MasterChef Malaysia...sapa suka tengok????Ada orang angkat tangan ker????hahahaha...Siaran setiap hari Sabtu hingga Rabu, jam 9 malam kat Astro Ria. Aku pun kadang2 jer tengok..kalau tertengok seronok gak...hubby ngan anak2 aku pun suka. Seronok tengok macam2 resepi diaorang masak dalam waktu yang singkat. Anak dara aku kalau tengok siap tepuk tangan ... ntah apa yang dia tepuk pun aku pun tak tau. Juri pun boleh tahan gak..suka tengok aksi peserta memasak dalam keadaan yang kelam kelibut dan masa juri bagi komen. Salah seorang juri anak Chef Wan....Chef Riz....yang sekarang tengah kontroversi pasal CV palsunya. Kesian kat dia. Kena taruk kaw kaw ngan ayah n media. Tak apalah...yang penting bila Chef Riz beri komen tetap bersopan santun..tak laser2...Sapa yang tak tau citer pasal palsukan CV ni boleh baca kat bawah ni.. Copy dari Oh!Bulan....
Chef Riz dilanda kritikan pelbagai pihak apabila laman Malaysian Insider telah mengeluarkan fakta mengenai pengalaman & kelayakan Chef Riz yang dipaparkan melalui artikel bertajuk “Did Chef Wan’s son cook up his CV for MasterChef Malaysia?” hasil tulisan Debra Chong, semalam.
Berikutan daripada itu, bapanya, Chef Wan menegur Chef Riz melalui kenyataan terbuka di laman Facebook, sekitar 1 jam lepas.
“Pagi ini saya dimaklumkan mengenai isu CV Chef Riz yang tidak tepat di laman Masterchef Malaysia. CV tersebut menyebut pengalamannya bekerja di luar negara walaupun tiada satu yang betul. Saya memberitahu dia yang perkara ini bukan sahaja memalukan dirinya & keluarga, dia juga perlu meminta maaf kepada orang ramai dan menerima kesan terhadap apa sahaja kelakuannya,” ujar Chef Wan memberikan pandangannya.
Chef Wan menambah lagi, “Populariti & berbakat akan membuatkan ramai orang tidak senang duduk dan cuba mencari kesalahan kita. Jadi, apabila Chef Riz ‘propakan’ CV-nya dengan ‘asam & garam’, dia memerangkap diri sendiri. Padan muka-lah dia!”
Chef Wan berkata bahawa dia sentiasa berpesan kepada Chef Riz untuk berkelakuan jujur & menjadi model kepada kanak-kanak, namun isu ini secara tidak langsung menjejas reputasi Chef Riz.
“Saya sentiasa berpesan kepada Chef Riz supaya jujur, tapi situasi ini amat buruk, lebih buruk daripada seorang pelajar yang kantoi berbohong di dalam kelas. Sebagai seorang dewasa, Chef Riz sepatutnya menjadi model kepada kanak-kanak. Sekarang, apa boleh buat sebab nasi sudah jadi bubur, memalukan!
“Sebagai seorang bapa, saya tak boleh sentiasa bertanggungjawab dengan kelakuan anak-anak saya yang dah besar ni. Sudahlah hidup saya penuh dengan dugaan, tekanan & tanggungjawab, secara peribadi perkara ini membuatkan saya berasa agak sedih.”
Chef Wan marah Chef Riz...
“Morning i could not sleep all night After the NBC America Today show when i was told about the new of my son overstated his working experienced Abroad when non of that is true on the Masterchef Profile in his CV. I told him not only this is embarrassing for him likewise for me and the family but now he must appologised to the public and accept his unwise behaviour and face the consequences. Its enou...gh being famous and talented that there are people who cannot stand the sight of us being in this shoe with their perangai PHD and then for him to create such stupid and mempropa kan lagi CV dia with asam dan garam that now he is in the Hot Soup! and let those people use this against him padan lah muka dia. As i have always like to be honest about what i said i told him last night this is worse than a guru catching a student in the class lying. As an adult he should be a role model to this kids.Shame on him.Now nak buat apa nasi sudah menjadi bubur! As a father i cannot be always responsible of my kids yang dah besar2 ini punya perbuatan. Dah lah hidup i ni penuh dengan dugaan, stress dan tangung jawab and this sometime make my heart cried bitterly.”
Chef Riz pun dah minta maaf secara terbuka dan pihak Astro pun dah terima penjelasan Chef Riz. Profail Chef Riz kat MasterChef pun dah diubah.
Chef Riz.. |
Tunang Chef Riz..Ana Dahlia... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan