Sayu hati bila baca Utusan Online pagi ini tentang 2 orang bayi tersedak susu semalam. Kejadian berlaku kat sebuah nursery Taman Permata, Ampang, Ulu Kelang. Selang 10 minit jer kejadian tur. Memang tak sangka. Mungkin ada kecuaian di Nursery tu atau memang dah ditakdirkan. Wallah hualam...Dulu2...Along memang suka tersedak susu. Sampaikan aku dah fobia nak bagi susu. Bila bagi susu badan or susu botol..memang tersedak sampai keluar ikut hidung dan muntah. Dah tukar macam2 susu...last2 masuk 2 tahun dah tak minum susu. Tanya doktor..tak per ker tak minum susu...doktor kata kalau budak tur aktif tak per..janji boleh beri mender lain untuk menggantikan susu. Kadang2 bagi ikut sudu..takut tersedak.
Nak baca lanjut citer tur leh klik sini or baca kat bawah ni.
Dua bayi mati tersedak susu
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Dua bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah pusat asuhan di Taman Permata, Ampang, di sini meninggal dunia hari ini dipercayai akibat tersedak susu.
Dipercayai kejadian yang menimpa bayi malang yang berusia tiga bulan setengah dan tujuh bulan itu berlaku kira-kira pukul 1 tengah hari.
Difahamkan tragedi itu dikatakan berlaku selang 10 minit apabila bayi berusia 3 bulan itu dihantar ke sebuah poliklinik di Taman Permata untuk diberi rawatan kecemasan.
Menurut bapa kepada salah seorang bayi, Mohd. Faizal Jaafar, 32, dia dimaklumkan tentang kematian anak bongsunya Muzaffar, tiga bulan daripada isterinya yang menerima panggilan dari pusat asuhan.
"Isteri yang bekerja di Bukit Antarabangsa diminta untuk hadir ke poliklinik itu kira-kira pukul 3 petang dan sesampai di sana dia dimaklumkan bahawa anak kami telah meninggal.
"Saya ketika itu berada di Kedah atas urusan kerja dan baru sahaja sampai di sini kira-kira pukul 8 malam tadi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur, di sini, hari ini.
Tambah beliau, Muzaffar adalah anak bongsu daripada dua beradik dan dia baru sahaja ditinggal di pusat asuhan berkenaan tidak sampai sebulan.
Sementara itu, datuk kepada mangsa, Abdul Aziz, 51, pula berkata, dia tidak menyangka kejadian seperti itu akan berlaku kerana cucunya yang bernama Hariz baru 14 hari ditinggalkan untuk dijaga di pusat jagaan terbabit.
Katanya, dia dimaklumkan tentang kejadian oleh anak perempuannya kira-kira pukul 4 petang tadi.
"Cucu saya yang bernama Hariz dimaklumkan kepada kami telah tersedak susu ketika ditinggalkan di situ.
"Namun saya sangsi kerana kejadian itu turut berlaku kepada seorang lagi bayi di situ selang beberapa minit," katanya di HKL.
Ujarnya, cucunya sebelum ini dijaga oleh neneknya tetapi diletakkan di pusat jagaan itu atas faktor kesihatan isterinya itu.
Tambah Abdul Aziz, mereka sekeluarga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika ada unsur cuai dalam kejadian itu.
Arwah Muzaffar akan dikebumikan di Tanah Perkuburan AU5 manakala arwah Hariz disemadikan di Tanah Perkuburan Hulu Klang esok pagi.
Kedua-dua bayi malang itu telah dibawa ke HKL untuk dibedah siasat dan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan kejadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan