Isnin, 12 Mac 2012

Lolipop Pendafluor Penyebab Kanser

Malam tadi keluar berita Lolipop Pendafluor tak boleh makan kerana boleh menyebabkan kanser.  Lolipop ni katanya batangnya yang bercahaya bila dihisap.  Aku tak pernah tengok pun.. tapi bila anak2 aku tengok berita tur..terus diaorang kata ada jual kat luar pagar sekolah.  Macam2 sekarang ni..kalau tak dipantau ... memang macam2 mender jual kat luar pagar sekolah.  Semuanya produk dari negara China...tak tau halal ke tak.  Angah boleh lagi diajar jangan beli..tapi anak dara aku..Ikah..pantang jumpa orang jual.  Mesti ada jer dalam poket beg sekolah..kadang2 dia sorok..tak jumpa..cakap lah banyak kali pun..mesti ada beli gak.  Takut gak dengar berita malam tadi pasal lolipop nie...harap2 anak2 aku tak beli mender alah ni...

Copy dari Kosmo Online..sini

 

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengenakan larangan bagi kemasukan sejenis gula-gula lolipop kerana dipercayai mengandungi bahan kimia berbahaya, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.
Beliau berkata, pihak kementerian telah pun meningkatkan kawalan di pintu masuk negara untuk menghalang kemasukan lolipop pendafluor itu.
"Bahan itu kini diletakkan pada tahap 5 iaitu pengimportannya diletakkan di bawah syarat kebenaran sebelum diletakkan pada tahap 6 iaitu gula-gula berkenaan langsung tidak dibenarkan dibawa masuk," katanya selepas merasmikan Karnival Kesihatan Jom Sihat di Kolej Tunku Abdul Rahman di sini semalam.
Beliau percaya lolipop itu dibawa masuk dari luar negara kerana serbuan pihak penguat kuasa di alamat pengeluar yang tertera pada pembungkus gula-gula tersebut didapati palsu.
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) baru-baru ini menggesa kerajaan mengharamkan penjualan gula-gula lolipop pendafluor kerana didakwa mengandungi bahan kimia berbahaya.
Presidennya, S. M. Mohamed Idris berkata, bahan kimia yang terkandung pada batang pendafluor itu sangat berbahaya tetapi ia menjadi kegilaan kanak-kanak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan