Rabu, 24 Ogos 2011

Berbuka di Banana Cafe, Ampang

Balik dari kerja semalam Along kata tak ada air paip.  Mujurlah tak masak..nak berbuka kat Banana Cafe...Tapi umah sebelah ada air lak...heran gak aku.  Aku check paip kat luar rumah...pusing kanan, pusing kiri...hubby kata dah ada air dah.  Rupa2nya ada orang tutup paip kat luar.  Tak tau sapa yang tutup. Tak perlah...mujur ada air.  Kul 6.45 kuar rumah.  Bukan jauh sangat Banana Cafe tur..dekat jer ngan umah...tapi hubby kata keluar awal..takut tak ada meja lak.  Walau pun jemputan, takut lak jemputan ramai.  Lagipun terus isi minyak untuk balik kampung nanti.  Sampai Banana Cafe dalam kul 7.00.  Orang tak berapa ramai.  Rupa2nya meja memang dah tersedia untuk aku sekeluarga.  Tak ramai pun jemputannya..yang regular customer dia jer...ok lah tur..makanan dah tersedia hidang.  Menunya ikan bawal masak 3 rasa, tom yam campur, telur dadar, daging kicap, kailan ikan masin, ayam goreng kunyit kot, air fresh oren satu jug dan sambal belacan.  Oklah tur...tak ada lah nak berebut2 nak amik makanan.  Yang bertambah2 makannya sapa lagi kalau bukan anak dara aku.  Berbaloi tuan punya kedai tur ajak kami sekeluarga makan...semua lauk licin. Tq Banana Cafe...tahun depan jemput ler lagi.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan