Isnin, 9 Januari 2012

Citer Salih Yaakob Hampir Bercerai

Lama dah tak bercerita pasal artis erk.  Macam2 dah keluarga citer...tapi aku tertarik ngan SY aka Salih Yakob yang beristeri 4 ni.  Memang tabik spring sebab dapat handle sumer masalah isteri2nya.  Citer terbaru katanya hampir2 nak bercerai ngan isteri keduanya...Raha..sebabnya ada orang mengapi2kan isterinya tur.  Tapi tak jadi bercerai sebab semuanya ketentuan Allah.  Sekarang SY tengah nak beli 4 kondo untuk isteri2nya...dok sebelah menyebelah lak tur...Nak tau citer leh baca kat sini.

p/s : Dalam hati dok terfikir macamanalah SY handle 4 orang isteri.  Kadang2 suami yang seorang isteri pun pening kepala.

sy

gambar percutian sy dan keluarga
Copy paste...

Punca keretakan rumah tangga dengan isteri keduanya ini tak lain tak bukan wujudnya individu luar yang menghasut dan menanam perasaan benci. Kata SY:-
Bukan mahu mendabik dada tetapi sebagai seorang lelaki yang mengamalkan poligami, saya tidak berbohong kepada isteri-isteri saya apabila mahu berkahwin buat kali keempat. Saya bersyukur dikurniakan isteri yang memahami. Tapi…sayangnya ketika saya baru melayari bahtera keempat, rumah tangga saya dengan isteri kedua hampir musnah! Sebenarnya setiap perkahwinan baru memang ada dugaannya. Namun perkahwinan keempat dugaannya amat besar kerana saya hampir bercerai dengan Raha disebabkan hasutan seseorang yang di luar daripada hidup kami. Sebagai suami kepada empat orang isteri dan ayah kepada 11 orang anak, hidup saya hanya untuk membahagiakan mereka.
Dan individu tersebut memang cekap untuk menghancurkan hubungan SY dan isteri keduanya kerana muncul sebagai seorang sahabat dan dapat bermalam lagi.
Saya tidak pernah mengharapkan bantuan orang lain kerana urusan kerjaya dan seni saya diuruskan oleh isteri kedua dan keempat. Sayangnya, kemunculan individu berkenaan yang datang bagaikan sahabat sehingga bermalam di rumah isteri-isteri saya sanggup menabur fitnah dan menghasut mereka. ika sekali dua mungkin ia tidak berjaya, tetapi hati seorang wanita memang rapuh. Walaupun pada mulanya ia keras tetapi akhirnya, Raha kalah dan kami hampir bercerai,
SY sebenarnya sudah berputus asa dan hanya berserah kepadaNya untuk memberikan keputusan yang terbailk”:-
Sedih hati saya kerana jiwa Raha kosong. Dalam hatinya tidak ada setitik pun kasih sayang terhadap saya kerana yang ada hanyalah kebencian yang membara. Ketika itu, saya hampir putus asa namun saya berbalik kepada takdir Tuhan dan sebagai suami yang masih sayangkannya saya tidak mahu mengaku kalah dan sentiasa berdoa. Alhamdulillah, akhirnya Raha tersedar dan kasih sayang kami bertaut semula



Tiada ulasan:

Catat Ulasan