Rupa2nya jalan jem yang malam tadi tur...kemungkinan besar ada kaitan ngan berita pagi ni yang bagitau ada polis tembak penjenayah kat Taman Dato' Ahmad Razali. Mujur tak ikut jalan tur...kalau tak tau ler nampak apa. Mungkin masa tur..polis dah tembak. Sebab tak ada lak dengar bunyi tembakan. Nak citer lanjut aku copy kat Kosmo. Yang aku heran sampai sekarang lak..pagi tadi dalam kul 1 lebih kot...tengah2 aku syok nak tidur, aku dengar bunyi macam tembakan jugak kat area umah aku tur..gerak hubby..masa tur hubby kata dia dengar gak. Dia bangun telek kat tingkap..tak nampak apa2 pun...bunyi apa erk...search internet tak jumpa lak apa2 berita...nantilah balik ofis karang siasat...hahaha
Polis tembak mati 2 penjenayah di Ampang
27/04/2012 3:46am
KUALA LUMPUR— Dua lelaki mati ditembak setelah berbalas tembakan dengan polis di Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang dekat sini malam tadi.
Menurut sumber, dua suspek warga tempatan itu, yang berumur dalam lingkungan 20-an, dikehendaki polis kerana pelbagai kesalahan jenayah.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 malam itu, suspek yang memandu kereta Honda Civic putih dikatakan bertembung dengan polis lalu melepaskan tembakan ke arah polis sebelum polis bertindak balas.
Polis masih sedang menyiasat identiti kedua-dua suspek itu, katanya.
— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan