Aku berdiam tak semestinya aku sakit. Aku berdiam tak semestinya aku ada masalah. Aku berdiam tak semestinya aku sakit hati. Aku berdiam untuk memberi ruang kepada orang lain untuk bersuara. Walaupun pada hakikatnya, aku ni bila berdiam sememangnya sakit dan ada masalah. Semua orang ada masalah. Selagi hidup di muka bumi, masalah tak pernah hilang. Kalau nak diikutkan masalah aku, tak tertanggung....macam2 nak kena fikir, kadang2 lupa dengan diri sendiri. Aku biarkan masalah tur pergi seperti angin lalu jer, bagi aku kalau nak difikirkan tak habis masalah aku. Apa yang orang nak kata tentang aku, aku terima dengan seadanya...bagi aku, aku tak pernah membenci orang...bila aku sayang pada seseorang, aku akan sayang pada dia sampai bila-bila...bila aku ada membuat salah, aku cepat2 minta maaf...kerana aku tahu bila2 sahaja Allah nak amik aku...bila orang ada buat salah dengan aku, aku maafkan dirinya. Aku tak nak simpan sumer tur dalam kepala aku....aku harap satu hari nanti..semua ini akan berakhir...Amin...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan