Dah lama tak jenguk blog aku ni..mujur ler tak lekat sawang lagi...minggu ni minggu bz. Kejap mesyuarat tur kejap mesyuarat ni..tur yang tak dapat nak bukak blog aku ni. Hari cam biasa..tak ada beza dengan hari2 yang lepas. Anak2 tak sekolah cuma Angah ngan Ikah kena dok gak nursery. Along tinggal kat rumah..Along dah besar dah pandai urus diri..Angah nak gak tinggal kat umah, tapi aku tak percaya. Kalau dah duduk berdua macam2 boleh jadi. Pagi2 aku tinggal note suruh Along tolong jemur kain, angkat kain, basuh pinggan dan ulangkaji. Kalau tak tinggal main cakap mulut jer, haram dibuatnya. Daripada dia tengok tv dan main game baik buat kerja sikit. Bukan banyak pun..Biasanya kalau aku balik memang dia dah buat. Lagi satu, note tur lak kena tampal kat skrin tv kalau tak dia lupa. Sebab bangun jer tidur, lepas solat Subuh tidur lagi. Aku malas nak kejutkan nak bagitau, sebab kalau cakap mulut tentu dia lupa. Along dah boleh buat sumer kerja tur, antara rajin ngan malas jer. Bukan nak mendera tapi nak ajar hidup berdikari. Aku ngan adik beradik cam tur ler mak ajar. Kecik2 dah turun ke dapur. Basuh kain sendiri. Basuh pinggan sendiri. Sapu sampah. Sumer tur untuk mengajar kita supaya bila besar nanti kita tak terkial2 nak buat. Oklah ...tur jer untuk hari ni..nak sambung wat kejer..kejer..kejer..kejer...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan