Hari Jumaat lepas, balik dari kejer...terus masak. Hubby kata makan kat luar jerlah..tapi aku rajinkan diri aku masak..goreng ikan jer...tetiba hujan lak turun. Lebat...jap lagi nak pergi Galaxy Ampang, nonton filem Transformers. Dah lama dah movie tur ada kat panggung, tapi kami jer yang terlewat. Mujur hujan tak lama turun. Masa keluar umah kul 9, hujan dah berenti. Semuanya semangat nak tengok transfomers...sampai Galaxy, movie dah nak start. Tak sampai setengah jam, semua anak2 aku dah tidor. Buat rugi jer beli 3 seat hanya semata2 nak tido. Anak dara aku cam biasalah, awal2 lagi masuk panggung, dah bagitau nak tido. Angah lak, setengah jam lepas tur, tido. Along...memula aku tengok kusyuk...tapi tak tahan kot..tido gak. Memula citer, boring...tak ada lawan2 lagi. Lagipun subtitle dia tak nampak...tak apalah..tidor jerlah....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan