Selasa, 17 April 2012

Bukan Untukmu

Bukan Untukmu..sapa tengok setiap hari Isnin dan Selasa kat TV9 jamp 8.30 malam.  Lepas berita TV9 pukul 8.00 terus melekat kat TV sampai pukul 9.30.  Memula memang tak sangka citer tur camtur..tapi lelama memang best tengok.  Jalan citer dia menarik..walaupun memang tak berapa suka ngan Memey & Ako Mustapha .... tapi lakonan dia memang best sesangat.  Pandai bawak watak ... citer ni dari produksi SUHAN...kepunyaan Rosyam Nor.  Sekarang ni dah episod 11...Iskandar  (Ako Mustapha) dah gila talak ngan Nadia (Memey)..sanggup buat apa sahaja janji Nadia tak kahwin ngan orang lain.  Masa episod pertama alkisahnya..diaorang ni keluarga yang sangat bahagia...ada 2 orang anak.  Tetiba masa buat party birthday untuk anak diorang, diaorang ada buat sketsa..sesaja main2...tetiba Iskandar yang memang jahil bab agama terkeluar lafaz kat Nadia "Kanda ceraikan Dinda dengan talak 5"..sambil ketawa..sebab bagi diaorang main2 jer.  Ayah mertua Iskandar terus bangun dan bagi penampar kat dia..padan muka.  Turlah...tak nak belajar agama.  Terus jatuh talak 3 kat Nadia...sampaikan nak cari cina buta supaya dia boleh kahwin semula ngan Nadia.  Dalam Islam memang tiada istilah cina buta..ntah siapa yang wujudkan...Jadinya sesapa yang tengok citer ni bukak ler TV9 setiap hari Isnin dan Selasa jam 8.30 malam.  Lagi satu watak yang aku tak suka kawan Nadia yang beria2 mengapi2kan diaorang..depan kata lain..belakang kata lain.  Sebab Nadia anggap dia seorang kawan yang sangat rapat dan boleh berkongsi semua masalah..tetapi semua tur hanya lakonan..sebab ada sifat iri hati kerana melihat kebahagian Nadia dan Iskandar ... 








Tiada ulasan:

Catat Ulasan