Khamis, 23 Disember 2010

Kepala Pusing

Kepala pusing bukan sebab apa...anak dara aku malam tadi tetiba nangis kata telinga sakit.  Aku tengok tak ada apa2 pun.  Memula tak kejut hubby yang tengah tido...sebab ingat boleh handle sendiri.  Bila aku tanya anak dara aku ada mender merayap tak dalam telinga?  Dia kata tak ada.  Aku sapu ubat gamat kat luar telinga.  Suruh anak dara aku tido.  Air mata meleleh tak leh tido...hubby aku sedar.  Tanya kenapa...aku kata telinga sakit.  Hubby ajak pergi klinik.  Tengok jam 12.30 tgh malam.  Nak tak nak pegi gak..Sampai klinik ada gak orang.  Aku ingat aku jer...sampai turn aku jumpa doktor..doktor suluh dalam telinga kata telinga ada kena blok ngan tahi telinga.  Nak kata aku tak korek telinga anak dara aku, mustahil lah..baru lagi check.  Mungkin yang kat dalam yang tak boleh dikeluarkan...doktor bagi ubat titis dan ubat tahan sakit.  Bangun pagi ni, aku tanya anak dara aku sakit lagi tak...katanya sakit lagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan