Khamis, 29 Januari 2015

Mendobi Sendiri

Sekejap jer dah nak Jumaat yerk ... rutin hujung minggu macam biasa.  Nak pulak mesin basuh kat rumah aku dah rosak ... spin jer boleh ... bila wash tak boleh.  Nak angkut ker kedai repair karang ... sapa yang nak mengangkutnya.  Rasanya dah 2 minggu aku mendobi di kedai ... nak pulak sekarang ni ada kedai dobi yang kita tunggu terus kering tur.  Jadinya .. sediakan duit jerlah.  Kat umah aku a.k.a. Taman Kosas tur ada 2 kedai dobi cam tur ... jadinya sedia duit jerlah.  Ada mesin untuk 17kg, 10kg n 14kg...biasanya aku basuh guna mesin 14kg ...RM6 hinggit.  Kalau nak keringkan ... mesin kering RM4 hinggit ... amik ko...Nak tak nak ... terima jerlah.  


Camni ler rupa mesin Toshiba Auto kat umah aku yang rosak ... dah lama berjasa ..... mesin basuh ke-2 selepas semi auto Pensonic ... hihihi...

Finally ... Siap Jugak Barut Baby Customer Sabah

Alhamdulillah ... semalam dapat wasap dari Sabah bagitau barut baby yang dia tempah kat aku dah selamat sampai.  First customer barut baby yang aku jahit sendiri ... memberanikan diri.  10 helai aku buat ... tur pun makan minggu gak ... sebab Syahir kacau .. nak duduk atas mesin jahit jer ... aku jahit pun ikut pattern yang mak aku buat.  Jadinya .. tak susah mana pun ... harap2 customer tur berpuas hati dengan barut tur yer .. sebelum tur dia ada beli tungku moden magnet .... alhamdulillah ... rezeki anak2 ... 

Kalau ada sesapa nak tempah boleh jugak ... hihihi ...

Warna putih ... dua lapis


Terima kasih mak sebab beri mesin jahit Singer klasik ni ... ingat hari tur nak beli mesin jahit dari Lazada ... sebab tengok murah.  Bila fikir balik ... membazir lak rasanya sebab mesin yang ada kat umah pun elok lagi.

Isnin, 26 Januari 2015

Tak Lama Dah .. Kena Ikhtiar

Sekejap jer masa berlalu .. dah bulan 1 .... due date bulan 4 ... pejam celik pejam celik lagi tiga bulan yerk ... hahaha ... Si Intan Payung Syahir belum lagi bercerai BF ... bulan 2 nanti ... 1 Februari cukuplah umurnya 2 tahun.  Memang nak pisahkan tapi kesian bila tengok muka dia.  Cam macam tak tergamak rasanya.  Tapi kena ikhtiar jugaklah, walaupun sekarang BF tanpa ada susu keluar, tapi menghisapnya macam ada susu jer.  Pantang nampak muka aku, asyik2 ... memek ... memek .. memek ... tur jerlah.  Nak kena google ni macamana nak pisahkan dengan memeknya ... isk .. isk .. isk .. sedih tur.  Maafkan ibu adik ... nanti adik nak jadi abang .. tak boleh memek dah ... 

Alkisah Anak2 Naik Basikal

Wahhhhhh...lamanya tak update blog.  Last update pasal banjir kat kampung.  Pastur lenyap jap .. hihihi ... sibuk ler kononnya ... sibuk ngan anak2 yang bersekolah.  Dengan badan yang lemah longlai lagi ... maklum ler ... tapi sekarang alhamdulillah ... dah sihat walafiat.  

Sekarang anak dara dengan Angah pergi sekolah naik basikal.  Pergi balik naik basikal.  Suka kakak naik basikal pergi sekolah.  Tapi hari pertama ... terus tak larat sebab penat kayuh basikal.  Malam dah tidur awal.  Esoknya terus tak nak naik basikal ... terpaksalah pujuk .. kata dah beli basikal baru ... kena naik basikal ... Angah ada ... Lagipun Angah dah sama sesi persekolahan dengan kakak ... jadinya ada orang tengokkan masa dia naik basikal.  

Isnin, 5 Januari 2015

Alhamdulillah ... Dah Ada Semua

Alhamdulillah ... semua anak2 dah ada kat KL.  Cuti tahun baru hari tu balik kampung ambil diaorang.  Sepatutnya cuti Krismas ambik diaorang ... tapi disebabkan banjir melanda kampung dan menyebabkan jalan kedua2 hala menujuk ke kampung aku tak boleh lalu ... terpaksa tangguhkan dulu.  Dalam hati tur risau jugak .. sebab bekalan makanan kat rumah mak dah nak habis.  Walaupun rumah mak tak kena banjir .... tapi keadaan dah jadi macam pulau .. tak boleh nak pergi ke mana2.  Nak keluar pekan Kuala Krau ngan Jerantut pun tak boleh sebab dah naik air.  Hari2 telefon kampung, sampai satu tahap dah tak boleh nak telefon sebab line tak ada ngan elektrik tak ada.  3 ke 4 hari jugak tak dengar khabar berita diaorang kat kampung.  


Jalan nak ke rumah .... tak boleh lalu

Jalan dari Pekan Kuala Krau

Jalan runtuh nak menuju ke Jerantut
Masa balik hari tur air ngan elektrik still tak ada lagi.  Jadinya berlilin jerlah n mandi pun kat telaga.  Telaga tur pun telaga yang dah lama tak guna selepas air paip ada kat kampung.  Kalau tak masa kecik2 dulu kat situ ler mandinya.  Syahir sampai demam2 .. mandi air telaga.  Sejukkkkkkkkk........

Berendam ....

Orang kuat cedok air .. hihihi

Eyahhhhh....

Angkat .. jangan tak angkat .....

Naik kereta nak pergi mandi ... hihihi


Berendam lagi ....

Tak nak balik sebab nak mandi n berendam ... mana nak dapat kat KL mandi perigi

Rabu, 31 Disember 2014

SAPA NAK Shake n Take Yang Murah RM50

POST STICKY NOTE ... (Update 13 November 2014)

Sekarang ni dah beli Shake n Take.  Jadinya senang ler nak buat air buah.  Tak yah nak beli bagai.  Potong2 masuk dalam Shake n Take.  Tak mahal mana pun, berbaloi2 ... RM50 jer.  Kalau deal tur rasanya mahal lagi ... kalau ada sesapa nak beli tur leh ler beli ngan akak.

(kalau ada yang PM akak kat sini untuk order tapi tak dapat reply or whatsapp  ... mesej or wasapp akak 017-2378274  010-6031517 yer or emel afiq1406@yahoo.com)

note : kos pos RM10 yer....





pssttt .... blender untuk Syahir rosak jadinya aku blender guna Shake n Take ni ... mujur ada 2 botol ... huhuhu ... darurat ... 

update hari ni (9 Mei 2014) -  Stok Shake n Take dah ada ... ada sesapa nak ...  
LIMITED STOCK ... 

1)  Aimi Jihan (IJN) - Done Payment (9 Mei 2014)
2)  Rabiatuladawiah (Paya Jaras) - Done Payment (9 Mei 2014)
3)  Umin Mat Zain (Worldwide) - Done Payment (7 Mei 2014)
4)  Dalilah Haji Madron (The Nielsen) - Done Payment (7 Mei 2014)
5)  Siti Rahmah Dikin (Sabah) - Done Payment (7 Mei 2014)
6)  Syafiqa Zulkifli (N. Sembilan) - Done Payment (8 Mei 2014)


Update 10 Mei 2014

1)  Bella Jamal (Dungun) - CD179562158MY
2)  Roshida Abu (Kedah) - CD179562144MY


Update 12 Mei 2014

1)  Rafeah (Shah Alam) - Done Payment 
2)  Zainipah Abdullah (N.Sembilan) - Done Payment
3)  Nur Fadzilah Jauhari (Perak) - Done Payment
4)  Nor Atikah Muhidin (Johor) - Done Payment
5)  Hami Haslinda (KLCC) - Done Payment (COD)

Update 19 Mei 2014

1)  Noor Azian Shaari (Perak) - CD177578535MY
2)  Wan Nazlianawati (P. Pinang) - CD177578107MY
3)  Juliyana Kasim (Damansara Damai )- EF30808533MY
4)  Muhammad Fahamy (Putrajaya) - EF30808534MY




Waaaaaa...stok dah habis ... tengah tunggu supplier hantar barang .... TAPI ... kalau ada sesapa nak order boleh ajer ... sebab barang ni limited stok sesangat ... akak amik kat supplier ikut permintaan ... huhuhu ....



Update order 27 May 2014

1)  Cheras - COD Ampang Point - 2
2)  Bukit Antarabangsa - COD Ampang Point 3
3) Jerantut - 1
4)  Melaka - 3 

Update order 4 Jun 2014

1)  Johor  (Fiza (NRW)
2) Melaka (Wendy)









BOLEH HUBUNGI (MESEJ/WASAP)  :

017-2378274 / 010-6031517 


TERKINI!!!
STOK BARU DAH SAMPAI...BOLEH ORDER SEKARANG....STOK LIMITED ... SAPA CEPAT DIA DAPAT

update : 29 September 2014









Selasa, 23 Disember 2014

PT3 Oh PT3

Alkisah nak citer pasal PT3.  Dulu SRP zaman aku ... pastur PMR ... sekarang PT3.  Lepas ni tak tau ler apa lagi.  Semalam dah keluar result PT3.  Walaupun tak ada anak nak amik result tur, tapi aku rasa gak debarannya bila nak amik result.  Lagipun ini kali pertama ujikaji keberkesanan PT3.  Dengar2 keputusan merosot.  Mungkin alasan baru kali pertama diadakan.  Pelajar belum didedahkan sepenuhnya dengan PT3.  Tapi kesian lah dengan pelajar2 yang mengharap kan yang terbaik tapi dijadikan bahan ujikaji lak.  Anak aku tahun depan akan hadapi benda yang sama kalau PT3 ini masih diteruskan.  Aku pun kurang faham tentang sistem pembelajaran sekarang yang semakin ke hadapan dan ingin bersaing dengan negara luar yang sememangnya dah sedia maju.  Rasanya biarlah macam dulu.  Aku bukannya tak sokong pembaharuan, tapi bila beban tur pelajar yang hadapi ... rasanya tak perlu untuk membuat perubahan secara mendadak.  hihihi...

NEGARA

Pelajar dapat semua A merudum

Sebahagian calon PT3 ditemani ibu bapa masing-masing mengambil keputusan PT3 di Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor semalam.


KUALA LUMPUR – Keputusan Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) yang dikeluarkan semalam bukan sahaja mengejutkan banyak pihak, bahkan menimbulkan tanda tanya apabila tiada pengumuman rasmi dibuat oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pelajaran Malaysia mahupun Jabatan Pendidikan Negeri.