Selasa, 3 Januari 2012

Bersuka Ria Di Sungai Congkak

Tahun baru tak ada nak sambut2 ngan bunga api, nak naik Bukit Langat malam2, pegi Dataran Merdeka..zaman dah berlalu.  Dulu tak sama dengan sekarang.  Sekarang macam2 aksi bila sambut tahun baru.  Dari rumah pun boleh nampak bunga api..Sebelum tahun baru..hari Sabtu baru2 ni ada pergi bersuka ria kat Sungai Congkak.  Cuaca memang panas sangat..jadi amik jalan singkat untuk menyejukkan diri pergi mandi manda lah.  Pilih Sungai Congkak..nak pergi Bukit Belacan karang kena menapak jauh..barang banyak nak bawak.  Kat Sungai Congkak senang sikit..ada pondok n terus turun mandi sungai.  Dah ready semua dengan masakan aku pada hari tur..ketam masak cili, ayam goreng, sambal belacan n sayur goreng...ready to go...tetiba teringin ajak anak jiran aka kawan Along pergi sekali.  Memula ajak abang jer pergi..nak ajak adik takut kereta tak muat..tetiba adik lak menangis nak ikut.  My Incik Aidil bawak jerlah..Ikah aku riba.  Ok jerlah. Kesian lak tengoknya.  Pergi ramai2 seronok gak.  Mujur ler mood My Incik Aidil berada di paras yang menyenangkan..huhuhu...tq..tq..tq...Bertolak pun dah pukul 2 lebih.  Sebab nak pergi lepas Zohor.  Senang sikit...Sampai2 memang ramai giler orang..nak cari tempat yang tak ramai orang pun susah.  Last2 ada port kosong..park jerlah mana ada.  Pondok pun macam penuh jer..mujur ler ada satu keluarga tur dah nak balik.dia bagi pondok dia kat kitaorang.  Dapat pondok free n parking free hari tur.  Tak bayar apa2 pun.  Alhamdulillah.  Bebudak dah tak sabar nak mandi..memang sejuk giler walaupun keadaan cuaca panas.  Tengah2 mandi hujan lak turun..tapi sekejap jer.  Hepi sesangat bebudak dapat mandi...



 
 
  




 

  

 
    
     


video
 

1 ulasan: