Isnin, 17 Januari 2011

Sentiasa Menjadi Model Aku




Walaupun kamera aku tak secanggih kameran DSLR orang lain, tapi model aku yang setia ni tetap bergaya bila aku suruh berposing.  Pantang aku pegang kamera.  Mesti nak suruh amik gambar dia.  Harap2 besar nanti tak jadi model dah lah...Sekarang ni anak dara aku dah sekolah Pra kat sekolah Along dan Angah.  Hari2 kena pujuk bangun awal pagi.  Kadang2 mood baik, kadang2 mood tak ok kenalah hati2 sikit bila kejut tu.  Kalau dia dah start menangis, alamatnya lambatlah aku pergi ofis.  Semenjak masuk sekolah ni, dah tak minum Ribena dalam botol.  Hari pertama masuk sekolah, hubby aku dah kutip sumer botol buang dalam tong sampah.  Sebab dia dah janji, bila dah sekolah besar tak nak minum dalam botol nak minum dalam cawan.  Lagipun, dah besar...Masa mula2 tengok hubby buang botol dia, bercucuran air mata..sedih.  Kesian gak tengok dia, tapi kena berhenti minum dalam botol..kalau diikutkan memang dia nak minum dalam botol.  Tak boleh berenggang langsung..tak kira ada air atau tak ada.  Janji boleh hisap botol...kadang2 aku tak perasan bila nak keluar berjalan, tetiba jer ada botol kat mulut dia.  Sekarang ni, dia dah boleh terima botol susu dah tak ada.  Minum dalam cawan sekarang..mula2 dulu tak biasa.  Balik dari nursery cari botol...kesiannnyyyaaaa....Tapi alhamdulillah...sekarang dah ok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan