Alhamdulillah...syukur Allah panjangkan umur untuk aku membebel kat sini. Cuti yang menyeronokkan...walaupun masa pergi Gambang Water Park tur (Ahad) terkejut beruk tengok ramainya umat2 sumer..Memula memang plan nak keluar awal dari rumah..lepas solat Subuh. Tapi dek kerana tunggu YB aka adik aku Man dari Tanjung Malim yang baru bertolak pagi tur...terpaksalah bertolak pukul 10 lebih. Sampai Gambang dalam kul 12 lebih. Akak dah bagitau jalan nak masuk ke Gambang Water Park tur jem giler. Nak pulak ada Gempak Santai METRO hari tu gak. Lagi ler ramai orang. Masa memula sampai nak cari parking satu hal..tapi dah alang2 sampai teruskan juga perjalanan. Ingatkan dah ada tiket leh masuk terus..rupa2nya kena tukar gelang lak. Nak tukar gelang kat kaunter yang sama ngan orang beli tiket. Haru biru dibuatnya..mujur ler hubby tersayang terjumpa member bagitau tempat yang senang nak tukar tiket tur. Tak adalah lama sangat nak tunggu..kalau tak tak tau ler pukul baper leh masuk. Sebab ada pengunjung tur sampai balik dah..tak jadi masuk sebab dah lama berdiri nak tukar tiket tapi tak dapat tukar. Yeaahhhhh...akhirnya boleh masuk. Nak masuk dalam kena menapak sikit..sian mak ngan ayah. Tak sesuai rasanya bawak mak ngan ayah pergi situ. Nak sewa tube pun kena beratur panjang...tak jadi nak beratur. Anak2 aku dah dibawa oleh Anjang aka Man mandi-manda dalam kolam dah. Legalah sikit ada orang tolong bawakkan...Hubby aku pun sama..dalam 2 jam lebih aku n family bertolak ke Teluk Cempedak lak. Sajer jalan2 tepi pantai. Pas tur makan malam kat Restoran Ana kat Tanjung Lumpur aka Ikan Bakar Petai...baru first time makan ikan bakar petai tur. Kat sini ramai gak orangnya..kena tunggu kalau nak makan kat situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan