Jumaat, 6 Mei 2011

Drama Juvana


Setiap hari Isnin aku tertunggu2 drama bersiri Juvana ni.  Dulu Gemilang...best gak..sesuai untuk guru2.  Pengorbanan guru2 untuk mendidik anak2 muridnya sehingga berjaya.  Sekarang lak Juvana.  Episod pertama, memang aku takut nak tengok.  Sebab ceritanya macam ganas sangat.  Siap aku tutup muka lagi bila ada scene yang kena belasah teruk tur.  Tapi kadang2 boleh jadi pengajaran untuk anak2...aku bagitau kat diaorang...kalau kita wat tak baik kena hantar sekolah cam ni. Story mory citer tur camni...
v
v
v
Kisah cerita bermula apabila Daim bin Yahya (Zahiril Adzim), seorang remaja 17 tahun yang pendiam dituduh membunuh ibunya dan teman lelaki ibunya.  Tidak upaya untuk membela diri dan membuktikan kenaifannya, Mahkamah menjatuhkan hukuman agar dia dihantar ke Sekolah Pemulihan Akhlak Wira Batik (sebuah sekolah NGO) sehingga di cukup umur untuk dibicarakan.  Bermulalah episod ngeri Daim yang menjadi mangsa buli oleh sekumpulan pelajar diketuai oleh Botak (Johan Ariff).  Encik Raja (Bront Palarae), warden yang tiada belas kasihan hanya membiarkan kejadian tersebut terus berlaku.  Pengawal sekolah, Tony (Hariry) yang menggunakan kekerasan untuk menyelesaikan masalah hanya memburukkan keadaan Daim.  Cikgu Ariffin (Beto Khusairy) dan Cikgu Azmee (Irfan Roslan) juga mengambil langkah atas pagar dan enggan masuk campur dalam kes pergaduhan pelajar.
v
v
v
Kalau nak tau kisah seterusnya, kenalah tonton sendiri...kadang2 aku termiss gak episodnya...huhuhu..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan