Hari cuti korang pergi mana erk..kenduri kahwin..balik kampung amik anak kat kampung...AKU...huhuhu...plan nak balik kampung dah dibatalkan atas sebab tak dapat dielakkan. Memang dalam hati dah berkobar2 nak balik..tapi turlah..kita hanya mampu merancang..DIA yang menentukan segala2nya. Tak perlah..balik hari lain jerlah. Nak settle apa yang perlu dibuat terlebih dahulu. Hari Jumaat malam tur merajinkan diri pergi K4 Wangsamaju...kononnnya nak beli kain kat Nagoya nak bawak balik kampung minta tolong mak jahitkan. Pilih punya pilih..tak sedar Nagoya nak tutup dah..yerlah takkan nak main amik jer kain..tak pilih dulu..yer dak...kenalah pilih betul2...bukan kain nak buat baju..nak buat langsir rumah. Sebab rumah aku tak cukup langsir lagi...hahahaha..sekarang guna langsir mana yang ada jer...Malam tur sempat beli langsir bilik my hero ngan my heroin jer. Bilik aku tak sempat beli...Nagoya dah tutup lampu..plan hari lain lak pergi. Huhuhu...Esoknya...dah tak jadi balik kampung..petang tur pergi Nagoya balik untuk beli langsir bilik aku...last2 tukar plan langsir hall masuk dalam bilik..beli langsir untuk hall lak. My hubby kata langsir yang ready made beli masa tur tak cantik color dia. Pada aku ok jer..cuma warna nya lembut..tak menyerlah. Last2 suruh dia pilih sendiri warna...kalau aku pilih karang lain lak jadinya. Dah dapat apa yang nak beli tur walaupun ada peristiwa yang aku tak dapat nak habaq kat sini..RAHSIA...Biarlah RAHSIA..walaupun memang aku tersangat geram ngan Cina yang jadi tukang kira baper meter aku kena beli. Kerugian yang teramat sangat melanda...abangggg..help me!!!!Menyumpah seranah aku kat Cina tur...Nak pulang balik memang tak boleh dah...Huhuhuhu....Hari minggu cuba jahit langsir untuk bilik anak dara aku...kecik jer tingkapnya..jadi boleh ler jahit sendiri. Sumer bender dah ada..jahit lurus jer..dan pasang rail...bila jahit..jahitannya tak berapa nak lawa...lilit ubi..sesapa tau bahasa tur faham ler..yang tak tau, tak reti nak terangkan macam mana. Untuk bilik anak2 aku bolehlah..kalau jahit kat hall nampak tak cantik nanti...kena repair dulu mesin tur..agaknya mesin jahit tur dah merajuk ngan aku kot sebab dah lama tak gunakanya..mesin mak bagi untuk anak2 pompuannya..cuma sorang jer tak dapat dapat mesin jahit lagi..yang lain sumer dah mak bagi. Mak pesan kalau setakat nak jahit kain2 batik, baju koyak tur boleh ler..takkan nak suruh dia gak jahit...hahaha..amik ko..dah jadi mak orang tak reti2 nak jahit sendiri. Sebenarnya wujudnya Mim Alif Lam Sin..tur jer. Oklah..bila dah siap sumernya aku upload gambar nanti erk..sekarang ni tengah pening lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan