Jumaat, 15 Julai 2011

Pagi Yang Dingin

Pagi ni malas betul nak bangun dari tidur...hujan..sejukkkk...best tido.  Tapi nak kejer, kenalah bangun.  Mujurlah masa nak pergi hujan dah sidang tau ke maknanya...berhentilah...kalau tak maunya aku ngan hubby aku lambat masuk ofis.  Nak kena hantar anak2 ke sekolah ngan kereta pas tur patah balik naik motor, pakai baju hujan pergi kerja..alamatnya sampai ofis kul 8 lebih...tapi Alhamdulillah...hujan tak lama.  Malam semalam pergi salon potong rambut anak dara aku, tak pernah potong sependek ini.  Kesian gak, dia kata nak ikat rambut, nak buat tocang, nak sanggul.  Tapi dah pendek camner nak buat sumer tur.  Aku asyik puji dia jer, cantik lah, comellah, tak bagi dia nangis sebab rambut pendek.  Dia siap bagitau, nanti kawan dia gelakkan dia, ejek dia rambut pendek.  Aku kata tutup telinga kalau orang gelakkan dia.  Aku ingat aku pun nak tumpang sekaki potong rambut, tapi kedai dah nak tutup.  Hari ni lak nak pergi tengok Transformer...hubby dah booking 5 tiket.  Harap2 anak dara tak meragam...biasanya kalau tengok wayang, dia nak tidor kat kaki...bukannya nak tengok wayang.  Buat rugi jer beli satu seat untuk dia..huhuhu...Movie start kul 9.30 malam ni...yang beria2 nak tengok hubby aku lah....nanti aku upload gambar anak dara aku dah potong rambut...

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan