Selasa, 10 Januari 2012

Perihal Anak2 Tak Dapat Makan

Semalam hari pertama Ikah pergi sekolah tanpa ditemani aku n My Incik Aidil.  Harapkan Angah jaga adiknya.  Bila balik semalam...6.35 keluar dari sekolah.  Perkara pertama bila sampai rumah...tanya makanan.  Kesiannya anak2 ibu.  Bila tanya makan tak kat sekolah tadi?  Tak makan katanya.  Angah pun sama.  Jaga adik sampai tak makan.  Bila tanya kenapa tak makan?  Nak beli makanan rebut2...orang kantin tak bagi makanan. Dah dok kat sebelah pun tak dengar mintak makanan.  Memang nak kena orang kantin ni..Mesyuarat PIBG nanti siap.  Memang itulah satu usulnya...ketidakpuashatian aku terhadap sistem di kantin...tak ada sistematik langsung.  Semuanya nak jimat..sampaikan cawan pun suruh bebudak basuh sendiri sebab tak cukup cawan..ada ke patut.  Memang aku ada bekalkan nugget ...tapi bila makanan yang nak dibeli kat kantin tak dapat..baru jer nak makan nugget loceng masuk kelas dah berbunyi.  Mujurlah dah makan tengahari kat Nursery diaorang..kalau tak mesti kebulur anak2 aku.  Lepas ni nak kena bekalkan yang heavy lak...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan