan lagi.  Agak2 kalau aku wat contest ada ker orang nak join..huhuhu.  

Drama Juvana


Setiap hari Isnin aku tertunggu2 drama bersiri Juvana ni.  Dulu Gemilang...best gak..sesuai untuk guru2.  Pengorbanan guru2 untuk mendidik anak2 muridnya sehingga berjaya.  Sekarang lak Juvana.  Episod pertama, memang aku takut nak tengok.  Sebab ceritanya macam ganas sangat.  Siap aku tutup muka lagi bila ada scene yang kena belasah teruk tur.  Tapi kadang2 boleh jadi pengajaran untuk anak2...aku bagitau kat diaorang...kalau kita wat tak baik kena hantar sekolah cam ni. Story mory citer tur camni...
v
v
v
Kisah cerita bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya.  Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Batik (sebuah sekolah NGO) sehingga di cukup umur untuk dibicarakan.  Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff).  Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tersebut terus berlaku.  Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim.  Cikgu Ariffin (Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.
v
v
v
Kalau nak tau kisah seterusnya, kenalah tonton sendiri...kadang2 aku termiss gak episodnya...huhuhu..



Khamis, 5 Mei 2011

'Cuba Pakcik Telefon Allah! Saya di Neraka ke Berapa...'

Labour Day..Balik Kampung



Selamat Hari Pekerja kepada pekerja2 semua...walaupun dah lewat..tapi still boleh ucap lagikan.  Malas nak buat auto publist.  Nak update blog pun ikut mood.  Semalam baru masuk kerja sebab amik cuti selepas Labour Day.  Cuti tak panjang mana pun.  Balik kampung aku...huhuhu...Jengok mak n ayah aku kat kampung.  Kesian kat diaorang duduk 2 orang jer.  Anak2 semua dah bekerja, yang bongsu jer belajar.  Diaorang hepi sangat bila tengok anak2 n cucu balik.  Masa otw balik kampung ok, jalan tak jem.  Masa balik dari kampung..jem tak ingat..lepas tol bentong jem tak ingat...kalah nak balik masa raya...hubby aku sampai tak larat dah...last2 ikut laluan kecemasan..sekejap masuk...sekejap keluar...sepatutnya sampai kul 7 lebih...sampai KL kul 9 lebih.