Rabu, 7 Disember 2011

Perihal SBPA

Pasal SBPA lagi.  Tak habis lagi erk..tengah dok tertanya2 camner sistem tur nanti.  Yang ni lak aku copy paste dari facebook aku..huhuhu...Taklimat oleh Dato' Pengarah HKL.

1.  SBPA akan mula Januari 2012.  Bermula 16/12 hingga 30/12 tempoh untuk sign borang SBPA, setuju ke tak setuju kena sign gak.


2.  Pegawai bersara selepas 1/12012 tidak ditawarkan SBPA.


3.  Tiada lagi istilah kumpulan sokongan 1 atau kumpulan sokongan 2.  Hanya akan ada 4 peringkat kumpulan kerja dalam kerajaan.(Premier, Pengurusan Tertinggi, Pengurusan Profesional dan Pelaksana).


4.  Kumpulan Sokongan dalam kumpulan Pelaksanan.


5.  Perlantikan individu ke dalam setiap kumpulan akan dinilai berdasarkan keupayaan, mekanisme/cara penilaian baru akan digunakan untuk menilai calon yang layak, memberikan peluang yang luas kepada semua penjawat awam, perlantikan lateral entry juga akan dilaksanakan.

6.  Exit Policy yang lebih mudah.  Anda boleh keluar dari sektor kerajaan ke swasta atau kembali semula ke sektor kerajaan selepas berkhidmat untuk sektor swasta.  Tapi ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi seperti prestasi melebihi 70% dan tiada tindakan tatatertib, ada 2 jenis Exit Policy. (PDKPA - Persaraan Demi Kepentingan Perkhidmatan Awam), PDKA - Persaraan Demi Kepentingan Awam).

7.  Dalam SBPA sistem penilaian akan dilakukan secara 360 darjah.  Maksudnya, anda bukan sahaja dinilai oleh bos anda, bahkan orang di sekeliling.  Sebabnya nak tengok keberkesanan kerja yang anda lakukan.  Erti kata lain, nak tengok kerjasama anda dengan orang lain.

8.  Pergerakan gaji akan bergantung kepada prestasi kerja anda.  Contohnya markah yang melebihi 95 akan mendapat kenaikan gaji 15%.  Markah diantara 75 - 84 akan mendapat kenaikan 5% sahaja.  Tiada lagi tangga gaji menegak melintang atau membujur.  Hanya ada gaji minima dan maksima.

9.  Ada beberapa pilihan yang akan diberikan kepada anda untuk menerima atau menolak SBPA ini.

a.  menerima SBPA dan persaraan 60 tahun.
b.  menerima SBPA dan menolak persaraan 60 tahun.
c.  menolak SBPA dan menerima persaraan 60 tahun.
d.  menolak semuanya dan kekal dengan persaraan 55/56/58

Nak keterangan lebih jelas tunggu jerlah JPA keluar pekeliling erk.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan