Minggu depan orang dah ramai amik cuti sebab Raya Cina jatuh hari Khamis ngan Jumaat. Selasa cuti Hari Wilayah .... bagi orang kejer kat Wilayah lah ... so ramai gak yang cuti Isnin ngan Rabu. 1 minggu tur...macam cuti Raya Puasa lak. Aku tak amik cuti pun. Ingat nak amik gak, tapi hubby kata dia tak cuti. Jadi aku tak nak bazirkan cuti pada awal tahun ni. Sebab tahun lepas cuti aku tinggal sehari jer. Tak pernah2 macam tu. Nak bawak GCR pun tak lepas huhuhu. Lagipun anak2 aku sekolah Isnin ngan Selasa tur. Aku balik kampung Perak pun hari Khamis. Harap2 jalan tak meriah ... tak larat nak dok dalam keter 4 - 5 jam...mabuk...bukan mabuk pregnant tau ... mabuk kenderaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan