Opssss...dah petang baru nak citer pasal pagi tadi. Pagi tadi memang aku lambat..bukan lambat bangun tapi dek kerana perihal anak dara aku takut lipas dalam bilik air. Tengah aku iron baju aku..biasalah baju aku memang iron pepagi buta..tetiba dengar anak dara menjerit dalam bilik air panggil nama aku.."ibu..ibu..sinilah"...sambil menjerit2. Aku terus berlari pergi kat bilik air. Pintu bilik air kunci lak. Dalam bilik air tak yah nak cakap lah...anak dara aku menjerit2.."ibu..ibu..lipas..ada lipas, tolong ibu". Cuak aku dengar bila anak dara aku minta tolong. Along ngan Angah siap gelak lagi dalam bilik...Aku suruh bukak pintu bilik air..tapi dia tak boleh nak bukak sebab lipas tur ada kat pintu. Camner nak buat ni...takkan nak pecahkan pintu. Hangin gak aku..dalam kepala mesti lambat hari ni. Dah dekat 15 minit kat luar bilik air..."ibu..panggilah abah..bukak pintu ni"..sambil nangis dia suruh aku panggil hubby yang tengah "termenung" dalam bilik air. Sambil tur ada dengar dia bercakap ngan lipas tur.."pergilah sana lipas, pergilah sana lipas"..nak gelak pun ada. Aku memujuk bagitau lipas tur tak ada gigi..pijak jer ngan selipar, biar mati. Haram nak ikut...Last2...aku biarkan...sebab tak siap lagi iron baju. Dah diam lak anak dara aku dalam bilik air..risau gak aku. Mujur hubby dah keluar dari bilik air..terus pergi kat anak dara aku tur..hubby suruh siram lipas tur dengan air banyak2...menjerit2 dia dalam bilik air..sebab lipas tur bergerak. Akhirnya..berjaya gak dia halau lipas tur turun dari pintu bilik air tur..dan dapatlah dia bukak pintu tur..menangis2 bila keluar..Masa atas motor nak hantar baju anak2 kat nursery..terlupa lak kasut Angah...hubby kena patah balik amik kasut Angah lak...haru dibuatnya..dulu dekat jer nak patah balik..sekarang ni jauh ler sikit .... Mujurlah punch card aku tak merah hari ni..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan