Selasa, 22 November 2011

Harimau Muda....TAHNIAH...

Start malam tadi, sampai ke pagi ni citer pasal bola jer.  Harimau Muda berjaya mengalahkan Indonesia.  Kat umah aku dah macam stadium.  Hubby yang memang fanatik bola asyik terlompat2...siap berdiri atas kerusi..terjun kerusi..naik kerusi...maki sini..maki sana..Yang aku peliknya bila dia cakap pasal kelemahan pemain Malaysia..mesti lepas tur pengulas cakap mender yang sama.  Aku siap cakap kat hubby dia boleh jadi pengulas sukan lepas ni..sebab semuanya betul..hahaha..kembang kuncup bila puji erk...Along ngan Angah pun sama...cuma anak dara aku diam sebab sakit gigi.  Sampai terkejut dari tidur bila Malaysia menang penalti...hubby lambung bantal kena kat muka dia.  Terus menangis...sian anak ibu.  Sebelum tur dia dah marah2 sebab rumah bising..siap tutup telinga ngan tangan.  Rumah jiran sebelah pun sama bising.  Nasib baik Malaysia menang...aku pun teruja sama tengok malam tadi.  Mana taknya...macam2 halangan nak golkan bola.  Nasib baik Apek gol keeper yang terbaik...Baddrol Bakhtiar hero pada malam tur.  Memang tak sangka bola tur masuk gol sebab penjaga gol Indonesia dah dapat halang bola tur...Terdiam terus hampir 100 ribu penyokong Indonesia kat dalam stadium.  Sebelum tur pemain diaorang terlebih dahulu jaringkan gol pada minit yang ke-5...mujur doa rakyat Malaysia semua dimakbulkan...Asraruddin dapat jaringkan gol untuk menyamakan kedudukan.  Lepas tur ada masa tambahan sampaikan ke penalti.  Masa penalti tur memang berdebar..hubby siap berdoa lagi...Aku pun tadah tangan sama..huhuhuhu...Tahniah Harimau Muda kerana dapat memenangi pingat emas untuk ibu segala sukan dalam Sukan Sea...walaupun Indonesia mendapat tempat pertama dalam Sukan Sea kali ni..tapi tak bermakna apa2 kerana tidak memenangi pingat emas dalam bola sepak....


KHAIRUL FAHMI CHE MAT
Gol Keeper yang terbaik...Apek


Baddrol Bakhtiar..kapten Skuad Malaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan