Aku tak pernah dengki pada orang...kenapa orang dengki dengan aku. Aku tak kaya, tak berpangkat, tak berharta...bagi aku harta aku cuma seluruh keluarga aku. Keluarga aku tak ternilai harganya. Aku tak kisah orang nak cakap pada aku, aku boleh tolong orang bila aku senang...aku tak nak lupa diri. Itu pesan ayah ngan mak aku bila duduk kat rantau orang. Bila dah ke langit, jangan lupa rumput di bumi...sampai sekarang aku ingat. Aku tak dilahirkan dalam keluarga yang senang dan tidak berpelajaran tinggi. Tapi aku bersyukur dengan semua yang aku ada. Kalau nak ikut rentak orang, tak terikut...terimalah seadanya...yang penting aku tak lupa ngan mak ngan ayah...untuk adik2 aku...walau apa kita lakukan di muka bumi ini...jangan lupa pada mak ngan ayah. Apa2 yang kita buat, perlu restu dari mak ngan ayah....
Khamis, 17 Mac 2011
Shhhhhhshhhhhhh
Aku berdiam tak semestinya aku sakit. Aku berdiam tak semestinya aku ada masalah. Aku berdiam tak semestinya aku sakit hati. Aku berdiam untuk memberi ruang kepada orang lain untuk bersuara. Walaupun pada hakikatnya, aku ni bila berdiam sememangnya sakit dan ada masalah. Semua orang ada masalah. Selagi hidup di muka bumi, masalah tak pernah hilang. Kalau nak diikutkan masalah aku, tak tertanggung....macam2 nak kena fikir, kadang2 lupa dengan diri sendiri. Aku biarkan masalah tur pergi seperti angin lalu jer, bagi aku kalau nak difikirkan tak habis masalah aku. Apa yang orang nak kata tentang aku, aku terima dengan seadanya...bagi aku, aku tak pernah membenci orang...bila aku sayang pada seseorang, aku akan sayang pada dia sampai bila-bila...bila aku ada membuat salah, aku cepat2 minta maaf...kerana aku tahu bila2 sahaja Allah nak amik aku...bila orang ada buat salah dengan aku, aku maafkan dirinya. Aku tak nak simpan sumer tur dalam kepala aku....aku harap satu hari nanti..semua ini akan berakhir...Amin...
Selasa, 15 Mac 2011
Anak2 Ngan Facebook
Hari ni nak citer pasal Facebook. Sekarang tak macam kita dulu2, komputer pun tak secanggih sekarang. Budak2 sekarang dah pandai on off komputer. Kita dulu mana tau mender2 tu semua. Nak pegang pun tak merasa. Anak2 aku pun sama cam anak2 orang lain. Asyik tanya bila nak buat facebook untuk dia. Nak pulak Angah yang banyak mulut...tapi hakikatnya bila di sekolah pendiam. Bila aku on facebook aku, mesti Angah tanya dah ke belum buat facebook untuk dia. Angah kata kawan2 dia ada facebook, sebab tu dia nak facebook. Along lak tak ada minta suruh buat facebook. Anak dara aku, pandai sebut jer...sebab dia paling anti aku bukak laptop n facebook...kecuali aku bukak facebook yang ada game, gambar2 n video...sukalah dia. Sampai sekarang, Angah masih tanya tentang Facebook dia...
Isnin, 28 Februari 2011
Aku Jatuh Lagi...
Hari ni masuk ofis cam biasa...semalam aku kejer. Jadi tak rasa cam cuti pun. Tak pegi mana2....ofis tengah sibuk dengan Promosi Kraf...selagi tak habis tempoh promosi ni cam ni lah nampaknya...Nak dijadikan citer, semalam aku jatuh di depan orang ramai yang tengah berbaris nak tunggu shuttle. Nak tak nak tebalkan muka jerlah..Ntah camner aku terjatuh..aku pun tak sedar..kaki dah second hand, terpeleot sikit pun boleh jatuh..yang aku ingat, ada lubang kat situ..kaki aku termasuk lubang. Mujurlah boleh jalan, tak terseliuh macam dulu...kalau tak kena papah ler...kaki aku ni dah dua kali terseliuh...mula2 masa nak turun motor, sakit gila masa tu...cam retak jer aku punya buku lali...2 hari gak MC...pas tur yang kedua kali nya masa kat kampung. Pergi pasar malam...tengah2 berjalan kaki terpeleot..nak kata kasut tinggi tak lah pulak, sandal jer aku pakai....dah nak jadi tur, bila2 pun boleh. Tengah2 orang gak..koyak seluar kat lutut...Yang ketiganya semalam ler..tak nampak orang dah, bangun terus jalan...huhuhu...berdarah gak lutut aku..bila sujud maunya tak sakit...sampai hubby aku kata, memang aku ni nasibnya suka jatuh..tak dapat nak imbang badan..besar sangat ker badan aku ni...
Hampir Sebulan ....
Dah hampir nak sebulan tak update blog...jengok2 gak, tapi tak kesempatan nak update...kepala tengah serabut macam2 hal...yang paling serabut pasal urusan beli rumah...dulu n3 aku ada citer pasal nak beli rumah ngan bangsa ca ya nun alif tur...last2 orang tur tak jadi jual katanya..mujur dapat balik duit deposit tur...memang aku tak ada hati nak beli dah rumah tur...tapi bila memikirkan perjanjian jika aku tarik diri, duit deposit tur hangus...jadi aku tunggu jer lah dia tarik diri..alhamdulillah...dah selesai satu bab. Hubby aku start cari lagi rumah area Ampang. Area lain tak nak...Nak cari rumah teres..nauzubillah ...mahal gila kat Ampang ni..nak cari rumah baru...pun sama gak...sekarang ni bukannya ada rumah untuk golong pendapatan rendah...semuanya untuk pendapatan tinggi....Hubby dah jumpa satu rumah apartment kat Kosas, so tengah tunggu nak deal ngan lawyer untuk S&P lah..harap2 kali ni tak jadi macam hari tu. Sebab kali ni owner Melayu. Melayu dengan Melayu lain sikit ....
Selasa, 8 Februari 2011
Geram Sangat...Dah Lama
Hari ni aku masuk ofis cam biasa...member sebelah cuti lagi coz mak dia masuk spital..harap2 cepat sembuh mak dia...n3 aku ni bukannya geram pada orang ofis tapi geram pada orang yang nak jual rumah dia pada aku. Punya lah lama nak nunggu dia setuju sign S&P. Dah nak masuk 2 bulan, tapi S&P tak settle2 lagi. Orang lain senang jer nak beli rumah, bila kena turn aku .... macam apa ntah ... susahhhhhhh sangat. Yang nak jual tu kalau sebangsa ngan kita ni boleh lah lagi terima, tapi bangsa C***. Dah lah cakap Melayu teruk gila...bila call marah2...cakap jangan call dia sebab dia bz....suruh contact dia ngan emel jer..bila emel lak..haram nak balas..kalau balas pun lambat...Dia kata lepas CNY dia nak settle..tapi bila aku bagi mesej ngan emel kat dia tak ada apa2 berita pun...lawyer aku pun ada emel pada dia..tapi sama gak...Kalau ikutkan hati aku, aku nak cancel jer beli rumah dia tu...tapi masalanya aku dah bayar deposit..kalau aku cancel .... deposit aku hangus...Aku tak tau nak wat camner lagi...bukan senang nak cari duit nak bayar deposit tur...Ya Allah Ya Tuhanku...kau permudahkanlah segala urusan aku..Amin...
Isnin, 7 Februari 2011
Suka-Suki Di Kampung Beng, Lenggong, Perak
Cuti Raya Cina tahun ni berderet2. Sampai ofis pun lengang orang cuti. Walaupun aku tak amik cuti sebelum Raya Cina, tapi memadailah 4 hari aku di kampung hubby. Aku balik hari Khamis..mujur tak jem...masa balik ke KL bukan main lagi meriah jalan. Jem gila...sian hubby....Selama aku di kampung, walaupun 4 hari rasa sekejap jer. Mak Yong cam biasalah...bangun 4 pagi..tak henti2 wat kejer...aku biasalah...atas tilam lagi. Sejuk gila..camner nak bangun..macam dalam air cond tidur...kalau mandi pagi lagilah sejuk...sampai ke tulang rasanya..tapi best...kalau sesapa yang berhajat nak pegi tur leh ler ... boleh naik bot, memancing, mandi sungai, bakar ikan tepi sungai...macam2 lagi lah aktiviti...
Langgan:
Catatan (Atom)