Rabu, 25 Januari 2012

Untuk Yang Bergelar Ibu .... Maniskanlah Bicaramu

Tertarik dengan satu artikel hari ni.  Nak berkongsi ngan ibu2 semua dan bakal2 ibu.  Kadang2 tak sedar bila dah terlalu marah..memang macam2 keluar dari mulut.  Tapi tak adalah nak cakap benda2 yang teruk2.  Sebab masih ingat kata2 "Apa yang ibu ucapkan dari mulut tur satu DOA".  Marah tur memang ada..sebab nak mendidik anak zaman sekarang yang penuh dengan macam2 kecanggihan...memang mencabar kesabaran.  Tak tau lah korang...mungkin anak2 kita tak sama.  Ok lah, bacalah artikel kat bawah ni.  Copy paste blog finurislam.  

Maniskanlah bicaramu wahai ibu...
Seringkali selepas solat, kita akan berdoa dengan tergesa-gesa sekadar melepaskan batok di tangga. Bahkan seringkali sebaik sahaja memberi salam kita terus bangun menyambung tugas-tugas duaniawi kita seolah-olah segala urusan tersebut hanya bergantung kepada usaha dan kudrat kita untuk menjayakannya.

Kemudian, ustaz tersebut telah bercerita. Pada suatu hari, datang kepadanya seorang hamba Allah dan mengkhabarkan kepadanya perihal seorang wanita yang sedang sakit teruk, lalu diajak ulama tersebut untuk menziarahi wanita malang ini. Tanpa banyak soal, ulama itu pun pergilah menziarahi wanita itu bersama dengan seorang tabib yang dijemput juga oleh hamba Allah tadi. 

Sampai di rumah wanita itu, dilihat wanita tersebut berada di dalam keadaan yang bagaikan mayat hidup. Setelah diperiksa oleh tabib yang datang bersama mereka, tabib berkenaan mengatakan bahawa wanita itu telah diserang angin ahmar.

Kemudian lelaki itu bertanya pula dengan ulama itu : "Wahai ustaz, kenapakah wanita itu menjadi sebegini rupa?"

 Ulama tersebut tidak terus menjawab, tetapi meminta untuk berjumpa dengan ibu kepada wanita yang sedang menanggung kesakitan yang amat sangat itu.

 Ketika bertemu dengan ibu kepada wanita itu,  Ibu wanita itu yang sudah lanjut usia bertanya kepada ulama tersebut "Wahai Ustaz, saya ingin bertanya kepada tuan, kenapakah anak perempuan saya itu menerima nasib sedemikian rupa?

"Wahai ibu, pernahkah engkau memarahi anakmu dengan mengatakan bahawa dia akan ditimpa celaka dan kecacatan?" Ulama tersebut bertanya kepada ibu tua itu.

Ibu tua itu hanya mendiamkan diri lalu menundukkan wajahnya. Hampir sahaja airmatanya tumpah.

"Wahai ibu, anak perempuanmu itu menjadi begitu kerana kata-kata dari lidahmu, mungkin engkau tidak meniatkan supaya anakmu menjadi sebegitu, tetapi Allah telah menentukan bahawa kata-katamu itu dimakbulkan." Jelas ulama itu 

 Ibu itu terduduk hiba apabila mendengar penjelasan ulama itu, dia memandang ulama itu lalu bertanya "bagaimanakah tuan mengetahui tentang perkara ini sedangkan inilah kali pertama kita bertemu?" 

"sesungguhnya ia adalah ajaran yang telah diajar oleh guru-guru kami dari lidah Rasulullah s.a.w, bahawa kata-kata ibu itu adalah doa walaupun perkataan-perkataan itu adalah perkataan yang tidak baik." kata ulama itu lagi

Mendengar kata-kata ulama itu, ibu tua tidak mampu lagi berbicara. Hanya penyesalan sahaja yang lahir di lubuk hatinya. 

Saya termenung sebentar mendengar kisah tersebut. Bukan tidak pernah mendengar cerita begitu, tetapi saya merenung kembali perkataan yang bagaimanakah yang selalu saya sebut terhadap anak-anak tatkala saya kemarahan. Bimbang juga andai terkeluar dari bibir ini perkataan yang tidak baik. Na'uzubillah...

Oleh itu, wahai para ibu, maniskanlah bicaramu terhadap anak-anakmu. Usah berkata sebarangan walaupun ketika anakmu tidak mahu mendengar kata- katamu atau membantah suruhan-suruhan mu.

Andai kita marah, cubalah kita elakkan dari menyebut perkataan seperti

"degil betullah engkau ni!"
"budak pemalas!"
"bodoh!"
"Ish! Tak dengar kata sungguh la!"

Atau apa jua perkataan yang kurang baik. Dibimbangi kata-kata kita ketika itu dmakbulkan oleh Allah. Andai kita sedang kemarahan, cubalah tekan butang "pause" dalam diri kita agar apa yang terkeluar dari lidah kita hanya yang baik-baik sahaja. Jika tidak tahan juga melihat karenah anak-anak, jauhkanlah diri kita daripada mereka dan banyakkanlah istighfar. Apabila sudah tenang,kembalilah kepada anak- anak dan nasihatilah mereka dengan penuh hikmah dan kasih sayang.

Kata- kata itu doa, maka gunakanlah ia sebaiknya. Maniskanlah bicaramu dengan semanis-manis bahasa, agar yang indah dan manis juga yang akan menghiasi diri dan hidup keluargamu kini dan selamanya... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan