Tuan punya blog baru2 ni balik kampung. Amik hero2 yang dah sebulan tinggal kat kampung. Bukan main happy lagi anak dara aku jumpa abang2 dia. Bertolak balik hari Jumaat malam, sampai pun dekat pukul 12 tgh malam. Kat kampung cam biasa lah...asyik hujan jer. Dari pagi sampai lah ke petang...berenti pun sekejap jer. Sekarang kat kampung musim buah..tapi pokok2 ayah aku semuanya tak menjadi. Tahun lepas dah menimbun2 tak termakan..tahun ni senyap jerlah. Ada sikit2 jer pokok rambutan berbuah kat tepi rumah. Jadi ler dari tak ada..huhuhu. Balik kampung teringin nak makan kuih kacang aka kuih kasturi handmade mak. Memang tersangatlah lamanya tak makan. Mujur ler mak rajin nak buatkan..sebab buat kuih ni remeh sikit..kena rebus kacang hijau dulu. Terima kasih mak buat kan kuih ... sedap sangat2...siap tapau lagi bawak balik KL..esoknya boleh makan lagi...rasanya masih sama cam dulu2. Nak pulak makan time hujan..fuhhhhh...
Macam biasa...request bila balik kampung...ayah korbankan 2 ekor untuk buat kari. Memang tak cukup...mujurlah adik beradik tak balik semua..yang balik cuma keluarga aku n keluarga kakak aku. Kalau semua balik...ayah kena korbankan 4-5 ekor lagi...hahaha...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan