Jumaat, 30 September 2011

Sian Ikah...DEMAM

Bangun pagi tadi..memang aku malas sangat nak pergi kejer.  Kesian dengan Ikah, demam....ntah pukul baper dia gerak aku bagitau dia demam dan tak boleh nak tidur.  Sampai pukul 6 lebih baru dia boleh tidur, itupun makan ubat demam.  Mujur ubat demam ada stok kat umah...baru amik hari tur masa dia batuk.  Bila bagi ubat..terus muntah..tak sempat nak ke bilik air..dia kata dia pening kepala.  Suruh urut...Tengok hubby tidur bukan main lagi sedapnya...tak sedar apa2...huhuhu.  Tapi aku kena pergi kejer jugak, sebab hari ni hari Jumaat.  Esok dah cuti...Aku tengok Ikah ok sikit bangun pagi tadi..walaupun kepala pening.  Lagipun dia tengah semangat sebab ada jamuan hari raya malam ni kat Nursery dia.  Walaupun dah abis bulan Syawal..tapi tak perlah.  Memang tiap2 tahun Nursery anak aku tur wat jamuan hari raya...lambat ngan cepat jer.  Mungkin tahun ni sibuk ngan budak2..lambat sikit buatnya.  Anak ibu..harap anak ibu cepat baik erk...anak ibu kuat...
Satu masa dulu...sangat kecil...

Anak Ibu..Luv U All


Khamis, 29 September 2011

Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa...


Bukak2 facebook ada terbaca post ni...sedih membacanya..kasih seorang ibu kepada anaknya..sayu hati, pilu hati, luluhnya hati ini...

Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa..

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi 
melanda Jepun. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh. “SEKIRANYA KAMU SELAMAT, INGATLAH BAHAWA IBU MENYAYANGIMU..”Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!

Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...

By: Dominique Padua BalabaDiterjemah : FittoFitt

Rabu, 28 September 2011

Pergi Sekolah

Hampir lupa aku nak masukkan n3 aku pasal aku n hubby pergi sekolah anak aku malam tadi kerana ada majlis Perjumpaan Ibu Bapa Tahun 5.  Perjumpaan murid2 yang akan amik UPSR tahun hadapan.  Berkobar2 aku n hubby pergi.  Angah n Ikah ikut sekali.  Maklum lah Along nak amik UPSR tahun hadapan, kenalah pergi dengar apa yang guru nak sampaikan.  Nak menitis air mata bila ustaz yang bagi ceramah tur, berzikir dan berdoa semasa di akhir majlis.  Panjang doanya..doa untuk ibu bapa yang masih ada dan sudah tiada, doa untuk sekalian umat di muka bumi ini...sayu hati aku.  Ustaz yang berdoa tur pun menitiskan air mata.  Guru2 yang mendengar pun menitiskan air mata...masa aku dah mula nak menitiskan air mata...anak dara aku dengan selambanya datang mintak nasi lemak...terus tak jadi nak nangis..huhuhu...Balik umah kul 11 lebih...

Citer Dari Kampung

Baru tadi call mak kat kampung...tanya khabar berita.  Walaupun aku baru lagi call kampung, tapi hati aku ni bila tak call 2 - 3 hari tur cam lain jer.  Kadang2 mak aku lak yang rasa boring kot..sebab tak ada mender pun nak cakapnya.  Tapi bila aku dah lama tak call, mak aku mulalah tanya...naper lama dah tak call..huhuhu...Mak bagitau tadi..ayah aku kena masuk air sebab kencing manis.  Bukan dekat hospital..tapi dekat klinik.  Hari ni ayah ada check up kat klinik dekat pekan Kuala Krau.  Tup..tup..ayah kena masuk air lak.  Harap2 kencing manis ayah tak tinggi.  Sebelum ni, ayah memang tak ada apa2 penyakit.  Baru sekarang penyakit kencing manis menyinggah.  Mungkin umur dah meningkat...macam2 penyakit datang.  Mungkin jugak ayah culas makan ubat yang doktor bagi...Maklumlah orang tua, kadang2 ubat doktor ni diaorang malas nak makan.  Mak...alhamdulillah, cuma sakit2 lutut.  Tur pun aku kesian tengok.  Kadang2 paksa diri menjahit baju orang.  Dari mula aku belum ada sehinggalah aku dah kat muka bumi ni 34 tahun..mak tak berhenti menjahit lagi.  Mula2 dulu mak pakai mesin singer yang kena goyang kaki tur..nak jahit tepi kain..semua kena hantar pekan Kuala Krau.  Lepas tur, baru mak beli elektrik..tapi bila tak ada elektrik terpaksa gak menggodek kaki untuk menjahit.  Macam2 mesin dah mak tukar..hinggalah dah pakai mesin macam kat kilang lak.  Sian mak aku...tapi bila suruh berhenti menjahit dah, mak tak nak.  Mungkin sayang dengan mesin2nya.  Yang mengikut mak pandai menjahit kakak aku sorang...Lina..aku harammmm tahu menjahit.  Pernah gak cuba2 menjahit kat umah..sebab mak ada beri sebuah mesin jahit kat aku.  Tapinya, satu baju pun tak pernah try.  Jahit kain koyak boleh ler..huhuhu...Mujur ler akak mewarisi kepandaian mak...

Ayah...

Mak

Selasa, 27 September 2011

3 Kali Semalam - Bapa Tertua 94 Tahun


Hari ni aku tak ada n3 nak dikongsi..so layan jerlah citer2 yang aku kongsi dari sini.  Bapa tertua di dunia ketika berusia 94 tahun.  Melakukan hubungan seks 3 kali semalam...Kisah benar, bukan tipu erk...

Randy Ramjeet Raghav terpaksa 'berehat' seketika daripada rutin hariannya melakukan tiga kali hubungan seks semalam selepas menjadi bapa tertua di dunia - ketika berusia 94.  Katanya dia akan menangguhkan aktiviti seks dengan isterinya Shakuntala kerana mahu memberi perhatian membesarkan anak lelaki mereka, Karamjit.



Cium. Ramjeet Raghav memeluk anak lelakinya

Ramjeet berkata: "Saya sihat dan saya menikmati hubungan seks dengan isteri saya. Saya rasa ia adalah amat mustahak untuk pasangan suami isteri untuk sering mengadakan hubungan seks.
"Bila dia minta saya akan 'kerja' semalaman tetapi demi anak, saya tolak dahulu 'keperluan' itu buat masa ini."


Rumah . Sekeluarga tinggal di dalam pondok ini.


Shakuntala, dalam lingkungan 50-an, kata: "Dia tidak kelihatan tua pada saya. Dia boleh 'melakukannya' seperti mana-mana lelaki berusia 25 tahun - bahkan lebih baik kerana dia boleh teruskan semalaman. Dan dia juga seorang bapa yang bagus."

Ramjeet, tinggal dengan isteri dan anak lelakinya di sebuah pondok dua bilik, menyara keluarganya dengan pendapatan £12 (RM57) seminggu dengan bercucuk tanam di sebuah ladang selama sembilan jam sehari di Haryana, India.


Baru jadi ayah, Ramjeet Raghav . Tidak pernah berhenti merokok.

Tetapi dia menambah mula benci untuk bekerja sejak menjadi bapa kepada Karamjit - anak pertamanya. Katanya: "Saya masih perlukan wang, jadi saya terpaksa paksa diri untuk ke bendang."
Kini Ramjeet mahu lebih ramai anak. Katanya: "Dalam tempoh enam bulan lagi, kami akan cuba untuk dapatkan seorang lagi anak lelaki."

Isu Zizan Persenda Nabi Muhammad SELESAI


Sumber ni dari laman web Ustaz Azhar Idrus sini yang menjawab isu masalah Zizan dalam filem Hantu Bonceng.  Harap penjelasan ini menyelesaikan masalah Zizan...

Menurut Ust Azhar Idrus, sebaik saja isu Zizan Raja Lawak mengucapkan  ‘Asyhaduanna Muhamadarr..Syaitan’ di dalam satu babak filem Hantu Bonceng menjadi kecoh. Beliau menerima panggilan daripada Zizan yang menggunakan ‘private number’ untuk merujuk permasalahan ini.

“Saya ni baru kena marah dengan orang kerana filem Hantu Bonceng. Saya kata  ’Asyhaduanna Muhammadarr’ lepas tu nampak syaitan datang..saya kata SYAITAN” kata Zizan.

Jawab Ust Azhar Idrus. Dia boleh jadi dua hujah. Boleh jadi ada niat untuk mempersendakan Islam dan boleh jadi tidak berniat untuk mempersendakan Islam. Dalam kes ini dia mengucap ketika di dalam ketakutan, dalam cerita kelakar maka dia buat dialog mengucap “Asyhadu an la ilaha ill-Allah, wa asyhadu ana Muhammadarr…..Syaitan! Syaitan!.”

Jadi boleh dikatakan bahawa penulis skrip ini untuk menghina nabi, dan boleh juga dikatakan penulis skrip berniat untuk menggambarkan seseorang yang di dalam ketakutan tidak sempat menghabiskan lafaz syahadahnya kerana ternampak syaitan. Ia boleh jadi ada niat untuk mempersenda.

Tetapi kesilapan ini tidak terletak kepada pelakon. Pelakon jahil dan tidak tahu apa-apa. Pelakon bukannya (perlu) belajar pondok untuk berlakon filem. Tetapi Penerbit, Penulis skrip dan Pengarah sepatutnya kena rujuk dahulu perkara ini kepada Pejabat Agama atau Jabatan Kuasa Fatwa. Skrip ini boleh jadi untuk mempersendakan Islam dan boleh juga bukan berniat untuk mempersendakan Islam.

“Walaupun ia bukan untuk mempersendakan Islam, ia tetap juga HARAM sebab mendatangkan FITNAH” tambah Ustaz Azhar Idrus lagi. Fitnah ini yang perlu di jaga dan kita perlu berhati-hati. Zizan sendiri telah mengakui bahawa beliau tidak pernah terniat untuk mempersendakan Islam.

“Jadi kita ambil secara baik, dia (Zizan) tidak berniat mempersenda Islam, tetapi kerana kejahilan punya fasal ia memberi fitnah.” rumus Ust Azhar Idrus.

Isnin, 26 September 2011

Jumpa Member Sekolah - Rosratima

Hari Ahad semalam memang plan nak dok umah..hubby pun nak godek2 dia punya barang yang dah diamik dari Courts tur.  Tapinya ada jemputan dari adik aku kat Putrajaya..dia ada wat makan2 sikit.  Lagipun dah bertahun kot tak pergi Putrajaya.  Jauh lak rasanya...Adik ajak petang, tapi aku pergi tengahari...lapar tur perut.  Bawak perut kosong jer, pagi tur cuma makan cekodok ikan bilis jer...huhuhu...Teringat lak kat kawan sekolah lama aku tinggal kat Putrajaya...lama dah tak jumpa.  Aku call ajak jumpa kat umah adik aku..tak jauh pun dari rumah dia..adik aku Presint 15..dia Presint 9..Kalau ikut plan dia yang nak datang umah aku.  Tapi disebabkan anak sorang lagi member aku demam campak, tak jadi ler diaorang datang.  Tak perlah..janji dapat jumpa gak, walaupun sekejap.



Citer Pergi Sungai Besi

Hari Sabtu  lepas pergi Rumah Terbuka Aidilfitri kat ofis aku...ingat leh ler pergi terus open house member hubby kat Ampang n terus pergi Kem Sungai Besi umah member aku lak..tapi plan tak jadi.  Bukan tak jadi pergi...tapi balik rumah dulu.  Kereta tak settle lagi.  Dalam kul 5 petang..baru hubby settle kan pasal keter.  Tur pun terpaksa bayar gak bateri baru...bateri yang lama tur masih dalam kuarantin lagi...ntah naper penyakitnya..mekanik tur kata dia nak kaji dulu.  Kalau tak ok..alamatnya kenalah amik bateri lain.  Mujur bateri lama tur masih dalam garenti lagi.  Mekanik tur kata gak..kalau nak amik bateri yang diaorang dah charge tur amiklah..tapi takut mati enjin kat tengah jalan..tak leh nak buat apa2...kalau nak gak..jangan tutup enjin kereta.  Hubby lak ada nak amik barang impian dia kat Courts...huhuhu...Last2 hubby bayar untuk bateri baru tur...kalau tak..habis semua plan.  Kat umah member aku kat Sungai Besi..memang aku kekenyangan.  Selagi tak rasa semua menu yang ada...tak balik ler aku.  Hubby lak cancel nak pergi umah member dia yang kat Ampang tur...lagipun bukan member dia yang wat umah terbuka...awek member dia yang wat. Lepas Maghrib baru balik rumah...
















Sabtu, 24 September 2011

Pasal Rumah Terbuka - Koleksi Gambar

Kuih yang ada kat Gerai BSK...best ni..

Kuih karipap pusing kak shima..terlupa nak makan..mesti best...

Kuih Abuk2..baru pertama kali makan...sedap sangat...

Angah .....

Along....

Ikah n Hadira...
 
Cute Kids...

Hadira...


Naper anak ibu masam jer ni..mesti ada yang tak kena..boring bergambar erk...

Me n Kak Sakdi yang comel...
  
Me n kakak BSK yang cantik2...tahniah Kak Aidid...terpilih sebagai Pakaian Anggun kategori perempuan
 
Tak sempat nak rasa mi kari gerai sebelah..kenyang sangat
  


 







Bateri Kereta Buat Hal..

Pagi tadi aku bangun awal coz nak bersiap awal pergi open house ofis.  Lepas solat Subuh tak tidur dah..nak bersiap pergi ofis.  Gosok baju aku n baju anak2.  Hubby nak hantar aku n anak dara pergi ofis dulu.  Lepas tur dia baru pergi lak.  Tapi bila fikir balik..2 kali nak ulang alik baik pergi sekali semua.  Hubby ada hal lak ... nak tengok barang yang dia minat kat Courts Sentul.  Dah 2 kali ulang..hari ni dia kata nak pergi awal sikit.  Bila dah ready semua..dah siap cantik2...jeng..jeng..jeng...kereta tak boleh start.  Hubby tengok lampu bateri semua okay.  Rasa dek aku bateri tur baru jer lagi..baru beberapa bulan..hari tur sama gak..kena kat Ampang Water Front..sampai2 sana kereta terus mati tak leh start.  Nasib baik tak kena tengah jalan..Bila kereta tak leh nak start pagi tadi..hubby call teksi depan rumah..driver teksi tur cuti lak.  Hubby kata naik teksi lain...aku teringat kat Ana ... call hp dia..mujur ler dia kat Bandar Baru Ampang.  Minta tolong amik kat umah.  Terima kasih Ana ... jadi Wonder Pet.  Jasamu dikenang...Balik ofis pun tumpang ana gak.  Hari ni gerai Bahagian aku cepat tutup..mujurlah sediakan kuih-muih melayu..buatnya suruh sedia mender2 yang berkuah....maunya lambat nak berkemas..nak basuh mangkuk2...Kenyang giler perut hari ni..jap lagi nak pergi umah member kat Sungai Besi lak..pas tur umah awek member hubby aku lak kat Ampang...wahhhhh..kekenyangan sungguh hari ni.

Khamis, 22 September 2011

Pasal Rumah Aku..Arghhhhh

Bila nak citer pasal rumah ni memang aku sakit hati.  Bukan rumah yang aku sewa ni.  Rumah yang aku aku sewa ni memang aku suka..jiran2 pun baik.  Aku lak satu2nya penyewa kat situ.  Nak citer pasal rumah yang aku beli tak settle2 lagi.  Orang yang belum apply loan sebelum aku apply pun dah lulus loan dan dah nak buat rumah dah.  Ada yang buat sama ngan aku dah nak renovate rumah...AKU...hangin betul aku.  Sebab tu malas nak pikir dah.  Tapi kena pikir gak...duit tur..dah banyak habis bayar lawyer ngan owner...nak wat camner..rumah tur jer mampu milik.  Nak harapkan skim rumah pertama tur, jangan haraplah...banyak syaratnya..bukan senang.  Nama jer untuk orang yang tak berkemampuan..tapi harammmmm...Bila call orang yang uruskan loan aku bagitau semua dah settle..sekarang kat loan department RHB..bila call lawyer lak, lawyer kata tunggu RHB return balik dokumen..tapi dalam sistem ada mention RHB belum terima valuation report..call valuer, kata semua dah hantar.  Mana satu nak percaya ni.  Bila minta nombor phone untuk aku refer kat loan department RHB..diaorang tak bagi..katanya bank memang cam tur..apa2 semua lawyer..deal ngan lawyer..argghhhhhh.....geram ni..nak marah kat sapa pun tak tau.


Kisah Open House

2, 3 hari ni asyik pergi open house jer...bukan open house masa cuti..open house kat bahagian2 kat ofis aku ni.  Hari tur bahagian BF, lepas tur bahagian lain lak dan hari ni bahagian yang satu floor ngan aku.  Segan gak nak pergi sebab bahagian sendiri pun tak ada buat open house..huhuhu..tapi dah dijemput kita kena tunaikan.  Kalau tak ....Hari esok pun ada lagi jemputan..sekarang ni jemputan tak payah call ngan kad2..semuanya guna emel.  Hari Sabtu lak ada jamuan Hari Raya untuk kakitangan...nak kata Rumah Terbuka karang, tak semua orang dijemput.  Kalau dikata Rumah Terbuka, semua orang boleh datang...huhuhu...

Rabu, 21 September 2011

Buntut Ada Emas

Buntut siapa ada emas?  Ini kisah semalam...masa tur aku tengah tengok tv.  Tetiba handphone berbunyi.  Handphone tur aku letak kat sebelah tv.  Aku dengan malasnya merangkak nak amik..hubby n Along ada kat belakang.  Hubby cakap kat Along...tengok ibu tur, malas nak bangun...Dengan selambanya Along jawab..aahhh, buntut ibu ada emas lah tur...Amboiiii...mulut..memang tak ada insuran...nak tergelak pun ada.  Ada peribahasa ke buntut ada emas.  Aku tanya Along..sapa bagitau cam tur?  Along cakap..cikgu kat sekolah cakap..siapa yang malas nak bangun...cikgu akan kata..buntut ada emas...hahaha...peribahasa baru....

emasssss....kayo den...



Ada Ikan Masin Dalam Aquaria...

Aku senyum sorang2 bila teringat citer anak dara aku 2 hari lepas.  Dia citer pasal dia pergi rombongan ke Petrosains ngan Aquaria KLCC.  Bukak citer tur bila dia tanya hubby....

Ikah : Abah...Ikah tak nampak pun Abah kat KLCC masa pegi rombongan tur?
Abah : Ye lah..abah kan tak kejer...Ikah nampak apa kat sana???
Ikah  :  Ada Dinasour, Gajah, Singa, Harimau....
Abah : Dah macam zoo erk...Ikan tak ada ker???
Ikah : Ada
Abah : Ikan apa ada kat Aquaria??
Ikah : Ikan Jaws, ikan kecik, ikan besar, orang kecik bagi makan ikan....ikan masin...
Abah : Erk...ikan masin pun ada kat Aquaria...

Ikah : Tersenyum sumbing.....perasan silap cakap...ada ikan masin kat Aquaria....



Masalah..

Baru tadi BW kat blog suraya.  Terbaca nasihat kawan dia kepada dia...terdetik dalam hati aku bila baca nasihat tur...memang betul.  Kadang2 bila aku ada masalah citer kat BF, macam2 pendapat terima.  Tak tau nak pilih yang mana satu untuk selesaikan masalah tur.  Bagi aku kita boleh citer masalah kita, tapi hanya sekadar untuk meringankan beban dan berkongsi masalah.  Untuk mencari penyelesaiannya kita kena buat keputusan sendiri.  Sebab masalah tur masalah kita...kita yang akan hadapi di masa akan datang.  Ok..kalau nak  tau apa nasihat tur..cer baca kat bawah ni....


"Kau, kalau ada masalah, jangan mengadu kat orang lain. 
Simpan sorang2, mengadu kat Allah je. 
Kau dah buat keputusan, jangan pernah rasa menyesal. 
Kalau kau mengadu kat orang, orang akan kata macam2, 
pendapat lain2, nanti akan timbul rasa kesal, 
lama2 kau kusut sendiri, menyesal dan makan hati."


Selasa, 20 September 2011

Jangan Bersedih..

jangan bersedih


Apa Citer????

Hari ni aku tak poser...hubby jer puasa sorang2.  Memang niat berpuasa dah..ntah camner, panaskan lauk pagi tadi untuk Along makan tengahari nanti...terasa lak ngan mulut.  Masa tur memang tak sengaja pun...orang kata kalau tak sengaja tak per..tapi aku rasa tak perlah tak poser hari ni.  Lagipun aku nak bawak nasi lemak yang aku masak banyak semalam ke ofis...Terlajak masukkan beras..amik ko..cam nak makan 10 orang...hubby lak makan sikit jer dek kerana sakit kepala.  Bawak ofis habis gak nasi tur..tak membazir...Makan ngan member2 walaupun dalam hati segan gak..maklum ler nasi masak malam tadi..huhuhuhu...Ada order satay paru ngan member ofis...sedap sesangat makan ngan nasi.  Satay tur lain dari yang lain...Aku order 30 cucuk...licin semuanya...Nanti nak order lagilah..nak bawak balik lak. 

miss u...


Bini-Bini Aku Gangster

Masa tengok filem Hantu Bonceng hari tur...sebelum filem start biasalah ada promote filem2 baru yang akan datang...salah satunya Bini-Biniku Gangster..mak aiiii...tajuk tak ingat.  Naper bukan Isteri-Isteriku Gangster..lembut sikitkan...ataupun Orang Umah Aku Gangster...aku memang tak suka kalau orang lelaki yang berkahwin...panggil orang umah dia..BINI..cam kasar jer.  Mujurlah hubby aku kalau bercerita ngan kawan2 dia..dia bahasakan aku Orang Umah..huhuhu...Filem ni akan ditayangkan pada 22 September 2011. 

Sinopsis:

Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Di pejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.
Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh di sudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna di rumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.  

Nak tau kisah selanjutnya kenalah tonton kat pawagam erk...Nak ajak hubby tengok filem ni lah..tapi harus ker bawak anak2 pergi sekali..cam tak sesuai jer...


Mamat Ambil Foto Fida Nampak Rambut????

Kecohlah pulak Mamat bekas kumpulan Sepah ambil foto buah hatinya...Fida nampak rambut.  Mungkin tak sengaja atau memang life Fida cam tur.  Kita jangan nilai seseorang dari luaran...apa yang penting kita jaga imej kita supaya kelak tidak diperkatakan.  Jadi diri kita sendiri, jangan jadi diri orang lain...Gambar diambil dari beautifulnara.com.  

Mamat (dalam cermin kereta) tengah amik gambar Fida...

fida bidang dada
Fida bergaya dengan fesyen tudung baru....