Baru jer baca kat blog ni pasal Tamakninah dalam solat..salah satu rukun solat. Zaman sekarang bila solat macam bentang sejadah jer. Kadang2 ada yang mencuri dalam solat..contohnya mencuri tur bukan mencuri barang ... tapi bila solat .. rukuk pun macam tak rukuk ... angkat tangan takbir pun macam orang malas. Semuanya berkejar2 nak solat...tapi berkejar2 nak siap.. coz dalam kepala dok fikir kejer..kejer....kejer...Tak mengata sesapa...kadang2 diri aku pun sama. Hanya ingat mengingati...kadang2 kita alpa mender yang kita rasa tak penting tur..padahalnya dah belajar dari sekolah rendah lagi...apa tur Tamakninah...
Aku copy paste dari blog KunfayaKun...
Rukun yang WAJIB
disertakan tamakninah
1. Rukuk: Sewaktu kedudukan tulang belakang sudah sama
rata dan kedua-dua belah tangan memegang kepala lutut, hentikan pergerakan
seketika. Barangkali sempat membaca 'subhanAllah'.
2. Iktidal (bangun daripada rukuk): Pergerakan
daripada rukuk terus menegak dan meluruskan semula tulang belakang seperti
berdiri sebelum ini.
3. Sujud: Sewaktu semua anggota sujud yang tujuh (dua
tapak tangan, dua lutut, dua kaki, satu dahi) mencecah lantai, hentikan
sebarang pergerakan seketika.
4. Duduk antara dua sujud: Sewaktu duduk sambil
membaca doanya, tidak harus bergerak anggota kadar.
Tempat Yang Sering
Diabaikan Tamakninah
1. Iktidal. Terdapat sesetengah orang terutama orang
tua, apabila bangun daripada rukuk kepada iktidal, belum sempat tulang
belakangnya lurus, dia telah turun untuk sujud. (tambahan: *juga kepada jemaah
lelaki yang suka menggoyangkan tangan sesudah takbir bangun dari rukuk dan
mengangkat sedikit seluar sebelum sujud juga perlu peka kepada tamakninah).
Solat ini tidak sah kerana tidak tamakninah.
2. Sujud. Waktu sujud kedua-dua kakinya bergerak-gerak
dan ada yang mengangkatnya (tidak mencecahkan jari kaki ke lantai). Sujud dalam
keadaan ini tidak sempurna dan tidak tamakninah maka solatnya tidak sah.
3. Bangun daripada sujud. Waktu bangun dari sujud,
ketika hendak berdiri tegak ke rakaat seterusnya tidak ada tamakninah tetapi
disunatkan duduk sebentar yang diberi nama duduk istirahat.
tuan punya blog KunfayaKun... |
Nak tau sapa tuan punya blog tur...bakal isteri Ally Iskandar...comel kan..suka tengok muka dia. Muka pun sama iras. Farah ni jugak anak angkat keluarga Zizan Raja Lawak....jadinya adik angkat Zizan ler ni.
Mereka berdua akan bernikah 20hb. ni..esok ler. Moga2 hubungan akan berkekalan hingga ke akhir hayat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan