Sekarang ni makin berleluasa lak berita orang kena bunuh, bakar..dan macam2 lagi. Seram mendengarnya...nauzubillah..minta dijauhkan dengan perkara2 yang buruk..Amin...Kesian dengan adik Dirang yang kena bakar hampir 100%..tanpa tinggal apa2..memang tersangat kejam penjenayah tur. Ntah apa dosa budak seusia 5 tahun tur. Macam2 orang kata kat mak dia..hanya mak dia sahaja yang tahu kenapa dia suruh anaknya pergi kedai. Aku yang ada anak dara sorang ni pun asyik bising mulut. Pantang keluar rumah..suruh masuk. Dulu duduk rumah bawah..nampak kat mata. Sekarang duduk rumah atas ni..kalau keluar kat koridor depan tur pun aku takut. Sebab jiran2 aku tak kenal..lantak lah orang nak kata aku mulut bising..kuat membebel .. dah macam tarzan ... janji anak aku ada kat depan mata aku. Kalau dia nak ikut abang dia main bola pun aku tak bagi..sebab dia ni lain perangai sikit..pantang dapat kawan...terus nak ikut. Sekarang ni terpaksa umpan apa2 kat dalam rumah suruh dia duduk dalam rumah jer. Bukan senang nak jaga anak dara sorang ni...Nak harapkan abang2 dia..tengah2 leka main bola..bila tanya adik mana..hanya tahu angkat bahu dan bagitau ntah..tur jer..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan