Dah lama aku tak jenguk blog aku..cbuk macam2 kejer. Baru blik dari kg..seminggu cuti. Along berkhatan..bawak balik kg hari Isnin lepas..berkhatan hari Sabtu..along ngan angah tinggal kat kampung..hujung bulan ni baru amik diaorang..anak dara aku tak tinggal, ikut balik KL. Bukannya tak nak tinggal, tapi lain ckit anak dara aku ni..suka jalan rumah orang. Kadang2 tetiba jer tak ada kat umah...sedar2 ada kat umah sebelah... Wan ngan aki dia pun tak larat nak tengok2kan..takut lak aku nak tinggalkan anak dara aku..dah tak ada abang dia kat KL, kenalah aku layan karenah dia..tak ada kawan nak main, nak cakap, nak makan... sumer aku kena layan...
|
Hari pertama berkhatan |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan