Jumaat, 2 Disember 2011

Mabukkkkk....

Ngantuk betul mata ni.  Macam nak tido jer...huhuhu..tapi dah balik dah.  Kepala pun berat jer.  Ntah bila lah nak hilang mabuk aku ni.  Bukan mabuk mengandung erk..mabuk naik kenderaan.  Aku memang dah tabiat..bila naik kereta ... nak pulak jalan jem ... mulalah kepala jadi lain. Angin pun naik satu badan.  Nak muntah pun ada.  Dulu masa kecik2 memang aku alergik naik bas..nak pulak yang ada air cond...memang sedia plastik nak muntah.  Kalau pergi sekolah menengah naik bas pulak..sedia minyak angin cap kapak dalam beg.  Mesti kena cium...kalau tak melepek ler aku.  Ntah ler...tak tau apa puncanya.  Tadi pun masa naik keter BF pergi melawat Kak Sakdi kat Taman Medan, PJ jer dah mabuk.  Nasib baik Mia ada bawak minyak angin.  Penyelamat aku tur...kalau tak maunya.  Sampai sekarang kalau balik kampung...Pahang ke Perak ker..mesti ada minyak angin dalam kereta.  Hubby aku memang dah biasa ngan perangai aku.  Bila dalam keter...kalau barang jatuh kat bawah kaki..mesti aku tak amik..kalau amik pun mesti tak tengok bawah..kalau tengok bawah mesti kaw..kaw..peningnya..pas tur cam nak muntah jer.  Kalau membaca lagilah..haru biru dibuatnya.  Yang mengikut perangai aku tur..anak dara aku lah.  Kalau pegi mana2 mesti sedia plastik.  Boleh kira ngan jari jer..berapa kali anak dara aku tak muntah bila balik kampung.  Pewaris aku tur...



2 ulasan: