Kembali bertemu walaupun jarang2 kebelakangan ini. Walaupun hati dan jari memang teringin ingin menitipkan walaupun sebaris ayat untuk berkongsi cerita. Keadaan tidak mengizinkan. Sibuk di ofis, sibuk di rumah. Di ofis sibuk dengan mesyuarat. Di rumah sibuk dengan anak-anak. Lebih2 lagi Along amik tuisyen kat sekolah. Sekolah agama tuisyen sampai 6.30 petang. Sekolah Kebangsaan, tuisyen malam 8.00 hingga 10.00 malam. Masa Along di rumah sekejap jer. Jadi aku kena siapkan makan malam sebelum pukul 7.30 malam. Nasib baik bukan tiap2 hari...Isnin hingga Rabu jer...kalau tiap2 hari masak aku. Kadang2 kesian jugak aku tengokkan Along berkejar2 nak siapkan kerja sekolah yang kena hantar esoknya...tak sempat buat sebelum tuisyen sambung semula selepas balik tuisyen....aku lah yang jadi cikgu di rumah lak..ada masanya aku yang buatkan kerja sekolah Along. Tak apalah .... 2 tahun jer ... tahun depan Along UPSR. Lagipun Along lemah dalam subjek teras...Ada tuisyen ni, aku rasa ok gak...nak amik tuisyen luar mahal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan